06 | hospital

797 68 17
                                    

IRHAN bernafas kasar di luar wad kecemasan yang menempatkan Ace Zayren. Dia tidak boleh menumpukan apa yang sedang berlaku di sekelilingnya oleh sebab fikiran yang melayang teringatkan Ace Zayren yang sedang dirawat.

Kakinya yang bergerak laju daripada tadi akhirnya terhenti apabila dia membuat keputusan untuk berdiri. Dia berjalan menghampiri pintu wad itu sebelum mengintai ke dalam bilik.

Rambut diraup kasar. Matanya dipejam rapat sebelum dia kembali bergerak ke tempat duduknya. Kasyaf, Yeon dan Chris yang turut berada di situ hanya memerhati Irhan dengan renungan tertekan.

Kalau Ace Zayren turun sekali dengannya tadi, mungkin perkara ini tidak akan berlaku. Mungkin Ace Zayren tidak dibelasah seteruk ini. Dia hanya dapat mengeluh reda.

"Calm down, okay?" Kasyaf bersuara apabila sejak tadi Irhan tidak reti duduk diam. Terlalu risaukan Ace Zayren yang sedang dirawat.

"Make sure Harraz do his best." Kolar baju Kasyaf dicengkam Irhan membuatkan Kasyaf menelan air liurnya. Irhan kalau dah mula serius, tiada apa yang mampu memberhentikannya. Suaranya bernada amaran sebelum kolar digenggamannya dilepaskan.

"Hey, relax Han. Everything will be okay. Tak akanlah kau tak percayakan Harraz?" Chris yang sedari tadi hanya mendiamkan diri terpaksa mencelah apabila emosi Irhan mula tidak stabil.

Dia tahu, Irhan terlalu sayangkan Ace Zayren atas pelbagai sebab tetapi tidak perlulah sampai nak risau macam ni sekali. Boleh menyebabkan pergaduhan sahaja nanti.

Irhan merengus kasar sebelum tangannya naik meraup muka. Dia mula tersedar dari perilaku luar batasnya. Mungkin dia terlalu risaukan Ace Zayren sampai sanggup bertindak sampai sedemikian.

"Sorry," ujar Irhan perlahan sebelum duduk kembali di tempatnya. Yeon hanya tersenyum hambar. Bahu sahabatnya itu ditepuk perlahan membuatkan Irhan menjongketkan senyuman kecil. Menyedapkan hati sendiri.

Dua lelaki yang menyerang Ace Zayren tadi sudah selamat berada dalam tahanan mereka. Hanya tunggu untuk disoal siasat sahaja nanti. Lelaki yang terlepas tadi pula, dikerah untuk dicari oleh Irhan melalui orang-orang bawahan mereka.

Berpandukan cctv dan penjelasan daripada mereka, mungkin itu masih tidak mencukupi untuk menjejaki lelaki itu. Mungkin selepas menyoal dua tahanan lelaki itu akan menjadi petunjuk kepada mereka.

"Nak bagitahu Ray ke?" soal Kasyaf.

"Jangan," potong Irhan.

Tiga pasang mata tajam itu memandang Irhan yang sedang meraup mukanya sendiri. Irhan menghela nafasnya sebelum menyandarkan badannya pada kerusi.

Azz Rayden? Jangan. Tak pasal-pasal nanti dia buat hal dekat sini. Ataupun rumah. Mungkin dia bakal menjadi orang paling menakutkan jika tahu keadaan Ace Zayren. Mungkin, lagi gerun daripada Ace Zayren.

"Nanti dia buat hal. Kang tak pasal-pasal berbalah lagi dengan Haer." Irhan bernada perlahan. Kasyaf, Yeon dan Chris hanya mengangguk. Mengerti dengan situasi sekarang.

"Luq?" soal Yeon. Terus sahaja kepala Irhan menoleh pada mereka bertiga.

"Mana dia? Aku tak nampak dia dari pagi. Mesyuarat tadi pun dia tak ada. Apa masalah dia?" soal Irhan kasar. Luqfith, salah seorang pekerja rapat mereka selepas Irhan. Tidaklah serpata mana tetapi lebih rapat daripada Chris yang sejenis pendiam.

"Tak tahu. Aku call pun tak angkat." Kasyaf melayangkan telefon ke arah Irhan.

"Tak perlu bagitahu dia. Kalau dia rasa nak ambil tahu, okey. Kalau rasa tak nak ambil tahu, lantak dia." Irhan bernada lagi.

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now