48 | Kebenaran

575 37 4
                                    

"CHRIS, kau kena tolong aku!" Suara Qais yang menjerit kuat dalam talian kedengaran cuak. Suaranya kedengaran mengah seperti sedang berlari ke satu arah. Bila ada satu bunyi kuat yang terhempas, tahulah Chris bahawa Qais baru sahaja masuk ke dalam perut kereta.

"Kenapa?" soal Chris terus. Komputer dimatikan, fail ditutup. Tangannya mencapai kot yang disangkut sebelum bergerak keluar daripada pejabat. Sempat dia memberitahu setiausahanya terlebih dahulu sebelum keluar.

"LH rancang nak langgar Helena hari ni!" kata Qais cuak.

"Huh? Kau biar betul? Dia bagi tahu kau?" soal Chris, cuak. Orang lain kau boleh sentuh tapi bukan Aura Helena!

"Aku terdengar perbualan antara LH dan Rain." Qais menjelaskan.

"Kenapa kau sanggup tolong aku, Qais?" soal Chris, pelik. Sejak dulu dia tertanya-tanya mengapa Qais mula berubah arah. Daripada menjadi orang kepercayaan LH, kini dia seakan-akan dalam dilema.

"Sebab aku rasa kau berada di jalan yang betul, bukan macam aku."

"Aku tetap pengkhianat mereka, Qais. Tak ada apa yang membezakan kita."

"Tak, Chris. Kau lain, aku lain. Aku bekerja tanpa tujuan tapi kau, kau tahu apa yang kau perlu buat. Akhirnya, aku yang bodoh sendiri. Aku bekerja untuk orang yang bunuh keluarga aku sendiri."

"Huh? Jadi, LH yang bunuh keluarga kau? Kau tahu daripada mana?"

"Bilik dia banyak info mengenai orang-orang yang dia bunuh."

"That's crazy!"

"Lagi gila, Azz yang pernah tolong aku dulu."

"Jadi aku rasa aku dah tahu kenapa kau berubah arah. Kau sayangkan Azz, kan?" Chris cuba mencari jawapan.

"Aku tak tahu tapi aku pun tak dapat nak nafikan. Dia pernah tolong aku walaupun usia dia masih muda. Patutlah selama ni aku macam kenal dia." Qais mengeluh.

Dia teringat. Semasa kedua orang tuanya dibunuh oleh LH, dia terus melarikan diri macam orang pengecut. Dan Azz Raydenlah yang terserempak dengannya saat dia dalam keadaan nyawa-nyawa ikan akibat kepenatan dan kelaparan.

LH membunuh kedua orang tuanya kerana harta yang dimiliki oleh mereka. Senang cerita, mereka mempunyai hubungan kekeluargaan yang agak susah untuk diterangkan.

Puan Sri Raisha merupakan anak tiri kepada anak ayah saudaranya. Dan LH bukanlah anak kepada anak ayah saudaranya. Kiranya, LH itu merupakan hasil daripada perkahwinan Puan Sri Raisha yang lepas.

Dengki. Itulah sifat Puan Sri Raisha. Dan sifat itu dipupuk sama dalam diri LH supaya menjadi tamak haloba. Mereka berdua merancang dan akhirnya kejayaan mereka sehingga ke tahap ini.

Tanpa sesiapa sedar.

“Kita kena hapuskan LH dengan tangan kita sendiri. Selagi aku tak nampak dia mati depan mata aku, selagi tu aku tak akan puas hati.” Qais berbicara di sebalik airpods yang dipasangnya. Chris yang mendengar hanya mendiamkan diri tanpa mengiyakan.

“Kau yakin dengan tindakan kau?” soal Chris sambil bersedia di tempatnya.

“Yakin, demi tebus pengkhianatan aku pada orang yang percayakan aku,” ujar Qais.

"Kau rasa, aku pun mampu lakukan apa yang kau sedang lakukan?” Chris menyoal lagi.

“Aku yakin. Seikhlas mana awan mencintai hujan, seikhlas itu jugalah persahabatan kau dengan Zay. Kau tak tunjukkan secara zahir tapi segalanya jelas. Semua benda yang kau buat untuk dia selama ni, hanya ikhlas.” Qais berkata-kata.

“Kenapa kau terlalu yakin?”

“Buktinya, kau ada dekat sini demi selamatkan seseorang yang dirampas oleh Zay daripada kau dalam diam.”

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now