47 | Tipu

611 47 18
                                    

TERPISAT-pisat matanya cuba dibuka. Cahaya matahari yang menembusi tingkap, masuk ke dalam anak matanya membuatkan dia mengecilkan mata sedikit. Mahu menyesuaikan diri dengan keadaan sebelum akhirnya, mata bulat itu terbuka sepenuhnya.

Ace Zayren berdehem sekali. Tekaknya terasa kering. Badannya terasa sakit. Lantas, dia bangunkan diri dari tempat pembaringan sebelum menyandarkan badan di kepala katil. Dia kerutkan dahi. Rasa macam ada benda yang tak kena.

Tangannya naik memegang kepala sendiri. Rasa berdenyut. Memori malam tadi seakan-akan dilenyapkan separuh daripadanya. Dia cuba mengingati apa yang berlaku malam tadi. Perkara yang terakhir dia ingat, dia minum bersama Ryfa!

Matanya terbuntang. Kepalanya menoleh ke sisi.

"Au... Aura..." Ace Zayren terkejut.

Aura Helena nampak tidak bermaya di bawah selimut yang sama. Badannya berbungkus sehingga ke leher. Mukanya memucat. Bibirnya kering dan dia kelihatan seperti berada dalam kesakitan.

Bila tangannya menyelak selimut itu separas bahu, Ace Zayren beristighfar kecil. Dadanya berdetak hebat melihat keadaan Aura Helena yang terlalu menyayat hati. Aku ke yang buat semua ni?

Hampir seluruh daripada badannya mempunyai lebam yang mengungu. Ada juga kesan libasan dan garisan luka. Badannya benar-benar kelihatan sakit. Ungu dan memerah. Badannya juga panas daripada biasa.

Nafasnya seakan-akan putus. Dia sendiri tidak sanggup melihat apa yang telah dia lakukan pada Aura Helena semasa di luar kawalannya.

"Apa yang aku dah buat ni?" Rambutnya dijambak kasar. Kalut turun dari katil. Selepas mengenakan baju dan seluar, dia bergerak ke tepi Aura Helena sebelum selimut itu diselak sepenuhnya daripada badannya.

Dia pejam mata sekali. Masih tidak sanggup. Tapi dia perlu dapatkan rawatan untuk Aura Helena. Maka, dia cekalkan hati dengan perasaan yang penuh dengan rasa serba-salah.

Baru sahaja dia meletakkan kepala Aura Helena di lengannya untuk dicempung dan dibawa ke bilik air, mata bundar itu terbuka kecil. Dengan pantas, tangan lemah Aura Helena menolak kasar badan Ace Zayren sebelum menarik selimut menutupi badannya sendiri dan terus menangis.

"Kau jangan sentuh aku!" jeritnya dalam tangisan. Dia bangun daripada pembaringan sebelum menjauhi Ace Zayren dan meringkuk di hujung katil. Mata yang terbiasa pelbagai perasaan itu, mengalirkan air yang penuh dengan ketakutan.

Ace Zayren menjambak rambutnya sebelum dibawa ke belakang.

"Aura, aku tak bermaksud nak sakitkan kau macam ni. I'm out of my control. Aku tak sedar apa yang aku buat semalam." Ace Zayren bersuara perlahan. Kedengaran tegas tapi pada masa yang sama, separuh daripada nadanya mahu memujuk Aura Helena yang kelihatan takut dengannya.

Aura Helena geleng kepala berkali-kali dengan air mata yang mengalir. Seluruh badannya terasa dirobek-robek. Kepalanya berpinar dan segalanya terasa sakit. Untuk kali yang kedua, lelaki itu menyentuhnya tanpa rela.

Tetapi, mengapa rasanya berbeza?

"A... apa yang awak nak lagi daripada saya, Ace? Tak cukup sekali awak ragut maruah saya, awak buat lagi untuk kali ni..."

Semua kata-kata yang dilontarkan oleh Aura Helena kedengaran sayu dipendengaran Ace Zayren apabila gadis itu meluahkan rasanya bersama air mata.

"Aku tak bermaksud nak buat macam ni Aura. Kau ingat aku suka ke tengok badan kau lemah tak bermaya macam ni? Kau rasa aku suka ke tengok segala kerja jijik aku yang berkesan dekat badan kau ni?" soal Ace Zayren dengan nada yang keras.

Dia masih pegun melutut di atas lantai. Dia tak nak Aura Helena rasa tidak selamat berhampiran dengannya. Cukuplah isterinya itu menjauh, dia tidak mahu pula melihat wajah itu semakin memerah kerana tangisan yang lebat.

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now