50 | Culik

434 30 1
                                    

"AUNTY!"

Sedang leka memilih beberapa buah buku bukan fiksyen, Aura Helena ditegur oleh si kembar, Syareen. Bersama dengan Syareen, ada Syahee yang sedang memimpin Hayden.

"Hi, Syareen!" sapa Aura Helena, turut teruja. Pantas sahaja gadis kenit itu masuk ke dalam pelukannya. Rindunya, lama tak jumpa!

"Rindulah pada aunty!" jujur Syareen, masih tidak lepas dari terus merangkul leher Aura Helena. Habis senget-benget tudungnya! Nasiblah!

"Aunty pun rindu dekat awakkk!" Hujung hidung Syareen dicuit kecil. Berdekah tawa satu-satunya anak gadis milik Haidar dan Syahee.

"Sihat, Kak Sya?" soal Aura Helena sambil bersalaman dengan Syahee. Kelihatan sarat.

"Alhamdulillah, sihat. Abang, salam aunty." Barulah Hayden hulurkan tangannya ke arah Aura Helena. Si abang memang kurang suka bergaul. Lebih suka buat kerja sendiri dan diamkan diri.

"Bertiga je ke?" soal Aura Helena.

"Ada tu ha, Friz teman. Haidar sibuk sikit hari ni," balas Syahee dengan senyuman. "Ni, Helena dengan siapa?"

"Dengan kawan tadi. Tapi dia orang dah balik dulu sebab ada hal katanya." Aura Helena tayang senyum. Tangannya pula ligat mengikut gerak-geri Syareen yang suka bermain dengan tangannya. Lembut macam mama katanya.

"Oh, kalau macam tu balik sekali dengan akaklah," pelawa Syahee.

"Eh, tak apalah. Helena balik sendiri aje nanti. Tak nak pulak susahkan akak. Lagipun sekarang Helena tumpang dekat rumah kawan sekejap sementara tunggu Ace uruskan kerja dia."

"Lah, ke situ pulak. Tak apa, sekali jalan aje. Akak suruh Friz hantar ke rumah kawan Helena."

"Tak susahkan ke, kak?" Serba-salah mula menebal dalam diri. Nak menolak atau menerima, dua-dua rasa perkara yang sama.

"Bukannya akak yang drive," tawa Syahee. Betul jugak.

Lama jugak Aura Helena berdiam diri. Lama dia berfikir, akhirnya dia angguk setuju. Lagi-lagi terpandangkan mata bulat Syareen yang terkebil-kebil memandangnya. Huh, muka minta simpati tau! Siapa je tak cair?

"Okeylah kalau macam tu," putus Aura Helena.

"Yeay! Aunty Lena balik dengan kakak!" jerit Syareen teruja membuatkan Aura Helena ketawa.

"Suka ke kalau aunty balik sekali dengan awak?" soal Aura Helena, sengaja.

"Suka! Because you loves to tell me a story about malay princess!" beritahunya teruja. Terus Aura Helena ketawa mendengarnya. Tidak terkecuali juga Syahee.

Aura Helena memang suka ceritakan kepada Syareen mengenai lagenda-lagenda melayu ni. Segala cerita puteri-puteri zaman dulu dia cerita kepada Syareen. Suka sangat dia mendengarnya.

Kalau Syahee pula yang nak bercerita? Habis mengarut jadinya. Silap hari bulan, kisah Puteri Gunung Ledang tu dia twist jadi kisah Mahsuri. Cerita lagenda sesat dia bagi. Hahaha.

"Do you still have a princess story to share with me?" soal Syareen teruja.

"Hum... Let me think first." Sengaja jarinya bawa mengusap dagu sendiri. Pura-pura berfikir sambil memandang ke siling. Effect berfikir. Hahaha.

Syahee yang melihatnya hanya mampu geleng kepala. Kalau iye pun lama tak jumpa, kasilah si Aura Helena tu pilih buku terlebih dahulu. Kasihan dia diganggu anak kecilnya seorang ini.

Dalam dukungan pulak tu. Bukannya ringan, dah besar!

"Ish kakak ni, bagilah aunty cari buku dulu. Nanti dalam kereta sambunglah borak. Or we go to Baskin Robbins first, then you ask Aunty Lena again. Okay?" cadang Syahee.

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now