46 | Sentuh

1.1K 64 39
                                    

"ARGH! Leganya!" Aura Helena menjerit kuat saat badannya mencium tilam empuk di bilik hotel yang mereka inap. Disebabkan rumah Yeon agak kecil dengan kehadiran mereka yang besar gajah, Ace Zayren memutuskan untuk menginap di hotel berdekatan sahaja.

Seronok juga ke Korea. Pengalaman yang tidak akan dia lupa. Tadi pun masa buat video call dengan Iris dan Ayra, menjerit mereka lain macam. Jealous la katakan. Hahaha. Padan muka.

Mereka semua baru sahaja lepas habis shopping. Itupun mengikut Tuan Sri Arhin yang layankan karenah Puan Sri Farah. Macam-macam yang bonda nak. Asalkan dia ketawa, semua sudah memadai.

"Aura, malam ni aku jadi guest company dinner. Nak ikut tak?" soal Ace Zayren. Rambutnya masih basah. Lepas baru mandi la tu. Mujurlah sudah lengkap berbaju t-shirt dan berseluar pendek. Kalau tidak, tertelan air liur Aura Helena melihat badan yang berketak-ketak itu.

Laju sahaja Aura Helena menggeleng. Penat gila hari ini! Tak mahulah dia turut serta. Silap-silap tertidur sahaja ketika mereka sedang berucap. Itupun kalau faham. Dah mereka guna bahasa Korea, sah-sah dia duduk macam orang tak pernah belajar. Hahaha.

"Taknaklah, penat!" adu Aura Helena. Tak nampak dia dah terbongkang atas katil? Memang betul-betul penat seharian jalan!

Ace Zayren ketawa lucu.

"Okey-okey."

Perlahan-lahan, Ace Zayren mendekati Aura Helena. Kemudian, punggungnya dilabuhkan di birai katil sambil tangannya mengelap rambut yang basah. Tangan mencapai alat kawalan jauh televisyen sebelum mula menekan-nekan.

"Nak tengok cerita apa?" soal Ace Zayren tanpa memandang Aura Helena. Petang-petang tengok movie sambil lepak-lepak dengan isteri seronok jugak. Bukannya peluang begini selalu hadir. Biarlah dia manfaatkan masa yang ada buat Aura Helena.

Bercahaya terus mata Aura Helena. Lantas, dia duduk daripada baring. Sambil itu, tangannya membuka pin tudung yang masih tersemat. Eee, busuk tak mandi lagi! Lepas tu terus baring atas katil! Dasar!

"Boleh tengok Netflix ke?" soal Aura Helena, melabuhkan punggungnya di sebelah Ace Zayren yang berbau harum. Maklumlah, baru mandi. Tergodalah jugak. Haiya.

"Boleh je," balas Ace Zayren. Matanya mengerling ke arah Aura Helena terlebih dahulu sebelum kembali fokus pada skrin besar itu.

"Mandilah dulu iye pun. Busuk!" tegur Ace Zayren lalu ketawa.

"Ish, mana ada busuk! Saya tak mandi tiga hari pun tetap wangi tau!" kata Aura Helena sambil menyenggol lengan Ace Zayren. Suka hati je cakap orang busuk! Tahulah dia dah wangi! Ish.

"Banyaklah kau! Meh aku cium sikit. Nak bau wangi ke tidak!" Terus sahaja wajah Ace Zayren mendekati Aura Helena. Laju aje kerjanya!

"Eee, mengadalah dia ni! Nak cium-cium orang pulak!" Aura Helena cuak. Tangannya pantas menolak muka Ace Zayren sebelum berdiri. Memang masamlah woi seharian berjalan-jalan. Malu la kalau Ace Zayren cium bau kepam. Hahaha.

Ace Zayren ketawa, "Apa salahnya. Nak pastikan je kau wangi ke busuk. Kata wangi? Kenapa takut?"

Aura Helena tayang wajah tak puas hati.

"Mana ada orang wangi kalau seharian berjalan! Dia ni pun... ish!" bebel Aura Helena. Kang dia debik Ace Zayren sekali, tahulah! Tak pasal-pasal dapat gelaran isteri derhaka sebab pukul suami. Huhuhu.

"Tak apa. Kau busuk ke wangi ke, aku tetap terima." Ace Zayren kenyit mata sebelah.

"Mulut manis! Dahlah, saya nak mandi dulu!" Aura Helena melarikan diri.

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now