27 | mati & demam & lari

807 55 6
                                    

ACE Zayren melajukan pemanduannya menuju ke tempat kejadian. Dia baru sahaja diberitahu oleh Irhan tentang apa yang terjadi. Nafasnya laju dengan tenaganya yang semakin banyak digunakan. Penat tetapi dia harus segera sampai.

Melihat banyak kereta yang dikenalinya di luar rumah Alex, dadanya mendetakkan degupan yang semakin kuat. Dia takut. Dalam masa yang sama, dia rasa serba-salah. Jika bukan angkaranya, semua ini tidak akan terjadi.

Kereta terus diparkir bersebelahan kereta sport milik Irhan. Terus kakinya melangkah laju menuju ke pintu rumah yang terbuka luas. Suara esakan seorang wanita dan kanak-kanak perempuan bergema memenuhi ruang tamu.

Ace Zayren terkaku. Hatinya hancur melihat jasad di hadapannya kini.

Alex.

Azz Rayden, Yeon dan Luqfith memberi laluan kepada Ace Zayren. Chris pula sedang meredakan isteri dan anak perempuan Alex. Kedua insan lemah itu dibawa ke dalam pelukan, tidak membiarkan mereka melihat jadad Alex yang sudah tidak berupa orang.

Matanya dikorek, tangannya dipotong, bibirnya dikoyak, tengkuknya dirobek, kakinya dipotong dan telinganya terputus. Mayatnya cukup menyayat hati, dibiarkan bergelimpangan di ruang tamu rumah itu.

"Astaghfirullah Al-Azim," bisik Ace Zayren perlahan.

Masing-masing menyepikan diri. Awal-awal lagi Ace Zayren telah mengarahkan Irhan untuk menelefon sahabatnya yang merupakan seorang inspektor.

Dia perlukan bantuan pihak berkuasa tetapi dalam masa yang sama dia tidak mahu kes ini terhebah secara meluas. Jadi, dia memutuskan untuk menghubungi Insp. Arman terlebih dahulu sebelum membuat keputusan selanjutnya.

"Luqfith dan Yeon, bawa mereka ke rumah Nek Shima dulu. Ray, ikut sekali. Jangan tinggalkan mereka. Jaga mereka," arah Ace Zayren. Masing-masing hanya menurut sahaja apa yang disuruh. Tinggallah Ace Zayren dan Chris berdua.

Kehadiran Arman diterima dengan baik. Malah dia turut terkejut melihat mayat yang begitu drastik sekali cara kematiannya. Hampir seluruh badannya sudah tidak berupa. Mujur sahajalah masih tahu di mana kedudukan setiap anggota badan.

"Kita perlu bincang soal ini di tempat lain. Kalau mahu melibatkan pihak polis, kes ni akan diketahui umum," kata Arman kepada Ace Zayren.

"Itu aku tahu, sebab tu aku telefon kau terlebih dahulu. Aku mahu sorokkan perkara ini daripada pihak polis. Aku nak siasat kes ni secara tertutup. Ada di mana-mana orang kau yang dapat tolong aku?" Ace Zayren menjambak rambutnya sebelum dibawa ke belakang. Dahinya yang berpeluh itu diusap perlahan sambil matanya memandang jasad Alex yang telah ditutup oleh kain yang diambil daripada biliknya.

"Insha Allah, aku akan kumpulkan anak-anak buah kepercayaan aku. Tapi tak ramai, aku perlukan kerjasama daripada pihak kau juga." Arman bersuara.

"Sure."

Chris pula sedang bercakap di telefon.

"Zay," panggil Chris. Kakinya melangkah mendekati Ace Zayren dan Arman yang sedang berbual dengan memberi pandangan masing-masing.

"Han dengan Kasy telefon. Lay..." kata-kata Chris terhenti sebelum mata mereka bertembung.

"Lay pun dapat nasib yang sama. Dalam keadaan yang sama. Hancur macam Alex." Chris bersuara membuatkan Ace Zayren menarik nafasnya dalam. Bala apa yang sedang menimpa ini?

"Pesan pada mereka, bawa isteri dan anak lelaki Lay ke rumah Nek Shima. Jaga mereka dekat sana. Biar kita berdua selesaikan mayat mereka," arah Ace Zayren dan Chris hanya menurut.

Arman menarik Ace Zayren mendekati mayat Alex. Perlahan-lahan mereka mencangkung sebelum membuka sedikit mayat yang ditutupi kain itu tadi. Ace Zayren mengerutkan mukanya, hampir tidak mampu melihat jasad itu manakala Arman hanya biasa. Mungkin kerana pekerjaannya sejak dulu.

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now