21 | kembar

660 51 12
                                    

"ASSALAMUALAIKUM! Uncle Ace... ouhhh Uncle Ace!"

Cerianya suara Hayden menjerit memberi salam kepada Ace Zayren apabila jejak sahaja kakinya di tanah. Berlari-lari anak itu menghampiri pintu rumah banglo dua tingkat itu. Di tangannya, diseret sekali Syareen, kembarnya.

"Abang, jangan tarik kakak macam tu," tegur Syahee. Sempat dia mencapai beberapa plastik barangan yang sempat dibelinya sebelum ke rumah Ace Zayren. Rumah lelaki itu selalunya kosong sahaja, terasa mahu masakkan beberapa makanan buat lelaki itu. Tumpang sekali untuk mereka makan di situ.

Haidar menghampiri Syahee sebelum beg-beg plastik itu bertukar tangan.

Pintu dibuka dari dalam. Sudah tahu akan kehadiran mereka tentunya apabila Ace Zayren mengorak senyuman lebar.

"Hi kids!" sapanya ceria. Kemudian, dua budak kecil itu sudah naik ke dukungannya. Masing-masing mendapat ciuman di pipi.

"Ey, Uncle Ace tak shave ke?" adu Syareen apabila jarum-jarum halus itu mengenai mukanya membuatkan Ace Zayren ketawa.

"Kakak tak tolong uncle, macam mana uncle nak shave?" sakat Ace Zayren.

"Uncle nak kakak tolong ke? Macam kakak selalu buat dekat papa?" soalnya polos membuatkan Haidar tertawa. Ada-ada sajalah jawapan budak ni.

"Mestilah!"

"Okey, nanti kakak tolong uncle!" Senyuman comel ditarik membuatkan Ace Zayren berasa geram dan melabuhkan satu kucupan di pipi Syareen. Comelnya!

Haidar dan Syahee hanya memerhati. Ada-ada sahaja jawapan Syareen. Tak padan baru enam tahun. Pandai sahaja berkata-kata.

"Masuklah, panas ni. Kesian Puan Syahee duduk lama-lama di luar," pelawa Ace Zayren.

"Tak habis-habis dengan 'puan' dia. Malas nak melayan," rungut Syahee sebelum melangkah masuk ke dalam rumah sambil dibuntuti Haidar. Menjaga isterinya dengan rapi dari belakang.

Ace Zayren hanya menyengih. Sudah terbiasa.

Mereka akhirnya masuk ke dalam rumah itu. Syahee bersama kembar mendahului mereka berdua yang sedang berbual ringkas di belakang.

"Assalamualaikum Nek Shima," sapa Syahee apabila dia melihat pembantu rumah peribadi milik Ace Zayren. Mana-mana rumah dia pergi mesti kelihatan Nek Shima. 10 rumah kongsi satu pembantu rumah. Joke.

"Waalaikumussalam, puan. Tuan ada bagi tahu yang puan nak datang, itu yang Nek Shima semangat sampai awal." Nek Shima tersenyum.

"Buat susah-susah je, patutnya Nek Shima cuti tau hari ahad ni. Maaf kalau susahkan Nek Shima pula," balas Syahee, serba-salah menyelubungi diri.

"Eh, tak susah mana la. Dah kerja Nek Shima. Lagipun bukannya hari-hari Nek Shima kerja. Kalau Tuan Zay suruh kerja, baru Nek Shima kerja." Nek Shima berkata sebelum menyambut huluran Haidar. Dipenuhi barangan dapur.

"Sihat, Nek Shima?" soal Haidar sambil menyalami tangan tua itu.

"Sihat alhamdulillah." Bibir itu mengorak senyuman.

Haidar tersenyum puas hati.

"Okeylah, saya ke depan dulu. Ada benda nak diborakkan dengan Zay," pamit Haidar dengan senyuman.

"Iyelah."

Terus, badan Haidar memusing menghadap isteri genitnya.

"Hati-hati," pesan Haidar, ringkas.

"Baik boss." Syahee menyengih.

"Aku tak boleh betullah tengok minah ni sengih-sengih. Mesti ada je dia nak buat ni," keluh Haidar sambil meraup rambutnya ke atas. Syahee ketawa mendengar kata-kata suaminya.

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now