23 | BTS & sakit

513 47 14
                                    

SUDAH lama semenjak segala perkara itu terjadi. Nampaknya semua berjalan dengan lancar. Semua perkara memberi kerjasama yang sepatutnya.

Walaupun ada juga Rafeeq mencari Aura Helena, dia dapat mengelak Rafeeq atas pertolongan Chris yang kini menjadi sahabat baiknya. Entah macam mana boleh rapat, mereka pun tidak sedar.

Chris sedar bahawa hubungannya yang rapat ini disebabkan arahan Ace Zayren untuk menjaga Aura Helena daripada situasi yang berbahaya. Tetapi dia tidak menafikan bahawa dia dengan senang hati jika Aura Helena rapat dengannya. Siapa je tak suka bila orang yang kau sayang bergantung harap pada kau?

Sheeshhh.

Tidak terlupa juga dengan Azz Rayden. Hubungan mereka adik-beradik baik-baik sahaja walaupun mempunyai salah faham yang agak berat.

"Helena, hari ahad ni datanglah rumah aku. Ada parti hari lahir Yeon." Chris bersuara. Aura Helena yang fokus dengan air kopinya terus beralih memandang Chris. Matanya bercahaya.

"Serius la? Wah, dah besar pun masih ada parti. Seronoknya!" jerit Aura Helena perlahan. Teruja. Biasalah, orang yang kaya ni apa pun dia boleh buat. Setakat parti hari lahir, tak terluak pun duit mereka.

Chris ketawa, "Macam tak tahu perangai Yeon macam mana. Kalah budak-budak. Yang si Azz tu pun naik kepala sekali. Nak buat macam mana? Hadap jelah." Mereka ketawa. Dan Chris sangat menyukai melihat senyuman kegembiraan yang terbit di wajah teduh Aura Helena.

"I know right," kata Aura Helena dengan tawa lucu. Macamlah tidak kenal dengan perangai Yeon dan Azz Rayden yang sekepala. Nasib baiklah berguna juga otak mereka untuk bekerja. Kalau tak, campak je kat sungai Klang.

Mereka berbual seperti biasa. Sebenarnya mereka sedang menunggu Azz Rayden dan Yeon yang tidak kunjung tiba. Apa jela yang mereka buat lama-lama dalam Mac Donald tu.

Perbualan mereka terhenti melihat kereta Ace Zayren betul-betul berhenti di sebelah Chris yang sedang berdiri di luar kereta. Aura Helena yang di dalam kereta pula menjengahkan kepala ke luar. Berkerut dahinya melihat Ace Zayren yang tiba-tiba muncul.

Ace Zayren keluar dari perut kereta. Wajahnya keruh.

"Kenapa?" soal Chris.

"Kau tahu apa binatang dua ekor tu buat dalam Macd?" soal Ace Zayren sambil jari telunjuknya menunding ke arah Mac Donald. Chris mengerutkan dahinya sebelum menggeleng sekali.

"Apahal?"

"Dia orang guna kad kredit kau, borong BTS meals." Ace Zayren menghela nafasnya berat sambil mengeluarkan iPhone dari dalam poketnya.

"Huh?" Terkejut besar Chris sebelum menyeluk saku seluar. Eh, mana dompetnya pergi? Rasanya semasa dia membelikan kopi buat Aura Helena di Starbucks tadi, dompetnya masih berada di dalam poket.

Terus kepalanya mendongak memandang Ace Zayren.

"Macam mana kau tahu?" soal Chris.

"Dia buat video call tadi sambil gelak-gelak macam orang tak ada otak." Ace Zayren menunjukkan screenshot kepada Chris sebelum lelaki itu memejamkan matanya rapat. Dadanya turun dan naik menahan sabar.

Aura Helena ketawa. Apa jenis perangai la mereka ni.

"Jamban-jamban tak kenang jasa aku bagi tumpang buat parti dekat rumah aku," dengus Chris sebelum melintas jalan dengan cepat. Sekelip mata sahaja bayangannya hilang.

Aura Helena bantai ketawa.

"Pelik-pelik jelah perangai dia orang," komen Aura Helena. Apabila matanya bertentang dengan Ace Zayren, terus dia kaku. Dia masih tidak terbiasa dengan lelaki itu kerana sifatnya yang jarang bersuara.

ACE ZAYREN'S©Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα