11 | marah

635 40 9
                                    

"HAER!"

Azz Rayden merempuh masuk ke dalam pejabat milik Haer Rayzen. Seperti yang pernah dikatakan oleh Ace Zayren, Azz Rayden akan berjumpa dengan Haer Rayzen tanpa pengetahuannya.

Haer menghela nafasnya berat. Apa lagi yang adik tirinya mahukan daripadanya? Kalau dah memekak macam tu, memang sah yang dia datang sebab nak cari gaduh.

Pen biru diletakkan di pencil holder miliknya sebelum dia menyandarkan badannya di kerusi empuk milik. Kaki disilangkan sebelum tangan dicantumkan, menunggu untuk menyambut Azz Rayden dengan hati yang terbuka.

"Haer!" Susuk tubuh Azz Rayden sudah berada di dalam pejabat Haer bersama dengan setiausaha miliknya yang berpakaian kurung.

"What do you want form me, Rayden?" soal Haer bersahaja.

"Maaf, Tuan. Saya tak sempat halang Encik Rayden." Maaf setiausaha perempuannya.

" It's okay. You may go, Alisha," kata Haer sebelum Alisha meminta diri dan meninggalkan mereka berdua di pejabat Haer.

"So, Ray. What's bring you here?" soal Haer lagi.

"Kau kan yang buat Zay macam tu?" soal Azz Rayden, marah.

"Buat apa ni? Aku jumpa dia pun tak, tak ada alasan kut untuk 'buat' dia. Oh by the way, Zay kenapa? Apa terjadi pada Zay sampai kau serang aku macam ni?" soal Haer selamba dan bersahaja.

"Kau jangan buat-buat tak tahu la, Haer! Kau memang berdendam dengan dia dari dulu lagi kan?" marah Azz Rayden.

"Apa masalah kau sekarang? Kalau kau masuk pejabat aku serang aku macam ni semata-mata nak ungkit kisah lama, baik kau keluar sekarang sebelum aku tumbuk muka kau." Haer memberi amaran sebelum nafasnya bertukar kasar. Jangan pernah diungkit kisah yang lalu.

"Kau memang tak puas hati dengan Zay! Semua sebab Aisyah kan?" Azz Rayden terus bersuara membuatkan Haer kemarahan. Dia berdiri sebelum menghampiri Azz Rayden.

Kolar kemeja Azz Rayden digenggamnya erat dengan muka yang merah menahan amarah. Nafasnya berombak laju sebelum matanya mula bertukar merah. Urat di dahi, leher dan tangannya menimbul menahan kegeramam.

"Kau apahal nak petik nama dia tiba-tiba?" Haer berderam marah.

"Memang semua disebabkan dia! Kalau dia tak mati, kalau dia hidup lagi, aku tak akan bermusuh dengan kau!" jerkah Azz Rayden.

BUK!

Mukanya ditumbuk Haer sebelum dia terjatuh di lantai. Tumbukan Haer tidak sampai di situ sahaja. Dia mengepung Azz Rayden sebelum menumbuknya bertubi-tubi.

"Jangan ungkit pasal dia!" marah Haer, mula hilang kawalan. Wajah Azz Rayden ditumbuknya berkali-kali melepaskan amarahnya yang menggunung disebabkan kata-kata Azz Rayden.

Dia paling pantang jika Azz Rayden menyebut tentang arwah tunangnya. Jangan sentuh nama Aisyah Radeena miliknya. Jangan sesekali sebut kerana dia sudah tiada. Jangan sesekali sebut tentang dia!

"Dia tak mati! Dia ada dekat sini! Walaupun jasad dia dah tertanam, jiwa dia selalu ada dengan aku! Kau jangan sebut pasal dia lagi, bodoh!" marah Haer lagi dan lagi.

Dia tidak dapat mengawal amarahnya apabila Azz Rayden mengungkit tentang Aisyah. Air matanya mula bertakung di pelupuk matanya. Sedaya-upaya dia menahan tangisannya daripada pecah.

Hampir berbulan dia cuba melupakan nama itu dari hatinya. Tetapi Azz Rayden mengingatkannya semula membuatkan dia marah.

Aisyah, aku tak kuat Syah. Aku rindu kau. Kenapa kau tinggalkan aku, Aisyah? Kenapa lepas aku sayang kau?! Aku rindu kau, Syah! Sumpah!

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now