30 | purnama & pusara & rantai

587 44 6
                                    

Assalamualaikum Purnama.

Di saat awak baca surat ni, mungkin Aisyah dah tak ada. Awak tahu apa yang jadi pada saya. Dan ini adalah surat terakhir yang saya coretkan buat awak. Saya minta maaf. Saya minta maaf sebab lakukan sesuatu yang berlanggaran dengan ajaran Islam.

Saya minta maaf sebab tinggalkan awak.

Dalam surat ini saya akan beritahu perkara yang sebenar. Semua ini terjadi disebabkan Puan Sri. Puan Sri yang mendorong saya untuk lakukan semua ini.

Sebelum kita bertunang, kita sedia tahu yang Puan Sri tidak suka dengan hubungan kita. Kita dikeji dan dihina tetapi awak selalu ada mempertahankan saya. Terima kasih.

Saya minta maaf tidak mampu mempertahankan jasa awak sehingga akhir.

Selepas kita bertunang, berkali-kali dia jumpa saya. Arah saya untuk putuskan hubungan dengan awak. Tapi saya taknak, Haer. Sebab saya cintakan awak.

Setiap kali saya menolak arahannya, setiap kali itulah saya akan diganggu. Dia arahkan ramai orang untuk ganggu ketenteraman saya. Sehingga satu hari, saya sudah tidak tahan dengan desakan Puan Sri. Saya tak tahu apa motif dia untuk halang hubungan kita. Sedangkan dia hanyalah ibu tiri awak.

Masa dalam perjalanan berjumpa awak, saya...

Saya dirogol.

Dan saya mengandung.

Saya minta maaf, Haer.

Saya kotor. Saya tak tahu nak buat apa. Saya takut tanggapan awak pada saya selepas awak tahu. Lebih lagi Puan Sri mengugut saya untuk memberitahu awak mengenai kandungan ini. Dan ketika itulah saya tahu, dialah orang yang bertanggungjawab mengupah lelaki untuk merogol saya.

Seseorang yang kita kenal.

Saya minta maaf, Haer. Saya dah tak tahan. Biar saya bawa kandungan ini bersama dengan cinta saya yang tidak pernah padam untuk awak. Saya minta maaf, kekasih hati.

Hanya kau, purnamaku.

Senjamu,
Aisyah Radeena.

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

"AKU nak bagitahu kau semua benda penting tapi aku tak dapat nak keluar. Isteri aku mengandung, aku risaukan dia. Jadi, kita berbincang jelah dekat sini."

Ace Zayren yang baru sahaja habis membaca surat itu terdiam. Surat itu dibawa ke dalam genggamannya sebelum digenggam erat. Rahangnya diketap kuat. Demi Allah, aku akan jatuhkan kau menggunakan tangan sendiri.

"Tak apa ke?" soal Ace Zayren.

Haidar mengangguk, "Selagi tak ada sesiapa yang dengar."

Haidar serahkan satu fail kertas yang berwarna coklat itu kepada Ace Zayren. Tangannya mencapai sepotong epal dan dimasukkan ke dalam mulut.

"Haer yang datang pada aku selepas aku minta dia bekerjasama untuk lihat isi kotak yang diberitahu. Alhamdulillah tidak mengecewakan."

Haidar mengalihkan pandangannya pada si kembar yang sedang sibuk menyiapkan kerja terlebih dahulu.

"Dalam data tu, semua bukti penggelapan wang di syarikat kau ada berkaitan dengan Puan Sri. Semua data-data syarikat yang dicuri masuk ke dalam data dia. Tapi aku pasti, mesti ada orang dalam yang tolong."

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now