58 | Baby Cot

425 17 3
                                    

"RAHSIA apa yang abang sorok daripada Aura?"

Ace Zayren simpan sengih. Dia seka air mata yang masih tersisa di pipi Aura Helena. Usap belakang badannya agar mereda sebelum dia ukirkan sebuah senyuman memujuk.

"Jom," ajak Ace Zayren. Tangan Aura Helena ditarik sebelum mereka melangkah masuk ke dalam bengkel. Keadaan bengkel yang huru-hara itu menjengah pandangan Aura Helena.

"Ha, ada perempuan lain tak dalam ni?" sakat Ace Zayren.

"Abang..." Aura Helena sondolkan kepalanya di ketiak Ace Zayren. Manja! Ace Zayren ketawa.

"Patutnya benda ni jadi surprise tapi disebabkan fikiran sayang nakal sangat..." Ace Zayren cuit hujung hidung Aura Helena.

Aura Helena hanya tersengih.

Ace Zayren melepaskan tangan Aura Helena. Dengan langkah berjaga-jaga, dia hampiri satu benda yang ditutupi dengan kain putih. Perlahan-lahan, kain itu diselak dan diletakkan di atas meja tukangannya.

Aura Helena terkejut.

"Ace..."

"Surprise..."

Ada sebuah baby cot diperbuat daripada kayu yang masih belum siap sepenuhnya. Bila mata Aura Helena mencari wajah tampan suaminya, pandangannya mula berkaca-kaca. Menuduh lagi!

"This should be a surprise but that's okay. Kalau nak dibandingkan rahsia kecil ni dengan sayang, abang sejuta kali rasa tak sanggup tengok sayang menangis macam tadi."

Tanpa berlengah, Aura Helena terus masuk ke dalam pelukan Ace Zayren. Tubuh sasa yang berpeluh itu dipeluk erat-erat. Drama air mata sambung kembali membuatkan Ace Zayren hanya tertawa kecil.

"Aura minta maaf tuduh abang bukan-bukan..." tangis Aura Helena.

"Tak apalah, abang faham. Kalau abang jadi sayang pun, abang fikir bukan-bukan. Abang minta maaf tau sebab sayang rasa abang berubah sampai macam tu sekali. Bukan niat abang nak abaikan sayang cuma abang terlalu kejar masa untuk siapkan baby cot ni secepat mungkin."

Kepala Aura Helena diusap perlahan. Sebuah ciuman juga mendarat di atas kepala isterinya itu. Ya Allah, kau perkuatkanlah rasa cinta ini selama-lamanya.

"Abang patutnya buat kerja kasi clean lah! Jangan sampai Aura syak macam-macam!" Aura Helena ketuk dada Ace Zayren perlahan. Kepalanya disandarkan di dada sasa itu. Peluh-peluh pun wangi.

"Aik, salah abang pula. Hobi sayang lah fikir bukan-bukan." Ace Zayren gosok kasar kepala Aura Helan. Tak tunggu lama, dia jarakkan pelukan mereka sebelum wajah Aura Helena ditenung.

Ace Zayren bongkok sedikit. Jari telunjuknya menyelit rambut Aura Helena ke belakang telinga sebelum perlahan-lahan jari itu turun ke dagu dan menolak dagu itu ke atas.

"This is for you, my precious wife."

Aura Helena tersenyum malu. Sukanya, sukanya.

Saya ada suami. Awak yang baca ni tak ada. Hihi.

"Jom, abang nak tunjukkan something special dekat baby cot ni."

"Apa dia?"

Ace Zayren tak menjawab persoalan Aura Helena. Dia hanya menarik isterinya mendekati baby cot itu sambil sebelah tangan lagi menutup mata isterinya.

Perlahan-lahan, tangan Aura Helena dilalukan sepanjang permukaan baby cot itu. Aura Helena meraba permukaan yang terdapat lekuk yang tersendiri dengan perasaan ingin tahu.

Selepas beberapa saat, Ace Zayren melepaskan tangannya dari terus menutup mata Aura Helena.

Aura Helena terus melihat permukaan yang dia sedang pegang itu. Tangan Aura Helena semerta naik menutup mulut yang ternganga akinat terkejut. Perlahan-lahan kepalanya mendongak mencari anak mata Ace Zayren.

"Ace..." Air matanya bertakung.

"I hope you like it." Ace Zayren tayang senyuman maut.

Terus Aura Helena mengangguk laju.

"I love it so much!"

Baby cot itu terukir nama. Bahagian di sebelah kiri ialah Muhammad dan di sebelah kanan ialah Nur. Nama anak lelaki dan anak perempuan yang membawa makna yang baik.

"Terima kasih, abang. Terima kasih buat Aura bahagia." Aura Helena peluk tubuh sasa Ace Zayren.

"Terima kasih juga sayang yang menjadi punca kebahagiaan abang." Dah tak heran baju sudah lencu dengan peluh, pelukannya pada isteri tetap erat.

"Dah, jom masuk tidur. Minum air dulu, lepas tu abang hantar sayang ke bilik. Jangan syak macam-macam pula bila abang tak tidur sekali nanti. Abang nak kemas kejap bengkel bersepah ni."

Aura Helena sengih.

"Okeyyy."

"TERIMA kasih cover aku tadi, M. Nasib baik aku perasan dia intai tadi." Ace Zayren hela nafas berat. Di dalam bengkel itu, ada sebuah bilik rahsia yang mereka sorokkan daripada pengetahuan umum.

"Tak ada masalah. Cuma sampai bila kita nak sorok hal ni? Jangan sampai dia yang 'makan' kita dulu, Ace. Ingat, nyawa Aura yang selalu menjadi target."

Ace Zayren meraup wajahnya. Ada nafas berat yang dihela. Pelbagai kertas yang berselerak di atas meja itu dipandang. Itu adalah bukti-bukti kukuh yang ada. Bukti yang meyakinkan dia bahawa tidak semua kawan itu adalah kawan yang sebenar.

"Aku tahu. Dah tak lama lagi, M. Aku cuma nak aturkan strategi elok-elok."

"Rancang, rancang juga. Jangan sampai dia mula dulu," pesan M sekali lagi.

"Dapat kesan keberadaan Chris dan Luqfith?" soal Ace Zayren.

"Masih belum."

Ace Zayren menghela nafas berat. Chris hilang tanpa khabar. Begitu juga Luqfith. Dia buntu. Tak tahu macam mana lagi nak selesaikan masalah yang tidak berpenghujung. Chris adalah target utamanya. Luqfith pula, masih tidak pasti.

"Aku harap kita akhirnya semua ni secepat mungkin. Aku... tak nak terlibat lagi. Aku rindukan keluarga aku."

Ace Zayren pandang M.

"Aku dah janji pada kau, kau bebas lepas semua ni selesai. Aku bukan nak pisahkan kau dengan keluarga sendiri selama ni tapi kau sendiri tahu syarat aku dan kerja kau."

"Ye, aku tahu."

"Aku bebaskan kau sepenuhnya lepas kes ni."

M terkejut.

"Kau... serius?"

"Dah terlalu banyak masa yang aku ambil daripada kau. Aku halalkan segala hutang yang menjadikan diri kau sebagai taruhan aku."

"Tapi, aku dah janji pada kau yang aku akan berkhidmat pada kau seumur hidup aku. Kau dah banyak berjasa pada aku pasal hutang aku dengan—"

"Jangan tolak tawaran aku, M. Aku bakal ada keluarga sendiri, jadi aku faham perasaan kau. Kalau aku sendiri pun, tak sanggup berjauhan dengan Aura. Apatah lagi kau dah ada anak."

Mata M bertakung.

"Aku minta maaf curi masa kau selama ni. Aku ego."

Tanpa kata, M terus memeluk Ace Zayren. Pada mulanya, Ace Zayren terkejut. Namun, pelukan itu dibalas mesra membuatkan M menangis tanpa suara.

Lelaki. Lelaki pun ada hati.

TBC
280623

Haii semuaaa selamat hari rayaa hajiiii, bang aji rindu semuaaaa byee semuaaa selamat melapah lembuuuu semoga takk kembung macamm lembuuu jaga kesihataannn saya jadi biskut semulaaaa byeeeee

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now