20 | kopi & LH

612 51 16
                                    

KASYAF melangkah masuk ke lorong taman yang berada di tengah-tengah bangunan besar itu. Tujuannya menuju ke kafe syarikat berdekatan taman itu.

Saat dia melangkah melepasi satu pondok yang agak tersorok, telinganya menangkap satu bunyi esakan seorang gadis. Terus hatinya terasa mahu mencari siapakah yang sedang menangis di malam-malam hari ini.

Jam tangan dikerling. Sudah pukul 8:30 malam. Perasaan seram itu ada tetapi perasaan ingin tahu itu lebih menguasai hatinya kini. Perlahan-lahan dia menapak mendekati suara sebelum dia mengintai pada figura perempuan yang sedang tunduk menangis.

"Ehem." Kasyaf berdehem sedikit.

Terus kejung badan gadis itu. Cepat-cepat dia lap air matanya sebelum turut berdehem, melancarkan tekak yang terasa menyekat.

"Er... buat apa malam-malam dekat sini? Tak balik? Dah pukul 8:30 malam. Over time ke?" soal Kasyaf, sekadar basa-basi.

Gadis itu hanya mendiamkan diri. Tidak menjawab. Seketika, otak Kasyaf mula bergerak. Hantu ke? Mak, jangan! Kasyaf takut!

"Sebelum tu, kau ni manusia ke hantu? Kang tak pasal-pasal aku kena sorok dalam dunia bunian kalau kau ni hantu."

Tak sampai dua saat, terus tercetus tawa gadis itu. Kepala mendongak sebelum mata merah yang mengecil akibat geli hati itu bertentang dengan iris mata milik Kasyaf.

"Bunian, huh? Hahaha," tawa gadis itu.

Mata Kasyaf mengecil. Turut geli hati dengan tanggapan sendiri. Orang rupanya, alhamdulillah. Ingatkan bunian mana yang menangis malam-malam buta ni. Hahaha.

Dia melangkah ke hadapan.

"Does it feels good?" soal Kasyaf. Menanyakan mengenai menangis dalam gelap seorang diri dalam bangunan besar tengah malam. Ha.

"Is it about the crying?" Gadis itu tertawa kecil sebelum menghela nafas lelah. Hujung bibirnya menggaris satu senyuman hambar sebelum dia menjatuhkan kakinya dari terus dipeluknya erat.

"Of course. Kalau tak, tak adanya aku takut tadi terfikir yang kau ni hantu tengah menangis malam-malam dekat kawasan ni." Kasyaf bersuara. Gadis itu ketawa.

"Yeah, more better than before. Perhaps," balas gadis itu sebelum tersenyum memandang Kasyaf.

Bila gadis itu menjatuhkan kakinya menyentuh lantai, dia terdiam. Perut gadis itu, membulat. Menandakan yang dia sedang mengandung dan... alamak. Bini orang woi.

"Oups, salah orang nak mengorat ni. Bini orang rupanya." Kasyaf menapak ke belakang, menjaga batas antara dia dan gadis itu.

Gadis itu tersenyum lucu sambil mengelap air matanya.

"Ada niat nak mengorat bunian ke?" sakat gadis itu sambil ketawa membuatkan Kasyaf turut ketawa dengan suara garaunya.

"Kalau suami bunian tu izinkan, bolehlah. Kang tak pasal-pasal dia kejar dengan parang sebab nak mengorat bini dia," balas Kasyaf dengan lawak hambarnya sentiasa. Walaupun begitu, naik jugak senyuman di bibir gadis itu.

"Eh, kejap. Kau yang perempuan dekat office tu kan? Yang fail berterabur tu?" soal Kasyaf. Gadis itu terdiam seketika. Cuba mengingat semua apa yang telah berlaku.

"Ouh, encik ke yang tolong kemas tu? Saya ingat." Gadis itu tersenyum.

"Ouh... betullah." Kasyaf membalas perlahan. Benarlah, gadis itu yang pernah ditolongnya dulu. Disebabkan gadis ini mengandung, dia tidak mahu membebankan gadis itu untuk mengutip semula fail yang diteraburkan oleh Azz Rayden dulu.

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now