10 | sapu tangan & persiapan

705 59 10
                                    

"NAMPAKNYA, encik lebih memerlukan."

Chris terdiam saat satu kertas kecil dihalakan padanya yang sedang menunduk memandang lantai yang berdebu kotor. Perlahan-lahan kepalanya diangkat memandang kertas kecil itu sebelum terarah pada si empunya badan.

Aura Helena.

"Ambillah," kata Aura Helena memandangkan Chris hanya diam dan terpaku memandangnya. Dengan muka yang tidak beriak dan agak kebingungan, Aura Helena hampir ketawa.

Chris hanya terdiam sebelum mengambil plaster luka yang dihulurkan Aura Helena. Seketika dia berdehem kecil, menghilangkan rasa janggal yang menerpa.

"Tak balik lagi? Dah nak pukul 9 malam," tanya Aura Helena sambil menghulur air mineral yang baru dibukanya. Lalu dia melabuhkan punggungnya agak jauh di sebelah Chris.

"Erm." Itu sahaja yang dibalas Chris sebelum membasuh mukanya dengan air mineral yang dihulur Aura Helena. Setelah muka dan tangannya dibasuh barulah dia meneguk air itu sehingga ke titisan yang terakhir.

Sapu tangan pula dihulur. Mahu tak mahu dia mengambilnya juga. Berdesis sakit saat kain itu mula menyentuhi segala luka yang ada. Sakit berbisa masih terasa.

Dia sendiri tidak sangka seseorang melihat kelibatnya di balik taman syarikat yang besar. Lebih pula sudah larut malam dan tiada orang. Berani juga perempuan ni.

"Terima kasih. Kau, baliklah. Dah malam. Lagipun kau tak takut ke duduk berdua dengan lelaki dekat tempat gelap dan tak ada orang ni?"

Aura Helena tertawa kecil. Dia mengambil plaster luka di tangan Chris sebelum dibukanya perlahan. Tanpa kata, dia menampalkan plaster luka bercorak rama-rama itu pada luka di tangan Chris.

"Saya larilah. Tak pun, jerit. Ada tu ha pak guard badan sasa dekat tepi tu." Jarinya menunding pada seorang pengawal yang selalu menemaninya di saat perlu bekerja malam. Pakcik Koop.

Hampir tergelak Chris mendengarnya. Sasa? Tak! Buncit adalah. Adu, buat kelakar sahaja gadis di sebelahnya ini di malam-malam buta ni.

"Nak ketawa la tu. Eh, betullah saya cakap. Pakcik Koop kuat tau! Dia boleh angkat kotak kertas A4 sekali 3. Encik boleh?" Aura Helena ketawa. Saja mahu hiburkan hati orang atasannya yang kelihatan agak sedih.

Dia perasan kehadiran Chris di tempat itu sejak petang tadi. Dia terpegun tengok Chris apabila lelaki itu mampu duduk di posisi yang sama hampir 3 jam.

"Ceh." Perlahan sahaja suara Chris yang hampir ketawa. Dia menelengkan kepalanya dua tiga kali. Bila puas dengan segala detam-dentum bunyi tulangnya, dia menghela nafas berat sambil menjulurkan kaki ke hadapan.

"Hari yang memenatkan, kan?" Soal Aura Helena dengan senyuman. Mata terpaku pada dada langit yang menghitam. Mujur sahaja malam ini masih ada awan dan bintang. Terasa nyamannya.

"Mmhp," komen Chris.

"Apa kau buat dekat sini? Tak balik lagi?" soal Chris secara tiba-tiba. Hatinya tidak tenang. Semahunya untuk gadis di sebelahnya pergi segera. Dia tidak biasa duduk dengan perempuan yang berlitup. Lebih lagi bila keadaan yang sunyi.

"Overtime. Ada banyak kerja yang masih belum selesai," balas Aura Helena.

"Okey. Then, kalau dah habis baliklah. Buat apa dekat sini?" soal Chris, kedengaran agak kasar dengan suara garaunya.

"Uish, garang naw. Saja nak skodeng. Kenapa? Tak boleh?" sakat Aura Helena. Chris terdiam. Entah kenapa darahnya menyerbu naik ke muka. Terus panas. Dia malu.

Aura Helena ketawa. Comelnya.

"Saya perasaan encik dah tiga jam dekat sini. Tak bergerak-gerak. Ingatkan dah jadi maniquin. Bernafas lagi rupanya," tawa Aura Helena.

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now