53 | Mereda

324 26 1
                                    

CHRIS hanya memandang Syahee yang sedang termenung. Sudah beberapa hari mereka berdua duduk di hospital itu. Tanpa sesiapa, termasuklah Haidar.

Dia diberitahu oleh Qais di mana Haidar kembali mengamuk. Masakan tidak, sesampai sahaja mereka di sana, Syahee tiada. Kembar mereka pula ditemui di sebalik pokok besar. Di situ melindungi diri sambil tertidur.

Tempat itu pula diserbu. Hanya beberapa orang yang masuk ke dalam perangkap polis. Dan pastinya, ketua sentiasa terlepas. Luqfith menghilangkan diri.

"Aku dah bagi tahu keberadaan kau pada Haidar." Chris terpaksa bersuara. Sudah terlalu lama sorokkan Syahee daripada keluarganya. Semua atas faktor keselamatan wanita itu.

"Are you insane? Kenapa awak bagi tahu dia?!" Suara Syahee naik seoktaf. Ada sinaran amarah di sebalik biasan anak matanya yang disaluti air mata.

"What's wrong? Kau perlukan dia. Dia perlukan kau. Keluarga kau perlukan kau."

Chris bernada perlahan. Langkahnya menapak menghampiri Syahee. Melihat wajah kecewa itu membuatkan Chris rasa bagai dirobek-robek. Selama ini, dialah pemusnah segalanya.

"Macam mana saya nak bagi tahu dia?!" jerit Syahee dengan tenaga yang tersisa. Sakit dibedah masih terasa. Namun, perasaan marah lebih menguasai.

"Macam mana saya nak bagi tahu dia..." Suara Syahee meleret. Air matanya menitik mengena selimut tebal yang disediakan. Tangannya menggenggam erat selimut itu. Menahan duka, amarah dan sabar yang silih-berganti mengambil tempat dalam dirinya.

"Anak kami lahir tanpa nyawa?"

Chris terdiam mendengar kata-kata Syahee yang rapuh. Hati ibunya telah dihancurkan oleh kematian anaknya dalam perut.

"I'm scared, Chris! I'm hurt! You'll never understand us!"

Ya, Chris tak akan faham. Kerana dia tak berada di tempat Syahee. Dia tidak berpengalaman. Disayangi dan menyayangi. Dia kosong.

Chris tahu, tiada satu perkataan pun yang mampu meredakan situasi sekarang. Walau kata maaf seribu tahun sekalipun, rasa sakit itu tak akan pernah terpadam.

"Aku tahu tak akan ada satu perkataan pun yang mampu redakan kemarahan dan kekecewaan kau sekarang. Tapi... aku minta maaf. Kau tak patut hadap semua ni. Maaf sebab kau terlibat dalam masalah ni."

Syahee hanya menangis dan terus menangis. Dadanya sesak untuk menerima kenyataan pahit ini. Lama-kelamaan, dia tertidur bersama air mata yang masih menemani.

Chris hela nafas sekali. Dia betulkan selimut di badan Syahee dan memastikan Syahee berada dalam keadaan yang selesa. Kemudian, dia hanya duduk di balkoni bilik itu sambil menunggu kehadiran Haidar yang bakal tiba.

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

C

LICK!

Pintu bilik itu dibuka dari luar. Ada bunyi derapan kasut milik seseorang. Langkahnya penuh berhati-hati dan tenang. Chris pusingkam badan. Ada Haidar dan Ace Zayren.

Ace Zayren mengerling tajam memandang Chris. Mereka membalas pandangan tanpa bunyi. Keutamaan mereka ialah Syahee. Masing-masing tidak mahu mengejutkam Syahee yang masih disapa lena.

Haidar melangkah, mendapatkan Syahee yang kelihatan kecil di atas katil King itu. Hati suamknya runtun melihat pipi yang disulami air mata kering itu. Mukanya tampak pucat. Ada kerutan yang menghiasi dahinya.

"Sayang..."

Nafas dijujut dalam. Tangannya naik mengusap kepala Syahee yang bertudung. Badannya terasa panas. Hatinya terasa bagai dihiris-hiris melihat keadaan isterinya.

"Abang minta maaf sebab lambat," bisik Haidar. Tubuh itu terus dipeluk seerat yang mungkin. Satu per satu, air mata lelakinya jatuh membasahi baju di bahagian bahu milik Syahee.

"Ab... bang..." Syahee menangis sebaik sahaja tersedar. Bauan yang dia kenali itu membuatkan dia terus mengecam kemunculan Haidar di saat dia benar-benar memerlukan.

"Sya... hee... minta maaf... Syahee gagal jaga Syafeeya..." Tangisan Syahee memenuhi bilik itu. Ace Zayren dan Chris yang memerhati turut terasa sebak.

"Allah..." Haidar tarik nafas dalam.

"Sayang tak perlu minta maaf pada abang. Semua ni bukan salah sayang. Ini takdir yang Allah SWT telah aturkan untuk kita. Mungkin kita tak ada rezeki untuk besarkan Syafeeya di tangan kita sendiri. Allah SWT lebih sayangkan dia. Tak apa, sayang. Yang penting sayang selamat."

Semakin teresak-esak Syahee menangis setelah mendengar kata-kata Haidar yang lembut itu. Haidar hanya setia menjadi penemannya dari jaga ke lena. Belakang badan itu diusap lembut, memberikan semangat untuk Syahee terus kuatkan diri demi keluarga mereka.

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

"APA yang aku perlu buat sekarang ni?" Ace Zayren merenung ke dalam anak mata Chris. Ada air mata yang bertakung dalam pelupuk matanya.

"Kau tahu tak... betapa besarnya rasa serba-salah dalam diri aku pada keluarga Haidar?"

Chris hanya diam.

"Aku sangat percayakan kau, Chris. Tapi kenapa kau khianat aku? Untuk apa?"

"Sebab aku tak boleh miliki apa yang aku mahukan," balas Chris pantas.

"Apa yang kau nak?"

"Aura."

Jeda. Ada getaran di sebalik bebola mata Ace Zayren.

"Aku cuma tak nak ada perasan untuk memiliki Aura daripada kau. Sebab kaulah satu-satunya yang ada untuk aku masa aku susah. Tak mungkin aku akan khianat kau macam tu."

"Jadi aku ambil keputusan untuk khianat kau dengan cara lain."

Ace Zayren raup mukanya perlahan.

"Dan kau masih ada rasa untuk mengkhianati?"

Chris geleng sekali.

"Tak. Aku buat benda ni diam-diam sebab nak tolong kau. Aku tak kesah kalau semua anggap aku khianat kau tapi aku buat semua ni demi kebaikan kau."

Ace Zayren kerutkan dahi.

"Apa maksud kau?"

"Aku pernah pesan pada kau jangan percayakan sesiapa dalam kalangan kawan kita."

Ace Zayren hanya menjadi pendengar yang setia.

"Luqfith bekerja untuk Puan Sri. Dan sebenarnya, Luqfith adalah anak kepada Puan Sri dengan suami lama. Tujuan aku untuk bantu Puan Sri adalah aku nak tahu siapa sebenarnya dalang di sebalik semua ni. Dan aku dapat selamatkan Puan Syahee disebabkan aku tahu lokasi rahsia Luqfith."

Mata Ace Zayren terbuntang. Dalam masa yang sama, dia cuba menghadam apa yang baru diberitahu oleh Chris.

"Aku tak kesah apa yang kau dan Haidar nak buat pada aku. Aku terima dan aku faham. Memang salah aku bertindak seorang diri sampai melibatkan nyawa orang lain."

Satu, dua, tiga tapak Ace Zayren hampiri Chris. Tubuh itu masuk ke dalam pelukannya. Chris terkedu tetapi hanya biarkan.

"Aku cuma nak kita semua kembali kepada persahabatan asal, Chris. Aku rindukan kita."

Mereka berbalas pelukan.

"Maafkan aku sebab ada keraguan pada kau selama ni."

"If I were you, I will feel the same too."

Mereka berbalas pelukan.

"Baliklah. Aku rasa ada perkara yang kau perlu tahu daripada Aura."

Kata-kata Chris mendiamkan Ace Zayren.

Apa dia?

TBC
230922
Weh, serious do. Memang random mat update malam ni. Aku just rasa terlalu berdosa untuk biarkan anak-anak aku berdebu dalam ni.
Sekian.

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now