57 | Curang

372 35 4
                                    

Beberapa bulan kemudian.

JAGA Aura Helena terganggu disebabkan ketidakselesaan yang dia rasakan. Semenjak kandungannya mula berganjak ke bulan lima lagi, lenanya asyik terganggu.

Pusing sini tak kena, pusing sana tak kena. Ada je benda yang dia rasakan tidak betul. Kadang tu, sampai ke subuh pun dia tak boleh tidur. Lebih-lebih lagi, sekarang kandungannya sudah mencecah bulan yang ke tujuh.

"Ergh..." Aura Helena mengerang kecil. Sakitnya pinggang!

Buka sahaja mata, tangan Aura Helena juga turut meraba ke sisi. Kantuknya semerta hilang di saat tangannya tidak merasakan susuk tubuh Ace Zayren yang patutnya berbaring di sebelahnya.

"Abang?" Dalam keadaan mamai, Aura Helena cuba dudukkan diri dalam keadaan bersusah-payah. Selalunya Ace Zayren yang membantunya duduk. Namun disebabkan dia tiada, terpaksalah Aura Helena berdikari.

Lampu tidur dibuka. Memang benar, suaminya tiada di tempat tidur mereka. Dan keadaan itu menerbitkan kerutan di dahi Aura Helena yang ditutup bangs nya.

Mana Ace Zayren pergi?

Sebaik sahaja keluhannya terbit dari bibir, tangannya mencapai gelas di meja katil. Sedihnya, kosong. Sesaat, dia merenung gelas kosong itu sebelum tiba-tiba menangis.

Semenjak mengandung, memang mudah untuk dia menangis. Walaupun perkara itu kecil sahaja, ia tetap menjentik hatinya.

Sudahlah belakangan ini suaminya asyik tiada di rumah, tidur pun selalu lewat. Kadang, beginilah. Dah tidur sekali, bangun-bangun Ace Zayren sudah tiada di sebelah. Nak pula tiba-tiba gelasnya kosong bila dia terasa haus.

Hua, tak sukanya rasa macam ni!

Aura Helena turun dari katil bersama gelas kosong di tangan. Perlahan-lahan dia turun dari tangga, menuju ke dapur. Sentuh sahaja kakinya ke anak tangga terakhir, tumpuan Aura Helena beralih ke pintu utama yang terbuka luas.

Dadanya mula berdebar. Kenapa pintu utama rumahnya terbuka luas jam sebegini? Perlahan-lahan Aura Helena melangkah mendekati pintu itu. Sampai sahaja, tumpuannya mula teralih pada bunyian besi yang berlaga antara satu sama lain.

Aura Helena syak suara itu datang dari ruangan kerja Ace Zayren yang berada di tepi garaj kereta. Tanpa berlengah lagi, kakinya menyarung selipar dan dia mula melangkah ke bengkel suaminya itu.

Dari luar, dia nampak ada lampu yang terpasang. Kiranya, cerah dan ada orang di dalam bengkel itu. Ace Zayren ke? Tapi apa yang dia buat dalam bengkel pagi-pagi buta ni? Baru sahaja dia nak tolak pintu besi itu, muncul Ace Zayren yang hanya berseluar pendek, bersinglet dan penuh keringat membasahi seluruh badannya.

Jelas bahawa Ace Zayren terkejut.

"Ya Allah, sayang buat apa dekat sini?" soal Ace Zayren dengan mata yang terbuntang. Aduhlah mak buyung seorang ni, tak padan dengan perut ke depan. Tak takut nak ke mana-mana!

Sambil itu, tangan Ace Zayren menutup pintu bengkelnya. Dan perkara itu membuatkan Aura Helena semakin curiga.

"Sayang nak air ke? Kenapa sampai ke sini?" Mata Ace Zayren jatuh pada tangan Aura Helena yang masih memegang gelas kaca itu. Baru sahaja tangannya mahu mencapai gelas itu, Aura Helena segera menapak beberapa langkah ke belakang. Perilakunya membuatkan Ace Zayren mengerutkan kening.

"Kenapa sayang?"

"Awak buat apa dalam tu?" soal Aura Helena. Banyak benda yang bermain dalam fikirannya saat ini. Dengan cara Ace Zayren berpakaian lagi, banyak benda-benda negatif yang bermain dalam kotak fikirannya. Lebih lagi sekarang ni waktu kemuncak dan musim ramai suami curang!

ACE ZAYREN'S©Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt