07 | tomyam & kebenaran

793 66 24
                                    

IRIS melabuhkan punggungnya di sebelah Ayra. Aura Helena dan Tya pula sedang menyediakan makan malam mereka memandangkan esok merupakan cuti umum. Hari pekerja.

Maka, mereka memutuskan untuk melayan Netflix sehingga pagi. Cerita apa pun, mereka masih belum memutuskan lagi.

Aura Helena meniup perlahan kuah tomyam yang terdapat di sudu sebelum dirasanya. Dia terdiam seketika untuk merasai kesempurnaan tomyamnya seketika sebelum menggariskan senyuman kepuasan. Sedap!

"Tya, cuba rasa. Okey tak?" soal Aura Helena sebelum menyuakan sudu besi itu kepada Tya yang sedang mengisar kedondong untuk dijadikan air asam boi kedondong. Rasa air yang masam-masam manis itu mula mengiurkannya.

Tya membuka mulutnya sebelum rasa tomyam itu mula merebak ke saraf rasanya. Seketika dia terdiam sebelum memandang Aura Helena semula. Dia menggeleng kepalanya laju menaikkan kerutan di dahi Aura Helena.

"Kenapa?" soal Aura Helena.

"Masamkan lagi la. Tak masam ni," jawab Tya sambil menuangkan kedondong yang dikisarnya ke dalam jug yang lebih besar.

"Tak masam?" Aura Helena merasa semula masakannya itu. Seketika dia mengerutkan dahinya. Eik? Dah cukup dah masamnya? Tak akanlah nak tambah masam lagi?

"Ye. Aku nak masam-masam. Baru sedap," kata Tya. Asam boi putih yang dikisarnya mula dimasukkan ke dalam jug yang dipenuhi pati kedondong sebelum digaulnya rata.

Aura Helena hanya menjongketkan bahunya. Ikut sajalah apa yang dimahukannya. Dia pun tidak kisah. Iris dan Ayra pun sejenis makan je apa yang dimasak oleh mereka memandangkan mereka la yang paling tidak suka menjejakkan kaki di dapur.

Alahai anak dara...

Setelah hampir beberapa minit menyiapkan makan malam mereka, segalanya sudah selesai. Tomyam ayam, bendi tumis dan air asam kedondong. Sempurna!

"Siap! Iris, Ayra, tolong angkat lauk-lauk ni!" Aura Helena menjerit sebelum meletakkan semua mangkuk yang siap berisi di atas meja. Mereka akan makan malam di hadapan televisyen sambil menonton Netflix. Tabiat yang tidak elok. Hahaha.

"Dae!" Iris dan Ayra berlari-lari anak mendapatkan mereka di dapur. Aura Helena mencuci tangannya yang kotor sebelum dilap menggunakan kain bersih. Beberapa sudu dan garfu dicapainya sebelum mereka berempat bergerak ke hadapan televisyen yang memaparkan cerita Thirteen Reasons Why.

"Tak habis-habis la dengan cerita ni. Tengok benda lain la," rungut Aura Helena. Kakinya mula disilakan di atas sofa sambil mangkuk di tangannya dipegang berhati-hati. Masih panas.

"Nak tengok cerita apa?" soal Ayra sambil meneguk air yang dibancuh Tya. Fuh, sedap gila.

"Buka viu la. Tengok movie korea apa yang seronok," kata Aura Helena membuatkan Iris dan Ayra memandangnya. Seketika mereka mengangguk setuju sebelum tangan ligat membuka viu di laptop sebelum disambungkan ke televisyen.

Aura Helena hanya membiarkan sahaja mereka memilih cerita sambil menikmati makan malamnya. Tomyam yang dimasaknya hanya direbus tanpa ditumis. Tidak mahu menggunakan terlalu banyak minyak dalam makanan. Tak baik untuk kesihatan. Cewah.

"Tekan Intruder tu. Macam best," arah Aura Helena. Kemudian, Iris menekan movie yang memaparkan dua artis korea yang menjadi cover cerita itu.

"Eh, Song Ji-Hyo la." Iris teruja. Lama tak tengok Song Ji-Hyi daripada Running Man itu berlakon.

"Ha, bantailah." Ayra menyandarkan badannya di sofa. Mereka mula layan cerita yang dipaparkan dengan khusyuk. Sesekali bahagian yang suspen muncul membuatkan Iris dan Ayra menutup matanya ketakutan.

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now