43 | korea & bonda

745 64 45
                                    

"KENA pergi juga ke?" Aura Helena bersuara sambil melipat baju-baju yang ingin dibawa bersama. Matanya pula sekali-kali memandang Ace Zayren yang sibuk dengan iPad di tangan.

"Kena pergi juga sayang oi. Ini soal kerja," balas Ace Zayren selamba. Matanya masih terlekat pada iPad yang dia tenung sejak tadi tanpa memandang Aura Helena yang sudah menayangkan wajah tidak puas hati.

"Awak baru je berapa hari balik dari hospital. Luka pun masih basah lagi," kata Aura Helena. Tidak puas hati dengan Ace Zayren yang mementingkan kerja daripada kesihatan sendiri.

"Alang-alang kita orang ada kerja dekat sana, kita orang nak hantar Yeon sekali. Katanya, dia dah tak nak balik sini lagi. Bila ditanya kenapa, dia just jawab yang dia akan bagi tahu dekat sana," terang Ace Zayren.

Aura Helena terdiam. Seperti yang dia tahu, esok mereka akan berangkat ke Seoul, Korea untuk menghadirkan diri sebagai tetamu jemputan semasa pembukaan galeri lukisan milik kawan Ace Zayren.

Dan dalam masa yang sama, Yeon membuat keputusan untuk pulang ke tempat asalnya. Meninggalkan apa yang sudah dibina olehnya di Malaysia tanpa berpatah semula ke belakang. Keputusannya muktamad.

"Hm, yelah. Nak cakap lebih-lebih pun tak ada hak. Saya ikut je." Tangannya kembali ligat menyusun baju-baju yang telah dilipat ke dalam luggage bag.

Mendengarkan itu, Ace Zayren meletakkan iPadnya di atas meja. Kakinya mula mengorak langkah menghampiri Aura Helena yang tidak beriak.

"Hey, bukannya aku tinggalkan kau pun. Aku bawa kau sekali, kan?" Ace Zayren bersuara. Mula melabuhkan punggungnya di birai katil. Sambil itu, tangannya membantu Aura Helena melipat pakaian yang masih belum terlipat.

"Tahulah. Cuma..."

"Kau risaukan aku ke?" Kedua-dua belah keningnya diangkat berkali-kali. Aura Helena yang melihatnya hanya mampu menjelingkan matanya ke atas.

"Siapa je tak risau?" Aura Helena mencampak satu baju milik Ace Zayren tepat ke muka sebelum lelaki itu hanya ketawa.

"Aura," panggil Ace Zayren.

"Hm?"

"Kau dapat terima ke hubungan kita?"

Mendengarkan itu, Aura Helena menghela nafasnya perlahan-lahan. Tangannya yang giat melipat kain terus terhenti. Kepalanya ditolehkan, memandang Ace Zayren yang sedang menunggu menagih jawapan.

"Ace, hubungan ni masih baru. Saya pun masih dalam fasa untuk menyesuaikan diri. Mungkin lagi beberapa bulan dari sekarang, awak tanya soalan ni semula, saya ada jawapan. Buat masa sekarang, let's just accept this marriage life."

"Tapi, macam mana kalau jawapan kau lagi beberapa bulan akan datang, masih sama? Then, what will happen to me?" soal Ace Zayren.

"Make me then," balas Aura Helena.

"Huh?"

"Make me fell in love with you. And then, the results will change for the next few months."

Bibir Ace Zayren mengoyakkan senyuman. Mata mereka bersatu. Bersama dengan itu, sinar di sebalik mata Ace Zayren membawa berjuta harapan. Mengharapkan bahawa semuanya menjadi kenyataan.

"Janji dengan aku," kata Ace Zayren.

"Janji apa?"

"Promise me that you will not force yourself, for not accepting me. Janji dengan aku, yang kau sentiasa relakan hati kau. Relakan segala perkara yang aku akan buat. Jangan pernah tutup hati kau untuk sambut kehadiran aku. Janji?"

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now