18 | percaya & pukul

706 55 7
                                    

ABANG Am berjalan perlahan-lahan di bahagian belakang rumahnya. Malam terasa dingin. Sudah seminggu kejadian itu berlaku. Kejadian yang menimpa adik kesayangannya.

Terlihat Aura Helena sedang duduk termenung di bangku yang di buatnya. Beberapa lampu malap dibuka ditemani suasana sepi sekitar laman belakang yang diubah suai menjadi taman mini buat Syaqif.

Dia tahu adiknya sedih tetapi langsung tidak ditunjukkan. Aura Helena tidak menangis lagi di hadapannya sejak dia menangis semasa pergaduhannya dengan Rafeeq. Hanya diam dan menayangkan kebahagiaan hambar.

Aura Helena lebih gemar mendiamkan diri dan menguruskan segalanya sendirian. Walaupun sedang terluka hebat, dia langsung tidak menyusahkan Abang Am dengan melakukan sesuatu yang berlanggaran dengan syarak.

Rafeeq pula masih tidak boleh melepaskan Aura Helena. Berkali-kali meminta izinnnya untik berbincang lagi dengan Aura Helena tetapi dia yang tidak memberikan keizinan. Dia mahu adiknya ambil masa untuk bertenang dulu daripada dikecewakan oleh Rafeeq.

"Ehem," dehem Abang Am mengejutkan Aura Helena yang sedang mengelamun. Merenung bulan dan bintang malam yang terlihat tenang dalam kesedihannya. Merasai bayu malam yang mendinginkannya yang sedia kesejukan.

"Ish abang ni! Terkejut adik," kata Aura Helena perlahan sambil tertawa hambar. Abang Am hanya tersenyum kecil sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah Aura Helena.

Suasana hanya menyepi. Masing-masing hanyut dalam fikiran dan fantasi. Fantasi yang ditampar realiti. Merenung bulan separa yang kelihatan lebih menyinar daripada biasa.

"Fikirkan apa?" soal Abang Am, sekadar berbasa-basi. Bohonglah kalau dia kata dia tak tahu apa yang. berada dalam benak fikiran adiknya kini.

Aura Helena hanya tersenyum hambar. Kaki pendeknya bergoyang ke depan dan ke belakang lembut. Bangku yang dibuat Abang Am agak tinggi sehingga membataskan kakinya untuk menjejak tanah.

"Nothing. Just..."

Kepalanya mendongak memandang bulan. Masih tersisa pesanan lembut ibu yang berbisik di telinganya setiap kali dia tak boleh tidur.

Ibu dan ayah akan membawanya ke luar rumah. Diletakkan dirinya dipangkuan ibu sambil didodoi lembut. Menikmati indahnya cahaya bulan bersama-sama sambil mendendangkan zikir penuh kelembutan.

Tenunglah bulan jika rindukan ibu satu hari nanti.

Tabiat sampai ke besar. Setiap kali dia tidak boleh tidur, dia akan kejutkan ibu dan ayah. Mengajak mereka untuk duduk bersama-sama di luar sehingga dia sendiri terlena dipangkuan ibu atau ayah.

Yang menjadi mangsa mengangkatnya selalunya Abang Am.

"Adik rindukan ibu dan ayah," jujur Aura Helena. Dulu ibu selalu memujuknya jika dia sedih. Ibu juga akan selalu berada disampingnya dan menasihatinya. Memberi kata-kata semangat padanya. Setiap kali.

Kini, dia hanya ada keluarga kecilnya. Abang Am yang paling rapat dengannya. Selalu memanjai dan menjaganya sejak kedua orang tua mereka pergi meninggalkannya.

Abang Am terdiam. Mula memahami perasaan adiknya. Dia pun turut terasa sebaknya. Sangat dia akui yang Aura Helena akan selalu mengadu pada ibu dan ayah setiap kali dia sedih. Bermanja sehingga dia mampu lupakan segala kesedihannya.

"Abang pun," serak suara Abang Am membalas.

"Adik perlukan mereka sekarang. Tapi..."

Aura Helena menangis teresak-esak.

"... adik tak mampu. Adik tak mampu nak gapai mereka."

"Adik nak mengadu pada ibu dan ayah yang adik sedih. Adik nak ibu dan ayah peluk adik sambil tenangkan adik. Adik nak suara lembut ibu bisikkan pada adik, cakap yang semuanya akan elok-elok sahaja. Macam selalu," tangis Aura Helena semakin melebat.

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now