52 | Lari

409 32 1
                                    

SUHU bilik yang rendah itu membuatkan badan kecil Syahee menggeletar. Tubuhnya sakit dengan kedinginan yang mencengkam sehingga ke tulang.

Ditambah lagi dengan keadaan dirinya yang baru sahaja dipukul, Syahee sudah tidak berdaya untuk terus bertahan.

"Mama... Kakak... Se... Sejuk..." Suara Syareen menyentakkan Syahee yang sedang meringkuk kesakitan.

Perutnya yang memulas-mulas sejak semalam membuatkan dia tidak selesa. Walaupun masih terdapat pergerakan, namun pergerakan itu lemah dan tidak aktif.

Nafas ditarik dalam. Dengan kudrat yang masih ada, Syahee cuba mengesot mendapatkan Hayden dan Syareen yang bersandar di dinding dengan badan yang diikat antara satu sama lain.

Dia tidak mampu untuk menjadi pelindung kepada anak-anaknya semalam kerana keadaan yang tidak mengizinkan.

"Abang... Bangun..." bisik Syahee kepada Hayden. Perlahan-lahan, mata Hayden terbuka kecil.

Hayden terpisat-pisat sebelum otaknya mula mencerna situasi. Wajah Syahee dipandang, hatinya terobek pilu melihat ibunya yang terlalu lemah.

"Mama," bisik Hayden tidak percaya.

Syahee geleng kecil seraya meletakkan jari telunjuknya di bibir. Air matanya tumpah.

"Abang, kakak, dengar cakap mama." Syahee bersuara.

Tangannya digagahkan untuk membuka simpulan yang mengikat tubuh mereka. Bibirnya pula diketap kuat supaya tidak mengeluarkan sebarang bunyi apabila perutnya terasa semakin mengeras.

"Ingat lagi tak masa kita main rock climbing dengan papa?" soal Syahee perlahan. Sebuah senyuman pahit dia ukir bersama air mata yang masih meluruh jatuh.

Hayden dan Syareen mengangguk kecil.

Kemudian, Syahee palingkan kepala pada satu tempat di mana terdapat meja-meja lama yang disusun tinggi. Dan dibahagian atas itu, ada sebuah lubang di mana tingkapnya sudah pecah. Tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi.

"Mama nak abang dengan kakak panggilkan papa untuk mama, boleh?" soal Syahee dengan penuh sebak.

"Macam mana? Kakak takut," balas Syareen yang mula mendapatkan Syahee. Terus Syahee memeluk tubuh Hayden dan Syareen yang kedinginan. Memberikan kehangatan tubuh badannya yang kegigilan kepada anak kembar kesayangannya.

"Just take this as a game. And this is your last mission. Both of you will climb the wall and find papa for me. Okay?" Syahee tayang riak yakin.

Tangan kanannya memegang sebelah pipi Hayden manakala tangan kirinya memegang sebelah pipi Syareen. Jari kecil milik Syahee mengusap perlahan pipi anaknya yang kedinginan walaupun menggeletar hebat.

Dia lebih rela anaknya lari menyelamatkan diri sendiri daripada dipukul teruk di hadapan matanya. Dia tahu bahawa anaknya pandai mencari jalan dan menyelamatkan diri sendiri dalam keadaan begini. Dan dia tahu, Hayden akan jaga kembarnya sebaik mungkin.

"Then, how about you?" soal Hayden dengan nada yang mendatar.

Syahee senyum dulu. Senyum yang tidak pasti, "Papa will find me."

Syahee sudah bersandar kelelahan di dinding. Dahi Syahee sudah berkerut seribu menahan kesakitan yang sudah mencapai ke tahap limit. Seluruh wajahnya berpeluh-peluh, seluruh badannya sudah mencengkam kesakitan.

"Are you saying that we have to leave you?" soal Hayden dengan nada keras. Dia dapat mengagak apa yang sedang dirancang oleh Syahee.

"Abang, lis..."

"Stop using papa's word! No, I can't leave you here! Dia orang akan pukul mama lagi!"

Hayden menangis. Tidak mahu nampak egonya tercalar, pantas sahaja tangannya menyeka air mata yang tumpah. Tingkah laku Hayden sebiji mengikut Haidar. Perangai Haidar turun ke Hayden.

"Then who gonna save us if it is not you, Hayden?" Syahee merenung ke dalam anak mata Hayden yang beair.

"You promised to papa for taking care of me, right?"

Hayden diam. Termasuk perangkap mama sendiri.

"Now, you have to climb quietly. Find a way to save yourself and get out from here. Are you clear?"

Syahee menyelak rambut Hayden dan Syareen yang menutup mata ke belakang. Mata mereka direnung lam sebelum dua tubuh kecil itu dibawa masuk ke dalam pelukannya.

Pelukannya erat dan penuh emosi. Ketat seakan-akan ini merupakan hari terakhir mereka berjumpa.

"I love both of you, always." Syahee berbisik perlahan.

Dia melepaskan pelukan mereka.

"I'll be alright, don't worry. Go, now."

Dan Syahee menghantar mereka melalui ekor mata sebelum dia mengerang kesakitan. Syareen naik terlebih dahulu sebelum Hayden mengikutnya dari arah belakang.

Mungkin disebabkan mereka rasa yang tiada siapa pun yang ada kudrat untuk melarikan diri, kawasan itu kosong tanpa pengawasan.

Dengan berat hati, Hayden dan Syareen lari menyelamatkan diri.

Akhirnya, erangan kesakitan Syahee tercetus. Perutnya yang mengeras itu digenggam kuat. Sakit, tekanan yang dirasakan melebihi tahap kemampuannya untuk bertahan.

"Sayang... Don't do mama like this..."

Syahee menangis. Gerakan tidak dapat dirasai lagi. Tangannya naik menggenggam bahagian kanan dan kiri perut. Dengan lafaz basmallah dalam kesakitan, perutnya digoncang sekuat hati.

"Gerak, sayang! Gerak! Please!" Syahee menangis teresak-esak. Kenapa bayinya tidak bergerak?!

Bayinya... Tak lagi bergerak...

"Gerak... Syafeeya Akasyah... Please... I'm begging you, sayang!" Tangisan Syahee memecahkan kesepian bilik gudang itu. Tangisannya bergema. Penuh kepiluan. Kesakitan fizikal yang ditambah dengan kesakitan jiwa.

"Abang... Syahee minta maaf..."

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

SEUSAI sahaja Chris mengetatkan ikatan di bahagian luka pada perutnya, dengan tangkas dia menyelusup masuk meredah hutan. Gedung yang dibina di dalam hutan itu menjadi arah tuju destinasinya.

Terima kasih kepada Rain, dia tahu kewujudan gedung operasi mereka. Rain tidak sedar akan Chris yang pernah mengekorinya secara senyap dahulu.

Dia perlu cari Syahee. Syahee berada dalam keadaan tidak selamat disebabkan dia. Sekiranya dia tidak melibatkan diri sejak awal, semua ini pasti masih berada dalam kawalan.

Hendapannya berhasil apabila mendengar bunyi tangisan. Perlahan-lahan dia panjat tingkap yang berlubang itu setelah memastikan kawasan sekelilingnya tamat. Dan jelas, susuk tubuh Syahee yang lemah menyapa pandangannya.

Dia kembali turun. Mahu melihat sekeliling. Mencari ruang untuk membawa wanita itu keluar. Pastinya Syahee tidak mampu untuk keluar daripada tingkap itu.

Nampaknya, kawasan sekeliling tidak dijaga dengan ketat. Pengawalannya longgar. Ada satu jalan kecil yang mampu digunakan untuk meloloskan diri dari tempat itu.

"Puan!" panggil Chris dalam keadaan berbisik.

Mata Syahee yang kuyu memandangnya kosong.

"You did it... Chris... You broke us..." Syahee bersuara. Penuh kesakitan. Penuh kelukaan.

"You have so much time to curse me later, puan. I need to save both of you first."

Syahee geleng sekali. Dia menangis.

"She's gone, Chris... Anak saya dah tak bergerak..."

Mata Chris meluas.

Salah dia!

tbc; 190722
from draft, not edited

ACE ZAYREN'S©Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu