38 | demam & khianat & jaga

762 46 36
                                    

AURA Helena terjaga. Perlahan-lahan dia mencelikkan matanya. Tangannya naik mengusap mata yang masih terpisat-pisat. Terjaga dek terasa satu benda panas yang mengena lengannya.

Aura Helena pandang ke sisi. Mata terarah ke lengan sendiri. Dan sebaik sahaja dia menangkap benda yang panas yang bersentuhan dengannya, Aura Helena terus mencelikkan matanya. Segar.

Dahi Ace Zayren.

Dahi suaminya la benda yang panas itu. Ace Zayren tidur dalam keadaan meringkuk seperti nombor sembilan di bawah satu selimut yang sama.

Dia demam ke?

Tangan Aura Helena naik menyentuh dahi suaminya. Ya Allah, panasnya! Serta-merta Aura Helena menjadi gelabah. Nak kena buat apa ni? Terbuntu tiba-tiba.

Perlahan-lahan, dia menjarakkan diri daripada Ace Zayren sebelum turun dari katil. Matanya memandang Ace Zayren seketika sebelum melangkah ke sekeliling bilik. Mencari almari baju milik lelaki itu.

Satu kain diambil sebelum dia bergerak ke dalam bilik air. Gayung yang tersedia dicapai dan diisi dengan air. Tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Suam-suam kuku sahaja.

Kemudian, dia menjalankan tugasnya. Macam biasa kalau orang demam, ambil kain basah dan letak atas dahi.

Agak-agak, dia marah tak?

"Tuan..." kejut Aura Helena.

"Erm..." balas Ace Zayren setelah beberapa kali diseru.

"Saya letak kain basah atas dahi Tuan tau. Tuan demam ni," pinta Aura Helena separa berbisik.

"Hm..."

Mendengar kebenaran itu, kain basah yang tersedia diletakkan di atas dahi Ace Zayren. Badannya yang tersentak sedikit membuatkan Aura Helena menggigit bibir bawahnya. Marah ke dia?

Apabila melihat respon Ace Zayren yang positif barulah Aura Helena dapat menarik nafas lega. Selimut yang terletak elok menyelubungi Ace Zayren dibetulkan sedikit sebelum dia hanya diam.

Nak kena buat apa pula ni?

Memandangkan jam baru menunjukkan pukul lima sepuluh minit pagi, Aura Helena memutuskan untuk mengemas sedikit. Mungkin? Dan menyiapkan sarapan untuk mereka dan kawan-kawan Ace Zayren yang tidur di sini.

Selepas menyarungkan tudung, kakinya melangkah ke tingkat bawah. Bahagian ruang tamu sudah terang. Terdapat seorang figura yang sedang menonton televisyen.

"Siapa tu?" soal Aura Helena.

Lelaki itu berpaling.

"Oh, Irhan." Aura Helena tersenyum.

"Turun seorang? Zay mana? Selalunya sekarang dia dah bangun and ready solat sekali." Irhan menyoal.

"Dia demam rasanya. Badan dia panas," jujur Aura Helena. Niat turun ke dapur pun ingin memasakkan bubur buat Ace Zayren. Mungkin lelaki itu akan lapar nanti.

"Demam?" soal Irhan, meminta kepastian dan Aura Helena membalas dengan anggukan.

"Hm, kalau nanti tak kebah, bagi tahu. Aku boleh panggilan Harraz," pesan Irhan.

"Okey. Kalau ada apa-apa, saya bagi tahu awak. Terima kasih, Irhan."

"Sama-sama. Turun pagi-pagi, nak buat apa?" soal Irhan lagi.

"Nak buat sarapan."

"Okey, hati-hati."

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now