02 | temu janji

1K 102 6
                                    

"SORRY sayang, hari ni tak boleh. Tiba-tiba ada hal. Mummy suruh balik. Itu yang I call you."

Rafeeq membetulkan rambutnya di hadapan cermin tanpa menggunakan sikat. Hanya sekadar merapikan serba sedikit sebelum bergerak ke rumah Datin Rasya.

Entah apa angin mama memanggilnya untuk pulang ke rumah. Selalunya boleh sahaja berjumpa di pejabat. Hari ini sahaja mahu manja dan mengada-ngada dengannya.

Mungkin mahu menghabiskan masa bersamanya memandangkan lagi beberapa minggu dia bakal bergelar suami kepada Aura Helena. Gadis yang berjaya mencuri hatinya sejak zaman universiti lagi.

"Kalau macam tu, tak apalah. Kita jumpa lain kali," jawab Aura Helena dengan suara yang mula mengendur. Rafeeq tahu, tunangnya mungkin terasa hati kerana kebelakangan ini dia perlu menguruskan banyak perkara sebelum boleh mencapai ketenangan sebelum majlis perkahwinan mereka.

"Aik, lain macam je suara tu? Merajuk, sweetheart?" soal Rafeeq.

"Ey, tak kuasa nak merajuk dengan aboy mummy," sakat Aura Helena.

"Amboi, perli nampak?"

"Mana ada. Dah, mummy tunggu tu," balas Aura Helena sambil ketawa.

"Nakal eh? Okey, sayang. Thank you sebab faham I. Ni yang I sayang you lebih," ujar Rafeeq dengan senyuman. Kakinya mengorak langkah ke kereta dengan kunci yang dipusing-pusingkan di jarinya.

"Iyalah, masa ni jelah baru nak sayangkan I. Nanti kirim salam pada mummy. Take care," pesan Aura Helena. Ada terselit sedikit nada bergurau, menyakat tunangnya yang merupakan anak emak. Matang tetapi manja.

"Eh, sorry sikit. I sayang you hari-hari, okey. Kalau tak, tak adanya kita dah nak kahwin. I tak sabar nak jadikan you isteri I," balas Rafeeq dengan menjulingkan matanya ke atas. Bibirnya turut mengukir satu senyuman bahagia.

Dengan Aura Helena, hari-harinya selalu rasa berharga dan bahagia. Gadis itu mudah dijaga dan dikawal. Tidak kuat cemburu dan memahami. Selalu sahaja menasihatinya dan menggembirakan hatinya.

"Me, too." Aura Helena membalas dengan senyuman yang sudah terukir lebar di wajah. Dadanya lapang dan berbunga ceria. Rafeeq selalu sahaja menjadi medium untuk menceriakan hari yang terasa suram.

"Okeylah, I dah nak gerak ni. Take care sayang. Jangan lupa makan, jangan lupa solat. Ingat I selalu. Miss you. Nanti ada masa, kita jumpa okey? Bye!" kata Rafeeq sebelum keretanya mula bergerak laju di atas jalan raya.

"Iyalah. Bye, assalamualaikum." Dan talian mati.

"Waalaikumsalam."

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

"MUMMY!"

"Ya Allah anak bertuah! Terkejut mummy!"

Tergelak Rafeeq melihat wajah terkejut Datin Rasya akibat sergahannya. Sengaja dia berjalan perlahan-lahan tadi menghampiri kebun bunga Datin Rasya selepas dia melihat Datin Rasya ralit menyiram pokok bunga.

Tubuh tua Datin Rasya didakapnya erat. Rindu dengan ibu yang melahirkannya dan membesarkannya sepenuh hati. Menyayanginya sejak kecil sehinggalah ke besar.

Tersenyum Datin Rasya melihat perlakuan anak terunanya yang bakal menamatkan zaman bujang lagi beberapa hari. Tangannya menyentuh tangan anaknya sebelum ditepuk perlahan. Sebak pula mahu melepaskan anaknya.

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now