01 | adik-beradik

1.7K 127 27
                                    

HARI baru. Semua baru. Bila kata semua baru, Aura Helena mengorak senyuman manis. Hari ini dia mengenakan blaus merah jambu yang dipadankan dengan shawl satin dan seluar slack berwarna putih yang baru dibelinya di pasar malam minggu lepas.

Bentuk tudungnya dibetulkan sedikit sebelum wajahnya ditilik di cermin. Aura Helena mencapai lip balm miliknya sebelum mengoles lembut di bibirnya, menaikkan rona warna merah jambu bibirnya.

Setelah puas hati melihat penampilannya hari ini, dia tersenyum kepuasan. Beg tangan dicapai, begitu juga kunci kereta dan telefon miliknya sebelum keluar daripada bilik.

Hari ini dia akan ke kedai pastri milik kakaknya walaupun hari ini merupakan hari cutinya. Menjadi kuli batak tidak bergaji kakak-kakak dan abangnya memandangkan dia merupakan anak bongsu.

Abang Am telah memesan untuk meletakkan beberapa jenis pastri di kafe miliknya. Kenapa eh semua nak buka kedai makanan? Bikin gemuk sahaja. Mujurlah kakaknya seorang lagi membuka kedai bunga. Bolehlah juga dapat bunga percuma untuk hari lahirnya yang bakal datang. Hahaha.

Bila dah pesan berlambak, Aura Helena pula yang menjadi kuli menghantar pastri-pastri itu. Bukannya sedikit, banyak! Cream Puff la, Almond Strip la, Pavlova la, Cheese Tart la, dan banyak lagi. Mujur si kakak tidak kedekut seperti si abang. Dapatlah juga dia mengenyangkan perut dengan pastri yang diberi oleh kakaknya.

Hai... apalah nasib anak bongsu ni kan?

Kaki melangkah ke meja dapur yang tersedia dengan roti dan nutella. Sarapan kegemarannya. Beg diletakkan di atas meja sebelum dia mula mengambil sudu dan empat keping roti.

Perlahan-lahan dia menyapu nutella keseluruh permukaan roti gardinea itu sebelum dimasukkan ke dalam bekas. Empat keping roti bersama nutella untuk sarapan. Sedap dan cukup!

"Morning Hel."

Kepala ditoleh ke sebelah. Senyuman nipis diorak sebelum dia melambai tinggi. Tya menghampiri Aura Helena dengan rambut serabainya. Maklumlah, hari cuti dan hari masih pagi. Bila perut lapar, barulah terjaga daripada lena.

"Morning too, Tya," jawab Aura Helena.

"Lapar," adu Tya.

"Tahu dah." Seraya dengan itu, Aura Helena menghulurkan satu roti yang siap disapu nutella dengan senyuman comel. Terus sahaja Tya menyambutnya dan dimasukkan ke dalam mulut. Yum!

"Lagi dua orang tu belum bangun lagi?" soal Aura Helena. Dan Tya hanya mengangkat bahunya, tanda tidak tahu. Iris dan Arya. Tak akan sesekali melepaskan sedikit pun peluang keemasan untuk tidur jika diberikan peluang. Maka, jika ada je cuti, kalau bukan kerja tidur mereka, itu bukan mereka.

Faham? Tak faham sudah. Hahaha.

"Kau kerja ke? Hari sabtu?" soal Tya dengan dahi yang berkerut. Tertutup-tutup matanya menikmati rasa roti yang sedap itu.

Dengan muka bangun tidurnya, rambut serabai, baju senget-benget, Tya selamba duduk berhadapan dengan Aura Helena sambil mengunyah roti itu.

Muka Tya sembab dan terdapat lingkaran hitam di bawah matanya. Mana tidaknya? Semalam dia pulang lewat ke rumah. Katanya menyiapkan kerja pejabat di rumah rakannya.

Aura Helena yang sedang meneguk air kosong hanya menggeleng sekali. Mujur tidak tersedak. Cawan itu di bawa ke singki sebelum dicucinya.

"Aku tolong abang dengan kakak aku hari ni," ujar Aura Helena. Tangannya dilap pada kain bersih yang tersedia sebelum beg tangannya kembali tersarung di lengan.

"Aku nak pavlova la kalau macam tu. Macam biasa, balik aku bayar," kata Tya sambil mencuci tangannya di singki.

Aura Helena hanya tersenyum. Tahu sangat dengan kawannya seorang ini. Memang penggemar pavlova. Teksturnya yang rapuh di dalam mulut seperti membawa ke syurga. Hahaha.

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now