36 | kebenaran

607 53 24
                                    

Warning: Ada carutan agak kasar dalam bab kali ni. Yang tak baik, jangan ikut.

SEMUA persiapan untuk majlis pernikahan di antara Ace Zayren dan Aura Helena berjalan dengan lancar. Memandangkan Ace Zayren merupakan seseorang yang berharta, semua kerjanya menjadi mudah.

Ace Zayren berjalan perlahan-lahan ke dalam AR Gallery. Hari ini dia mahu menjengah seketika segala persiapan yang sedang dilakukan untuk pameran antarabangsa.

Galeri masih dalam proses membaik pulih. Tiada apa yang kurang, cuma penambahan di beberapa tempat supaya mencantikkan dan menyerikan lagi galeri lama itu.

"Ray," seru Ace Zayren apabila melihat kelibat Azz Rayden sedang berbual dengan beberapa orang pereka dalaman.

Azz Rayden yang mendengar namanya dipanggil mula memalingkan kepala. Satu senyuman dia ukir sebelum melangkah menghampiri Ace Zayren.

"Abang tak bagi tahu pun nak datang?" soal Azz Rayden sambil mengelap peluhnya yang menitik jatuh daripada dahi.

"Aku dari rumah Nek Shima, sekali jalan je la. Tu yang aku singgah," balas Ace Zayren sambil memandang ke sekeliling. Sudah ada beberapa lukisan yang digantung pada dinding. Kelihatan mewah dan eksklusif.

"Oh, keluarga Alex dengan Lay masih dekat situ ke?" soal Azz Rayden. Biasalah, lama-lama tetap ketahuan juga beberapa perkara yang disorok.

"Tak adalah. Dah balik rumah sendiri daripada minggu lepas. Saja nak melawat, kebelakangan ni Nek Shima macam tak sihat."

Azz Rayden mengangguk faham.

"Macam mana semua? Okey?" soal Ace Zayren berbasa-basi. Kaki mereka mula melangkah melalui lorong yang memaparkan setiap lukisan yang berharga mencecah harga setengah ratus ribu.

"Alhamdulillah, macam yang abang nampak. Semuanya berjalan dengan lancar," ujar Azz Rayden dengan senyuman.

"Aku bangga dengan kau." Tangan Ace Zayren naik menepuk bahu adiknya.

"Semuanya jasa kau. Terima kasih juga sebab dah paksa Ray. Pertama kali dalam hidup, Ray rasa gembira dengan apa yang Ray usahakan," jujur Azz Rayden sambil memandang Ace Zayren.

Benar, selama ini dia rasakan setiap pekerjaannya sangat tidak kena di hati. Setelah sahaja dia menguruskan galeri seni ini, dadanya terasa lapang. Dia terasa gembira dengan apa yang dia lakukan.

Dia boleh buat apa yang dia suka. Dia boleh melukis. Dia boleh mengolah. Dia boleh jumpa dengan idola dia. Semua yang dia dapat sekarang, benar-benar menceriakan hari-hari suramnya.

"Rasanya lain kan bila kita buat ikut minat sendiri?" soal Ace Zayren sambil memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket seluar.

"Betul, Ray setuju dengan abang." Azz Rayden tersengih kacak.

Saat kepalanya mendongak ke hadapan, senyumannya diorak. Gadis yang sedang sibuk menguruskan sesuatu dan tidak jauh daripada mereka, menarik perhatian Azz Rayden. Terus sahaja mulutnya dibuka.

"Ray nak kenalkan pekerja baru Ray."

"Siapa?" Dahi Ace Zayren berkerut. Adiknya ambil pekerja baharu? Mungkin terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan itu memutuskan Azz Rayden untuk mencari pekerja baru.

"Hanis! Sini sekejap!" jerit Azz Rayden.

Hanis, Qais atau nama penuhnya Hanisah Qaissa terus memalingkan kepalanya ke arah jeritan. Melihat Azz Rayden, dia terus mengerutkan dahi. Mengapa lelaki itu memanggilnya? Nak tak nak, kakinya tetap melangkah menghampiri dua gerangan itu.

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now