31 | jawatan & farmasi

587 52 27
                                    

CHRIS bersandar di kerusi. Tangannya menekan-nekan butang kiri tetikus sebelum pegun. Matanya bergerak-gerak merenung skrin laptop pejabat miliknya. Akhirnya, dia menghela nafasnya.

Surat peletakan jawatan Aura Helena muncul dalam notifikasi e-mel syarikat pagi tadi. Setiap satu isi surat itu dibacanya. Sempurna walaupun penuh penipuan.

Fikirannya melayang pada wajah tenang gadis itu. Sudah lama dia tidak berjumpa. Hatinya rindu akan gadis itu walaupun tidak sepatutnya dia menaruh perasaan pada gadis itu.

Siapa sahaja yang mahukan lelaki pendosa seperti dia? Dia bukan seorang muslim. Arak dan perempuan menjadi mainan di kala perlu. Walaupun tidak kerap, dia masih tetap seorang pendosa.

Pendosa yang mahu dapatkan gadis suci? Rasanya tidak.

Pagi di mana dia melihat Aura Helena keluar daripada bilik Ace Zayren benar-benar membuatkannya marah. Dia marahkan lelaki itu. Dia sentuh perempuan yang bukan sah miliknya. Lebih lagi, seorang perempuan yang menjadi asbab mengapa mimpinya selalu indah.

Tanpa sedar, penumbuk digenggam. Muncul satu perasaan dendam pada Ace Zayren. Marah dan geram pada lelaki itu. Hatinya membara setiap kali Ace Zayren seolah-olah prihatin akan Aura Helena.

Puih, bullshit.

Deringan telefon menyentakkannya daripada terus memaki hamun Ace Zayren di dalam hati. Dia mencapai iPhone yang berada di hujung meja sebelum ikon hijau ditekan.

Azz Rayden.

"Chris," panggil Azz Rayden.

"Ye, ada apa? Dah tak ada kerja ke dekat galeri tu sampai call aku?" soal Chris.

"Amboi, kemain kau perli aku ye." Suara Azz Rayden kedengaran geram. Kedengaran ada beberapa suara berdekatan dengan Azz Rayden, menunjukkan yang galerinya sedang beroperasi.

Chris ketawa, "Selalunya kau memang tak ada kerja kalau call aku."

Azz Rayden berdecit geram. Itu dulu, okey? Sekarang ni dia dah insaf. Bergiat sepenuhnya untuk mempromosikan semula galeri lama milik Aisyah. Projek syarikat abangnya yang dikendalikan pun sudah siap dengan jayanya.

"Ha ye, apa dia?" soal Chris. Tangannya menekan butang tetikus, menutup e-mel yang terpapar sebelum ikon shut down ditekan. Sudah habis masa bekerja. Nak balik, nak rehat.

"Aku buka e-mel syarikat pagi tadi." Azz Rayden bersuara dulu. Chris yang mendengar hanya mendiamkan diri. Buatkan dirinya kembali diamuk marah sahaja apabila mengingatkannya.

"Ye, tahu," balas Chris terus.

"Alah, kau ni! Ingatkan nak bagi kejutan!" marah Azz Rayden. Baru nak pura-pura bagus, tapi dah kena cantas dengan Chris. Apalah dia ni, hahaha.

"Otak kau la," balas Chris. Kakinya melangkah keluar daripada lif sebelum mengatur langkah ke tempat parkir kereta. Apabila keretanya ditemui, tangannya menekan sebuah butang. Menyebabkan kereta mahal itu berbunyi.

"Kau rasa kenapa dia berhenti? Formal sangatlah surat dia. I bowringgg," soal Azz Rayden.

"Mana la aku tahu. Bukannya bini aku," decit Chris.

"Bitter la kau ni. Nak ajak borang je pun tak boleh. Apa pun dok oleh." Azz Rayden bersuara menggelikan di gegendang telinga Chris. Chris sudah rasa mahu menghantukkan kepala di stereng kereta. Geli amat.

Chris menarik nafas. Cuba bersabar. Kemudian, dia membuka enjin kereta dan hanya pegun. Mahu memanaskan enjin seketika sebelum pulang ke rumah.

"Ada apa-apa lagi ke?" soal Chris penuh kesabaran.

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now