51 | Marah

396 30 2
                                    

SUASANA jadi huru-hara. Selepas sahaja mendengar penjelasan Qais, Chris yang masih terbaring lemah itu segera mencabut segala wayar yang melingkari badannya.

"Kau buat apa ni?!" marah Qais sambil cuba meredakan kekalutan Chris.

"Are you blind? I want to save them!" balas Chris dengan penuh rasa amarah yang menebal dalam diri.

Qais menghela nafas berat.

"Macam mana kau nak selamatkan dia orang dalam keadaan kau macam ni?" soal Qais yang tidak puas hati. Ye, dia tahu Chris risaukan keluarga itu tetapi bukannya dalam keadaan begini!

Pergerakan Chris terhenti. Bila kakinya menjejak lantai, satu per satu langkah ditapak mendekati Qais. Hanya beberapa sentimeter sahaja jarak yang memisahkan mereka membuatkan Qais meneguk liur.

"Then? You're the one who gonna save them?" soal Chris dingin.

"That's not what I mean. But still, I will try my best to save them!"

"Then, what are you doing here?! Kau patut ada dekat sana, cari dan selamatkan dia orang!" jerkah Chris serta-merta. Langsung sahaja kakinya melangkah ke tempat yang menempatkan baju-bajunya. Ditukar tanpa ragu.

"Kau tak boleh bertindak kosong macam ni, Chris!" larang Qais lagi.

"Habis tu, harapkan kau?" soal Chris sinis. Telefon yang sudah retak itu dia capai. Mujur masih dapat digunakan sebab telefon itu berada dalam poketnya semasa kejadian.

"Okay fine! But please ask someone to help us! Kita tak kuat berdua. Kau sakit dan tenaga aku tak akan mampu untuk lawan tenaga ramai lelaki." Akhirnya Qais bersetuju.

"Get me to the car." Chris mengarah. Qais hanya angguk dan bantu Chris untuk larikan diri secara senyap. Harapnya tiada siapa akan perasan mereka kerana suasana hospital masih lenggang dan masa doktor ke bilik itu untuk melihat perkembangan Chris masih awal lagi.

"Kau akan minta tolong siapa?" soal Chris.

"Dah sampai masanya untuk gunakan Haer."

"Haer?" Qais memandang Chris dengan penuh tanda-tanya.

"Dia tahu yang Luqfith rogol Aisyah."

Qais tersentak, "How?"

"Bilik yang sama kau masuk. Semua jawapan ada dalam tu."

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

"FIND them or I kill all of you!"

Suasana mula tegang dengan jerkahan Haidar yang sedang kerisauan mengingatkan ahli keluarga yang diculik. Dengan segala apa yang dia ada, dia kerahkan semua orang bekerja dan menjejaki lokasi keberadaan isteri dan anak-anaknya.

"Mana janji kau untuk tak libatkan keluarga aku lagi?!" Tangan Haidar sudah menggengam erat kolar Ace Zayren.

Ace Zayren hanya mampu diamkan diri. Tidak berani mahu keluarkan suara melihat kemarahan Haidar yang sudah sampai ke tahap paling tinggi. Dia tak akan tambah lagi minyak dalam api yang sedang marak.

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now