35 | tya & niat & chris

636 50 7
                                    

KAKI itu melangkah keluar dari lapangan kapal terbang. Bersama semangat baru walaupun rasa yang masih sama. Menyandang sebuah beg di bahu dan satu luggage bag di tangan. Rafeeq baru sahaja mendarat dengan selamat di Malaysia.

Selamat pulang, dearself.

Rafeeq masuk ke dalam kereta yang diambil oleh pemandu peribadi keluarganya. Mengarahnya untuk ke satu alamat yang telah diberikan kepada pemandu itu sebelum kereta mula membelah jalan raya.

Hanya membuang pandangannya ke luar. Suasana Malaysia yang dirinduinya setiap masa. Walaupun terdapat kenangan pahit yang selalu menjadi asbab tangisan di malam hari, hatinya masih mencintai tanah airnya.

"Macam mana semua urusan dekat sana? Okey?" Pemandu peribadi yang digelar Pak Lah mula menyoal. Sudah lama sekali rasanya tidak melihat wajah majikannya yang peramah. Tetapi, itu hanya kisah lama. Rafeeq yang sekarang lebih pendiam daripada dulu.

Rafeeq senyum dulu. Membetulkan duduknya yang tadinya menyandar di pintu kereta. Cermin tengah yang memantulkan bahagian belakang dia pandang. Mata mereka bertemu.

"Alhamdulillah, Pak Lah. Semuanya baik-baik sahaja. Azam yang banyak bantu saya di sana. Terima kasih sebab kenalkan Azam dengan Raf," kata Rafeeq, seraya tangannya menjambak rambut yang menutupi mata ke belakang.

"Alhamdulillah, lega Pak Lah mendengarnya. Sama-sama, Raf. Tak besar pun pertolongan Pak Lah pada Raf. Azam tu anak saudara Pak Lah, jadi tak adalah susah mana nak minta tolong."

Rafeeq hanya mengangguk sebelum kembali menyepikan diri. Iphone di tangan dimainkan seketika sebelum kereta berhenti di pintu hadapan pusat membeli-belah.

"Dah sampai. Raf nak Pak Lah ambil jam berapa?" soal Pak Lah.

"Nanti Raf confirmkan semula. Raf call Pak Lah," balas Rafeeq dan Pak Lah hanya mengangguk.

Pemergian anak muda itu hanya dipandang sepi. Baru sahaja sampai Malaysia, terus dengan urusannya. Tidak mengempat untuk bertemu keluarga yang sudah merindui Rafeeq dalam jangka masa yang lama. Akhirnya, kereta itu membelah jalan dan hilang.

Rafeeq berjalan menuju ke tempat yang telah dia tetapkan. Dia mahu bersemuka dengan Tya. Kini, rasanya dia sudah cukup kuat untuk mendengar penjelasan daripada Tya. Mengapa dia sanggup hancurkan hubungan sahabat baik sendiri?

"Raf."

Suara Tya mendahului Rafeeq. Mata jatuh ke perut Tya yang mula menampakkan bentuk. Kelihatan sarat. Lebih lagi dengan baju yang dikenakannya agak ketat. Sangat tak sesuai.

"Duduklah," kata Rafeeq sebelum dia melabuhkan punggung di hadapan Tya yang kelihatan bersinar dengan seri ibu mengandung. Hakikatnya bagi Rafeeq, tiada lagi sinar yang layak untuk wanita itu.

"I tak ada masa. You sendiri yang call I, ajak jumpa. Sampai I kena fly semula balik Malaysia. Nasib baik niat I memang nak balik. So, just speak it up." Rafeeq terus bersuara. Tiada niat mahu berlama-lama berbual dengan Tya.

Tya menarik nafasnya terlebih dahulu. Niatnya untuk berjumpa Rafeeq hari ini adalah untuk memberitahu kebenaran yang sebenar. Dia mahu memberitahu asbab mengapa dia tergamak melakukan tindakan mendadak itu.

"I nak minta maaf," kata Tya perlahan sambil menundukkan kepala.

"Untuk?" soal Rafeeq sinis.

"Sebab hancurkan hubungan you dengan Hel." Tya menjawab pertanyaan Rafeeq dengan suaranya yang agak bergetar. Dia takut jika Rafeeq akan melampiskan amarah dan mengamuk kepadanya.

Rafeeq menghelakan nafasnya berat. Dia akui, dia masih kesal dengan tindakan Tya tetapi benda sudah pun berlaku. Tiada apa lagi yang dia boleh lakukan. Nak marah pun sudah tiada gunanya.

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now