03 | masalah & sahabat

1.2K 86 21
                                    

"TAK,"

Azz Rayden mendiamkan diri sebelum tangan kekarnya yang kasar naik meraup mukanya. Rambut panjangnya yang bergaya 'm' itu yang tadinya kemas terikat mula tercabut ikatannya. Getah miliknya dicampak ke tepi. Sudah tiada niat mahu mengikat semula rambutnya.

"Sekarang ni you nak salahkan I ke?" Suara Aura Helena bertanya kasar. Gadis yang berada di hadapannya itu sedang menahan kegeraman sebelum menghentakkan beg silangnya di atas meja.

Panas hati Aura Helena, datang-datang je dimarah-marah. Dahlah terlajak tidur, jalan raya sesak, sarapan pun tak sempat. Bila sampai kerja, amarah yang menjadi sarapan paginya. Buat sakit hati.

Belum lagi dengan dirinya yang sedang datang bulan dan senggugut. Memang betul-betul cari pasal. Risau ada yang masuk wad sebab kena lempang dengan piring porselin je kejap lagi.

"Calm down, girl," ujar Azz Rayden sambil menggayakan tangan, memberi isyarat untuk bertenang. Seram dia melihat wajah kemerah-merahan itu semakin berona. Perempuan kalau dah marah, yang selembut ayu pun boleh jadi segarang-garangnya.

Niat Azz Rayden yang mahu selesaikan masalah itu baik-baik sepertinya kelihatan tidak berjalan dengan lancar. Mungkin salah masa untuk betulkan keadaan. Tetapi kalau lambat selesaikan, takut dia pula yang kena marah dengan bos atasan.

"Tak, encik diam. Biar saya uruskan hal saya dengan dia ni." Jari telunjuknya terus menunding ke arah lelaki cina di sebelah Azz Rayden.

Terus terdiam Azz Rayden. Dia yang tak bersalah pun terkena tempiasnya? Makhluk yang bernama wanita ini memang menyeramkan. Azz Rayden mengangkat tangan, tanda mengalah.

"You nak marah I dah kenapa?" kata Chen.

"What, seriously? You tanya I semula ke, Sepet?" marah Aura Helena semula. Tangannya mula mengipas muka yang terasa membahang. Chen ni memang kerja dia nak cari gaduh je dengan Aura Helena.

"Yelah, I tanya you. Tak akanlah I tanya Cik Nab," jeling Chen.

Terdiam Aura Helena dibuatnya. Dia boleh tanya balik? Lepas marah-marah tadi? Memang minta ayat biadap Chen ni. Nafasnya ditarik kasar sebelum pandangan tajamnya dihadiahkan kepada Chen yang sedang menjeling Aura Helena dengan mata kecilnya.

Mana tidak marahnya, salah sendiri ditunding kepada orang lain. Bila bos besar dah mengamuk barulah semua terciduk taknak mengaku salah sendiri.

Lepas itu semua kena padanya. Alkisahnya besi yang dikirim oleh syarikat untuk projek yang sedang dijalankan tersalah beli. Bukan, tersalah bentuk dan ukuran ya anak-anak.

Patutnya segala pembelian bukanlah atas kuasanya. Semuanya patut di atas kuasa Chen sendiri. Tiba-tiba je pula dia suruh Aura Helena yang membelinya. Aura Helena hanya mengikut tanpa banyak cakap. Kerja menjadi senang setelah diberikan ukuran dan ketebalan.

Tapi bila sampai, barang lain. Mengamuklah orang atasan. Lebih lagi masa yang tinggal hanyalah beberapa bulan. Mahal pula tu. Bila salah, dia pula yang dituduh.

Gila tak panas?

"Kalau you sendiri tak buat hal, tak adanya I nak marah pada you. Kalau you tak salah order, tak adanya I nak marah-marah you macam ni. I dah bagi guidance pun tak akanlah you masih tak faham?" kata Chen lagi.

"So, I atau yang buat hal?" Chen memeluk tubuhnya tetapi riak mukanya agak berubah. Liurnya ditelan kesat. Seperti teringat akan kesalahannya.

"Excuse me, Mr. Wong." Aura Helena menekankan nama keluarganya sebelum memeluk tubuhnya. Azz Rayden sebagai orang yang lebih tinggi pangkat itu pun hanya memerhati dan diam tidak bersuara. Mendengar apa yang bakal dikatakan oleh gadis yang mempunyai auranya yang tersendiri itu. Menarik.

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now