04 | abang

961 84 26
                                    

SEJAK tadi Azz Rayden hanya menunduk dan menikuskan diri di hadapan meja besar yang dipenuhi dengan fail-fail dan barang-barang elektronik. Tiada tanda mahu mengangkat wajahnya walaupun seinci.

Berbakul-bakul sumpah seranah ditujukan kepada Chen dalam hati. Air liur sudah ditelan banyak kali, menggerakkan halkum tajamnya turun naik di bahagian trakea.

Peluh pula sudah merenek di dahi. Urat hijaunya menimbul dengan tangannya yang digenggam erat. Terketap-ketap rahangnya sambil sesekali dia menjeling kecil memandang abangnya yang sedang berdiri membelakanginya.

Azz Rayden memang takut dengan abangnya.

"What happen?"

Abangnya mula menutur kata tanpa memandangnya. Badannya tegap menghadap keluar tingkap lut sinar yang membentangkan hutan konkrit yang berjuta meter luasnya.

Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket. Masih tenang berdiri dengan berkarisma. Seketika, dia menghelakan nafasnya perlahan.

Ada baki beberapa bulan lagi untuk menyiapkan projek Tan Sri Jk tetapi bila tahu masalah yang terjadi, dia hanya mampu menarik nafas reda.

Yang dia marah adalah berita itu bukan disampaikan oleh Azz Rayden sendiri. Kata Azz Rayden, dia baru nak memberitahunya tetapi dia sudah tahu terlebih dulu. Alah, alasan!

"Ray..." Ayat Azz Rayden tersekat. Terasa mengental air liur yang ditelannya. Sambung memaki hamun Chen semula dalam hati. Kalau bukan disebabkan dia, tak adalah dia bakal dimarahi abangnya hari ini.

"Abang dah cuba bagi banyak peluang pada Ray. Bukan tak pernah bagi, Ray. Tapi..."

Perlahan-lahan abangnya memusingkan badan menghadapnya. Kepala digerakkan ke kanan sambil merenung tajam Azz Rayden dengan tangan yang masih kemas tersemat di saku seluar kerjanya.

"...apa yang dah jadi sekarang?" soal abangnya.

Azz Rayden berdecit. Dia paling tak suka aura garang abang dia. Menyeramkan dan menggerunkan. Habislah nasib dia lepas ini. Bakal duduk di rumah macam puteri lilin jika abangnya memutuskan untuk membuang namanya daripada projek Tan Sri Jk ini.

"Ray... Ray minta maaf. Ray tak bermaksud untuk lengahkan masa. Tapi..."

"Tapi apa?" potong abangnya.

"Ala Zay..." rengek Azz Rayden.

"What?" Abangnya menjongketkan kening sebelahnya.

"Benda dah nak jadi, apa Ray boleh buat?" kata Azz Rayden. Setakut-takut dia pada abangnya, abangnya tidaklah sekejam mana pun. Mungkin kali ini method pujuk memujuk masih boleh jalan lagi.

Abangnya menghelakan nafasnya lagi. Perlahan-lahan kakinya melangkah ke meja kerjanya. Berdetak-detak bunyi kasutnya bergema memenuhi ruang pejabatnya.

"Senang Ray cakap macam tu," balas abangnya sinis. Lacinya digeledah kemas. Satu fail dicapai sebelum ditolak ke arah Azz Rayden.

Azz Rayden sudah membuntangkan matanya. Oh, tidak. Bukan fail neraka itu! Dia tidak sanggup! Tanpa kata, terus sahaja Azz Rayden melutut di hadapan abangnya.

Abangnya menjongketkan sebelah keningnya dengan muka beku yang sombong. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam saku seluar sebelum berdiri di hadapan Azz Rayden yang sedang melutut dengan yakin.

"Please, Zay! Bagi aku peluang sekali lagi! Aku janji, masalah tu tak akan jejaskan apa-apa!" Azz Rayden menggosokkan kedua belah tangannya laju tanda memohon peluang. Sesekali dia mendongak untuk melihat reaksi abangnya. Seperti biasa, tidak berperasaan.

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now