33 | ugut & hanisah & autopsi

612 52 20
                                    

+Jom main game.

+Siapa sampai kampung dulu, dia menang.

+😎

AURA Helena menatap pelik satu pesanan yang baru diterimanya di aplikasi WhatsApp. Dia yang baru sahaja habis menunaikan solat subuh mahu melihat perkembangan daripada media sosial terhenti apabila ayat itu terasa sangat dekat di hati. Memberitahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.

Tangannya bergerak-gerak di atas skrin telefon. Nombor baru Abang Am ke? Sebab dia diberitahu yang keluarga Abang Am ke kampung untuk melawat opah seketika setelah lama tidak pulang ke kampung. Pekerjanya pula yang menjaga kafe miliknya.

Abang Am nak ajak dia balik kampung ke?

+Nombor siapa ni?

Dia hanya menunggu. Lebih berdebar apabila tuan punya nombor berada atas talian. Tulisan typing yang bergerak di bawah nombor yang masih tidak diketahui itu mencetuskan debar di dada. Lantas, dia menggigit kecil bibir bawahnya. Menunggu.

+Guess, baby.

+😎

Nafas Aura Helena laju. Matanya terbuntang luas sebelum rasa mahu menjerit sepenuh hati. Berdetak-detak hebat dan dia mula rasa gelisah. Memejamkan matanya rapat dan cuba menahan diri daripada terus menggigil. Melihat emoji itu, dia tahu siapa je yang berani lakukan perkara itu.

Ace Zayren semestinya! Dia ingat lawak ke main-main dengan benda macam ni? Rasa senang hati dapat buat hati orang lain gelisah dan tak tenang. Suka sangat menggunakan kuasa yang ada untuk mendominasi keadaan.

Ikon telefon ditekan.

Marah.

"Selamat pagi, Cik Aura Helena."

Suara Ace Zayren kedengaran di hujung talian. Sangat bersahaja dan selamba menyapa dengan suara paginya. Kedengaran garau tetapi sangat sakit di pendengaran Aura Helena.

"Perkara ni tak kelakar ye, Ace." Aura Helena terus bersuara tanpa salam. Sangat sakit hati dengan perangai tidak matang Ace Zayren yang sesuka hati mengugutnya dengan cara begini.

Apa dia nak buat kalau Abang Am tahu, dia dah tak suci?

"Aku pun tak rasa ada apa-apa yang kelakar. Aku ajak kau kahwin, kau tolak. Jadi, aku gunalah cara lain untuk dapatkan kau." Ace Zayren membalas kata-katanya bersahaja. Tidak menunjukkan apa-apa perasaan bersalah dalam hati.

Kedengaran senang sekali. Macam semuanya baik-baik sahaja. Tidak kesah dengan apa yang dirasainya kini. Dia punyalah bagai nak mati rasanya tetapi lelaki itu buat selamba badak dia.

"Kenapa beria sangat nak kahwin dengan aku? Kau ni memang gila ke? Lepas apa yang kau buat dekat aku, kau rasa aku akan setuju untuk berkahwin dengan peragut dara sendiri?" sembur Aura Helena.

Amarahnya tak dapat dibendung. Tiada lagi gelaran hormat. Lagipun dia sudah lama berhenti kerja daripada syarikat itu. Apa mereka fikir dia masih akan bertahan setelah apa yang berlaku?

Kedengaran suara Ace Zayren ketawa di corong telefon. Walaupun kedengaran manis tetapi bila sampai di gegendang telinga Aura Helena, tawa itu menjadi sesuatu yang sangat beracun!

ACE ZAYREN'S©Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon