44 | papa & reben

616 51 36
                                    

SEJAK tadi Aura Helena hanya memerhati Ace Zayren yang tidak kekok melayan Puan Sri Farah bermain di luar. Ke mana Puan Sri Farah pergi, apa sahaja yang Puan Sri Farah lakukan, semuanya dituruti Ace Zayren.

Meluangkan masa mereka buat kali pertama.

Aura Helena mengukirkan senyuman lebar. Dia suka melihat senyuman ikhlas milik Ace Zayren. Semuanya kelihatan seperti pertama kali.

Pertama kali lelaki itu tersenyum lebar. Pertama kali lelaki itu tampak bahagia. Pertama kali lelaki itu kelihatan tenang menjalini kehidupan sehariannya.

Tiba-tiba terbit rasa rindu kepada kedua orang tuanya yang sudah tiada. Al-Fatihah terus dibaca dalam hati. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Insha' Allah. Aamiin.

"Jauh termenung?"

Tersentak. Kepala terus menoleh ke sisi. Melihat Tan Sri Arhin yang mula melabuhkan punggung di sebelahnya membuatkan Aura Helena tersenyum. Tangannya diletakkan di atas lantai. Betul-betul di kedua belah sisinya. Kepala pula mengikut gerak-geri bapa mertuanya.

Kaki yang menjulur digerak-gerakkan.

"Tak adalah, papa. Tengah seronok tengok abang dengan bonda luangkan masa," balas Aura Helena perlahan.

Rasa nak tersedak menggelarkan Ace Zayren sebagai abang. Tetapi memandangkan orang yang sedang berbual dengannya ialah ayah kepada suami sendiri, digagahkan juga perkataan itu keluar dari kotak suaranya.

"I love it, too. Dah lama rasanya papa idamkan semua ni," kata Tan Sri Arhin. Bersama dengannya, satu pandangan hangat dan garisan senyuman pada wajah. Suka melihat isteri dan anaknya. Peristiwa yang bakal tersemat dalam memori. Selamanya.

"You did well, papa. Abang will be proud of you." Aura Helena mengukir senyuman hambar.

"Papa harap pun macam tu. Papa harap, Zay tak bencikan papa. Papa harap, Zay tak salahkan papa. Dan papa harap, Zay tak akan sesekali mempersoalkan tindakan papa. Yang papa nak tengok, Zay bahagia."

Seketika kemudian, perbualan mereka terhenti. Pandangan dijatuhkan pada Puan Sri Farah yang sedang bergelak ketawa dengan Ace Zayren. Tawanya semakin besar saat Ace Zayren menyelitkan bunga di telinganya.

"Papa tahu, semua salah papa. Papa pun tahu yang Zay bencikan papa selama ni. Lebih lagi sejak papa berkahwin dengan mama. Tapi, papa tak tahu apa papa patut buat," adunya.

"Jangan cakap macam tu, pa. Abang tak pernah bencikan papa. Percayalah cakap Aura," pujuk Aura Helena sambil mengusap lengan Tan Sri Arhin lembut. Bibirnya mengukir senyuman pasti.

"Thank you, sweetie." Tan Sri Arhin mengambil tangan Aura Helena sebelum diusapnya kekura kecil itu perlahan.

"Sama-sama, pa. Dahlah, papa jangan terfikir-fikirkan sangat. Kesihatan kena jaga. Insha' Allah, abang tak macam apa yang papa fikirkan. Abang sayangkan papa."

"Papa tak kesah semua tu. Yang penting sekarang, keluarga papa terasa lengkap lepas bagi tahu Zay tentang bonda. Hati papa rasa tenang. Ketenangan yang selama ni papa cari."

Bahu Aura Helena dipaut mesra. Senyumannya terhasil lagi.

"Terima kasih, Aura. Kehadiran Aura pun menjadi salah satu semua ni terjadi."

Belum sempat Aura Helena membalas, Ace Zayren berlari-lari anak mendekati mereka. Senyumannya langsung tidak meruntuh. Seperti sebuah lukisan yang kekal sampai ke tua.

"Aura, papa." Nafasnya mengah-mengah.

"Aura, boleh ambilkan air? Haus," pinta Ace Zayren. Aura Helena hanya tersenyum sebelum mengangguk kecil. Langkah diatur ke dapur.

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now