08 | marah & erza

761 59 23
                                    

"AKU tanya Zay mana?"

Suara jerkahan Azz Rayden yang kasar itu menarik perhatian semua pekerja di bahagian itu. Tidak pernah-pernah Azz Rayden mengamuk sampai menjerkah kuat seperti itu.

Chris yang tadinya ditugaskan oleh Ace Zayren untuk mengambil beberapa fail terkejut apabila Azz Rayden meluru ke arahnya tiba-tiba sebelum menanyakan soalan maut itu.

Dia perlu menyimpan rahsia yang Ace Zayren telah dipukul daripada pengetahuan Azz Rayden. Jika tidak, lelaki itu akan membuat onar nanti.

"Kau ni dah kenapa?" Tangan Azz Rayden yang mencengkam kolarnya direntap kasar menjauhi diri. Fail yang berterabur itu dikutip dengan perasaan yang tertahan-tahan.

Sabar, adik bos tu.

"Zay dah tak masuk tiga hari. Aku contact tak reply. Zay mana?" marah Azz Rayden. Kolar Chris ditariknya lagi sebelum dia melepaskan tumbukan di muka Chris.

Chris yang tidak sempat mengelak tumbukan tidak terancang itu terjatuh menyembam ke lantai. Telinganya berdesing akibat tumbukan kuat dari Azz Rayden.

Mukanya mula terasa kebas dan sepertinya ada cecair hangat yang mengalir di hujung bibirnya. Nafasnya berombak kasar sebelum dia mengesot menjauhin Azz Rayden. Memerlukan beberapa detik untuk kembali ke dunia nyata.

"Kau dah apahal?" soal Chris perlahan. Seketika dia berdesis akibat kesakitan yang mula menjalar di sekitar mukanya. Azz Rayden benar-benar telah merosakkan harinya.

"Aku tanya elok-elok. Susah sangat ke nak jawab?" marah Azz Rayden lagi.

"Kan aku dah kata, aku tak tahu Zauly dekat mana. Aku pekerja dia, bukan babysitter dia," balas Chris.

"Bodohlah kalau aku percaya yang kau tak tahu mana Zay. Dah tu benda bodoh apa yang kau ambil dari bilik Zay? Setahu aku tak adalah pula dia benarkan sesiapa masuk pejabat dia tanpa pengetahun dia, kan?"

Azz Rayden bernafas kasar. Wajah Chris yang sedang menahan kesakitan itu dipandang tajam. Langsung tidak memaparkan riak serba salah selepas menumbuk muka tampan Chris.

Chris abaikan Azz Rayden. Tangannya mula mengutip kembali fail-fail dan kertas-kertas yang bertaburan itu. Sudahlah Ace Zayren mahukan fail itu secepat mungkin tetapi disebabkan Azz Rayden, segalanya mula huru-hara. Dia masih berjaga-jaga, takut Azz Rayden menyerangnya kembali.

Azz Rayden mula panas hati melihat kebisuan Chris. Laju dia menapak ke arah Chris yang tegak berdiri sebelum merangkul kolar kemeja kelabu itu kembali.

"Aku tanya, mana Zay?" soal Azz Rayden lagi. Matanya tajam menikan anak mata Chris. Penuh amarah dibalik anak mata yang berwarna coklat pekat itu.

Chris terdiam. Melihat pandangan terdesak Azz Rayden menyentakkan tangkai hatinya. Putih mata Azz Rayden yang berona merah dan berair itu sedikit sebanyak membuatkannya berbelah-bagi.

Dia tahu bahawa Azz Rayden terlalu sayangkan Ace Zayren. Walau dalam apa jua keadaan, Ace Zayren la orang pertama yang akan dicarinya. Dialah pendengar, dialah penasihat.

"Aku tak tahu. Aku masuk bilik Zay sebab nak ambil fail projek minggu lepas. Zay dah bagi kebenaran awal-awal izinkan aku masuk pejabat dia." Chris masih berkeras dengan jawapannya. Renungan kasar Azz Rayden dibalasnya tajam. Tidak mahu mengalah.

Azz Rayden menghampiri fail yang bertaburan itu sebelum mencapainya dan diselak kasar. Berputar-putar bebola matanya meghadam setiap tulisan yang ada.

"Ini fail projek aku dengan dia." Azz Rayden merenung Chris tajam. Suaranya menderam kasar. Lantas, fail itu dicampak semula ke lantai.

"Jadi?" Dengan beraninya Chris membalas kata-kata Azz Rayden.

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now