26 | kotor & keterangan & seksa

756 56 22
                                    

PUNAH. Hancur. Kecewa. Kosong. Tak tahu nak rasa apa. Perasaannya kini bercampur-aduk. Disebatikan dengan air mata dan rasa berdosa yang menggunung. Mengharapkan air yang mengalir di badannya kini dapat membawa sekali dosanya bersama-sama. Menghilangkan segala memori dosa yang tercetus tanpa sedar.

Lututnya dipeluk erat ke dada. Kemudian, kepala disembamkan semula pada celahan paha yang masih dalam pakaian yang sama. Di bawah pancuran di bilik air. Lengkap berpakaian. Aura Helena menangis tersedu-sedu.

Ya Allah, kenapa semua ini harus terjadi padaku? Setiap satu, satu masalah yang muncul. Adakah kerana dosaku terlalu banyak pada-Mu, Ya Allah? Adakah ini balasan untukku, Ya Allah? Sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba-Mu yang lemah.

"Ya Allah..." rintih Aura Helena dengan aliran air matanya yang tidak habis-habis menuruni pipi.

Sudah hampir seharian suntuk dia di bawah pancuran sejuk itu. Sejak dia pulang daripada rumah Chris, dia membersihkan diri sambil mengenangkan dosanya. Dosa yang tanpa sedar, terjadi. Dosa berzina.

"Aku dah kotor..." rintihnya. Kepalanya yang disembamkan pada paha diangkat. Jangan cakap mukanya sahaja sudah pucat, keseluruhan badannya juga sudah pucat kerana terlalu lama dia di bawah pancuran sejuk. Tidak berganjak langsung.

"Kotor, kotor, kotor, kotor..." Tangannya naik menyental badan dan kakinya yang masih berlapik dengan pakaian basah.

"Kotor!" Aura Helena menjerit sekuat hati. Dia berdiri sebelum satu per satu bajunya dilucutkan daripada badan. Hanya tinggal pakaian dalam sahaja.

Berus badan dicapai dengan rakus sebelum dituang sabun cecair lux sebanyak yang mungkin. Lalu, dibawanya ke serata badan dan disental sekuat hati sehingga badan pucatnya memerah.

"Kotor! Aku dah kotor!" jeritnya sekuat hati sambil mengongoi sendirian. Disentalnya setiap inci tubuh badan sekuat hati. Mengharapkan setiap sentuhan Ace Zayren padanya hilang, dibawa sabun dan air yang mengalir.

Iris yang mendengar jeritan Aura Helena dari luar bilik mula cemas. Kenapa dengan sahabatnya seorang? Laju sahaja dia melangkah memasuki bilik Aura Helena. Mujurlah tidak berkunci.

"Kotor! Aku kotor..." Aura Helena menangis hebat. Badannya lemah. Tangannya memaut dan memegang dinding. Perlahan-lahan dia jatuh terduduk dan mencangkung. Tangannya dibawa menutup muka dan kembali menangis.

Terkejut Iris mendengarnya. Pintu bilik air Aura Helena yang berkunci itu diketuk bertalu-talu.

"Hel, buka pintu ni! Kau kenapa?" soalnya cemas.

"Iris... aku dah kotor Iris..." ngongoi Aura Helena perlahan. Dia malu. Dia malu dengan Iris. Dia malu dengan semua orang. Dia malu dengan diri sendiri. Dan yang paling penting, dia malu pada Allah.

Maafkan aku, Ya Allah.

"Kau cakap apa? Aku tak dengar. Hel, please. Open the door. Let's talk with me. Jangan berterusan macam ni. Kalau kau tak cerita kat aku, macam mana aku nak faham kau?" pujuk Iris.

"Abaikan aku, Ris. Biarkan je aku. Jangan kesah pasal aku..." gumam Aura Helena lagi. Terduduk semula di bawah pancuran yang masih mengalir.

"Please, Hel. Open the door. I'm here. I'm here for you," pujuk Iris lagi. Ayra tiada di rumah. Tya pula sudah keluar dari rumah dan menghilangkan diri. Tak tahulah ke mana hala tujunya.

"Tinggalkan aku! Pekak ke?" jerkah Aura Helena. Dia menggenggam rambutnya kasar sebelum ditarik-tarik. Stres! Diam la bodoh! Aku stres! Aku serabut!

Iris terkejut. Tidak pernah dia mendengar Aura Helena berkata kasar seperti itu. Perlahan-lahan dia cuba mencari jalan untuk membuka pintu bilik air itu. Pasti ada yang tidak kena dengan Aura Helena.

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now