15 | majlis

671 57 18
                                    

HARI yang ditunggu mengunjung tiba. Tak sabar rasanya digelar isteri orang. Majlis nikah yang bakal dilangsungkan dengan persandingan hari ini dipenuhi dengan jemputan ramai. Biasalah, Rafeeq kan business man. Ramai kenalan. Ditambah lagi dengan kenalan ayahnya, memenuhi jemputan.

Busana perkahwinan berwarna putih yang dipadankan di tubuh Aura Helena menaikkan seri wajahnya yang gembira. Sangat sesuai dengan dirinya. Bersinar dan berseri-seri.

Make-up yang ringkas mewarnai kulit mulusnya, dipadankan dengan beberapa aksesori yang tidak berat. Bersama dengan itu, semua pakaian tambahan terletak cantik ditubuhnya. Tidak terlupa dengan jari yang berinai.

Cantik!

Lagi beberapa jam sahaja lagi dia bakal dinikahkan dengan Rafeeq. Berdebar? Terlalu! Jantungnya seperti tidak mampu mengawal lagi degupan jantung yang semakin menggila. Bagaikan sudah teralih dari tempatnya.

"Lawanya kau, Hel!" jerit Iris sambil mencuit kecil pipi Aura Helena. Teruja. Tergelak Aura Helena melihat perilaku Iris yang tidak dibuat-buat. Bukan selalu Nampak Iris teruja seperti itu. Selalunya masam dan loyar buruk dua puluh empat jam!

Kini, hanya Aura Helena, Iris dan Ayra sahaja yang berada dalam bilik persalinan. Last gethering as single lady gittuw. Masing-masing mahu menghabiskan sisa-sisa masa yang terakhir sebelum Aura Helena bertukar status. Dah tak boleh nak usyar anak teruna orang dekat Pavillion lagi. Hahaha.

"Baru tahu ke? Hahaha." Aura Helena ketawa. Riak sekali-sekala tak apa. Hahaha.

Terus Iris tayang wajah menyampah. Nampak sangat dia meluat dengan kenyataan yang baru dilemparkan oleh Aura Helena.

"Mujur sebab kau kahwin hari ni. Kalau tak, dah lama aku hempuk kau," kata Iris dengan jelingan. Aura Helena ketawa lagi.

"Ala, kasilah aku chance nak puji diri sendiri. Bukannya selalu!" kata Aura Helena. Tangan membelek telefon pintarnya. Mana Rafeeq ni? Kenapa tak balas whatsapp?

Aura Helena mahu berjumpa dengan Rafeeq seketika sebelum mereka berjumpa di dewan hotel untuk diijabkabulkan. Mahu bercakap tentang beberapa perkara dan menikmati momen-momen terakhir sebagai tunangan sebelum bertukar kepada suami dan isteri. Hahaha.

"Boleh, Hel. Tak ada masalah. Untuk kau, semua boleh," kata Iris, lebih kepada memerli sebenarnya. Seperti Ayra, dia juga tidak terlepas menilik wajahnya di cermin. Uish, pertama kali dia bersolek. Semua disebabkan Aura Helena.

"Perli nampak?" jeling Aura Helena. Iris ketawa.

"By the way, cantik kau bersolek, Iris. Nampak menawan daripada biasa," puji Aura Helena dengan pandangan penuh makna. Saja mahu kasi muka Iris memerah kerana malu dipuji.

Tapi dia jujur. Bagi seseorang yang jarang dilihat solekan memenuhi muka, dia akui yang hari ini Iris kelihatan terlebih cantik daripada biasa. Kalau Iris tahu dia memujinya dalam hati, mahu kembang semangkuk minah ni.

"Kau nampak penumbuk ni? Kau nak benda ni hinggap kat mana?" Iris tayang buku limanya. Berdekah Aura Helena dan Ayra ketawa apabila Iris sengaja menunjuk garangnya dengan perangai kasarnya. Sudah terlebih faham.

"Janganlah garang sangat, Ris. Cuba rileks..." kata Ayra sambil memicit bahu Iris tetapi pantas ditepis olehnya. Berdekah Ayra ketawa melihat wajah cemberut sahabatnya. Marah pun comel!

ACE ZAYREN'S©Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz