39 | irhan & tampar

763 52 11
                                    

PUK!

"Aduh! Kau ni dah kenapa?" Irhan memarahi Kasyaf yang memukul kepalanya kuat. Sudahlah kepalanya masih sakit dan berbalut.

"Sanggupnya hatimu memperlakukan patik seperti ini. Patik minta maaflah, Tuanku. Jangan marah-marah," kata Irhan sambil menjauhi Kasyaf yang menjelingnya dengan tajam.

"Mananya aku tak marah! Aku dah pesan, kan? Hati-hati! Ni apa dah jadi?" marah Kasyaf sebelum mengeluh kecil.

Rupanya kereta yang dipandu Irhan terbabas setelah dilanggar berkali-kali oleh dua buah kereta. Kasyaf yang mendengar berita itu bagai nak terpecah jantungnya. Nasib baik tidak berlaku apa-apa yang serius.

"Manalah aku tahu. Dah kereta tu nak terbabas, nak buat macam mana?" balas Irhan sambil mengusap lengannya yang terasa sakit. Juga berbalut selepas mendapat tiga jahitan di lengannya.

Irhan menerima tiga jahitan di lengan akibat terguris dengan cermin tingkap yang pecah. Dahinya pula terhantuk pada stereng kereta dan turut terguris dengan tingkap yang pecah saat dia cuba mengeluarkan diri dari dalam kereta. Yang bahagian lain, hanya sekadar luka-luka ringan. Hanya perlu disapu iodin dan balutan ringan sahaja.

Kasyaf menghelakan nafasnya berat, "Aku minta maaf. Sebab aku, kau jadi macam ni."

"Bukannya salah kau. Dia orang memang attack kita, nak buat macam mana?" Irhan mahu menyedapkan hati Kasyaf. Tak mahu pula Kasyaf runsing menyalahkan diri sendiri.

"Tak habis-habis lagi ke perempuan tua tu? Dah kantoi pun masih tak mengalah," selit Yeon.

"Dia tak puas hati la tu. Mana tah dia menyorok," balas Luqfith.

"Kau okey Luq?" soal Kasyaf.

"Aku okey je, kereta Han yang kena langgar."

"Hm, nasib baik. Han je la ni yang malang sikit." Kasyaf ketawa.

"Hamboi kau. Aku yang sakit-sakit ni dimalangkan eh? Sangat kejam Tuanku terhadap patik." Irhan pura-pura merajuk. Tangannya menarik selimut menyelubungi seluruh badannya.

"Tak payah nak beria. Dah, jom balik." Kasyaf bersuara.

"Jangan lupa datang lusa. Kena cuci lukanya," selit Harraz.

"Iyelah, doktor. Nanti saya datang bawa rombongan sekali." Irhan bernada perlahan sebelum sebatang pen hinggap di kepalanya.

"Weh, sakit weh... Sakit..." Irhan mengaduh dengan penuh perasaan pasrah. Tangannya memegang tepat yang terkena balingan. Tepat pada tempatnya yang luka.

"Ops, sorry! Tak expect pula on the spot," tawa Harraz sambil melangkah laju menghampiri Irhan. Luar balutan itu diusap perlahan.

"Alah bucuk-bucuk doktor."

"Kepala kau la bucuk-bucuk. Dahlah, aku nak balik. Lapar ni," kata Irhan sambil turun dari katil.

"Iyelah, hati-hati," pesan Harraz, risau.

"Jom, kita pergi makan dulu. Lepas tu, aku hantar kau balik. Nak balik mana ni?" soal Kasyaf.

"Nak balik rumah sendiri, kejap lagi mak aku bebel. Nak balik rumah Zay, dia dah ada bini pula. Nak balik rumah kau, mak ngah kau garang nak mampus. Nak balik rumah Luq, jauh sekali rumahnya. Balik rumah Chris je la."

Irhan tersengih.

"Panjang betul mukadimah kau, Han. Dah macam rumah tumpangan." Kasyaf menggelengkan kepalanya. Macam-macam hal!

"Chris tak ada dekat rumah. Rumah dia kunci. Password dia dah bertukar," selit Luqfith.

"Pulak?" soal Kasyaf.

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now