17 | perfume & qais

746 49 27
                                    

IRHAN melangkah masuk ke dalam rumah Chris dengan tergesa-gesa. Fail di tangannya digenggam kemas sebelum pintu mewah itu ditolak cepat. Melihat rakan-rakannya yang berada di ruang tamu membuatkan dia menghelakan nafasnya lega.

Tak perlulah tercari-cari anak-anak anjingnya ini.

Semua mata terarah padanya apabila terdengar salam diberi. Bukan semua, hanya ada Ace Zayren, Kasyaf, Luqfith dan Yeon. Harraz seperti biasa, masih di hospital.

Fail dilemparkan di atas meja.

"Kita dalam masalah," kata Irhan. Dia labuhkan punggungnya di sofa berhadapan mereka sebelum meraup mukanya kasar.

"Ada orang gelapkan duit syarikat," jelas Irhan. Dia sebagai orang yang memegang status kewangan syarikat sudah kebuntuan. Seminggu dia tak ada di pejabat, macam-macam hal berlaku.

Ace Zayren memandang Irhan sebelum mencapai fail itu. Data-data diteliti satu persatu sebelum dia menghela nafasnya berat. Patutlah kebelakangan ini terasa seperti ada sesuatu yang tak kena.

"Kau dah teliti semuanya? Kau serahkan pada siapa sebelum kau berangkat pergi UK?" soal Ace Zayren.

"Aku serahkan pada assistant aku tapi dia sendiri tak tahu kenapa jumlah boleh drop macam tu sekali. Dia ada contact aku sepanjang aku dekat UK disebabkan hal ni dia tak boleh handle," terang Irhan lagi membuatkan Ace Zayren menghela nafas kecil.

"Patutlah kau tak tenang dekat sana. Kenapa tak kau inform aku awal-awal?" soal Ace Zayren. Irhan mendiamkan diri sambil meraup rambutnya ke belakang.

"Aku ingat aku boleh handle bila aku sampai sini tapi tak jangka pula seteruk ni." Irhan menghela nafas berat.

Kasyaf, Luqfith dan Yeon hanya menjadi pendengar. Kasyaf dan Luqfith sibuk meneliti dokumen itu juga manakala Yeon masih dengan telefon bimbit lipat-lipatnya yang dihadiahkan oleh Chris semasa hari lahirnya tahun lepas.

Ace Zayren berfikir. Fikirannya melayang pada satu-satu masalah yang tercetus kebelakangan ini. Dia serabut dan buntu. Tidak tahu mahu selesaikan yang mana dahulu. Semuanya berkait rapat.

Ace Zayren memberi isyarat kepada Irhan untuk berbincang berdua. Mereka berdiri sebelum meminta diri pada yang lain. Kaki dihayun ke gazebo ringkas milik Chris.

Mereka suka ke rumah Chris kerana boleh dikatakan yang rumah Chris penuh segala kelengkapan. Lagipun Chris merupakan orang bujang yang duduk keseorangan. Yang lain ada keluarga dan rumah sendiri.

Walaupun masing-masing ada rumah sendiri, tetap sahaja mahu melepak di rumah Chris memandangkan rumahnya yang paling dekat dengan pejabat. Mudah merehatkan diri seketika sebelum pulang ke rumah.

"Soal penggelapan wang tu, kita selesaikan elok-elok. Irhan, kau tahu apa nak dibuat. Aku percaya pada kau untuk selesaikan masalah ni," bisik Ace Zayren perlahan.

Tangannya menyeluk saku seluar. Sekotak Dunhill dikeluarkan sebelum digapai dua batang rokok berjenama itu. Satu diserahkan kepada Irhan dan satu diselitkan di bibirnya.

Kotak mancis dipetik dan asap mula berkepul-kepul di udara.

"By the way, kau dah dapat info mengenai minyak wangi yang aku terangkan pada kau berdasarkan kertas tu?" soal Ace Zayren.

"Aku minta tolong daripada Xavier dekat UK. Membantu juga makmal arwah ayah dia." Irhan turut menyedut asap rokok disebelum dilepaskan di udara.

"So?"

"Channel Allure Homme. Hundred percent sure." Irhan bersuara. Ace Zayren hanya mengangguk kecil. Berjenama mahal.

"The things is aku rasa macam minyak wangi tu familiar tapi aku tak tahu dekat mana," kata Irhan.

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now