34 | binatang & puas

614 47 20
                                    

"KENAPA aku perlu ikut cakap kau sedangkan kau layan aku macam binatang?"

LH datang. LH datang ke hospital hanya semata-mata untuk bertemu Qais. Setelah apa yang LH lakukan kepada Qais, masih sahaja tiada perasaan. Biasalah, syaitan memang begitu.

Qais yang sedang menyiapkan diri selepas mandi terkedu apabila LH meluru masuk ke dalam biliknya secara tiba-tiba. Mujurlah dia sudah lengkap berpakaian. Jika tidak, dia sendiri tak akan tahu apa nasibnya jika berada berhampiran LH.

"Kau jangan lupa. Kau sendiri yang sudi taruhkan nyawa kau kalau kau khianat aku," kata LH. Mengambil tempat di sofa sebelum merehatkan diri.

Tangan memegang seputung rokok berjenama sebelum di sedut dalam-dalam. Memang sejenis tak fah bahasa bahawa di hospital, semua orang dilarang merokok.

"Tapi tak bermaksud kau boleh pukul aku kalau itu salah kau!" marah Qais. Nafasnya turun dan naik menahan amarah yang membuak-buak.

Tuala di tangannya digenggam seerat mungkin. Sedar yang sekarang bukan masanya untuk lakukan serangan fizikal. Dia masih lemah.

"Sama tapi tak serupa. Kau tetap tak berjaya dan itu bermaksud kau gagal dan aku boleh apa-apa je pada kau," balas LH.

"Tak guna," gumam Qais perlahan.

LH ketawa. Suka melihat perempuan itu panas hati. Heh, apa dia ingat dia berkuasa sampai boleh melawan cakapnya? Kalau gadis itu bagi tahi ringan, dia bagi tahi mukholazoh.

Tak tahu kenapa tiber.

"Aku nak kau kerja dengan Rayden."

Keputusan LH menyentakkan Qais. Matanya membuntang sebelum memandang LH dengan riak yang tidak percaya. Lelaki itu suruh dia bekerja dengan lelaki yang masih menjadi tanda tanya pada dia? Untuk tujuan apa?

"Dia tak ada kena mengena. Kenapa pula aku kena bekerja dengan dia?" soal Qais.

Dia pelik. Apa kena mengena hapuskan Rayden untuk jatuhkan Ace Zayren? Dia tahu bahawa Rayden merupakan adik kepada Ace Zayren. Malah, kenyataan bahawa mereka merupakan adik-beradik tiri pun tahu. Cuma, dia tak dapat tangkap apa yang mahu dilakukan oleh LH.

"Selama ni, aku ingatkan kau bijak. Rupanya sama bodoh. Kau memang tak selidik betul-betul apa yang aku bagi pada kau." LH membaling putung rokok yang sudah habis disedut kepada Qais yang sedang berperang dengan pemikiran sendiri.

"Rayden, adik kepada Zayren. Aku nak kau hancurkan dia."

"Aku tahulah lelaki tu adik dia tapi kenapa perlu hapuskan dia? Dia tak ada kaitan dalam masalah kau." Qais menghempaskan punggung di birai katil.

"Zayren sayangkan adik dia. Sebelum aku hancurkan dia, aku perlu hancurkan orang-orang yang dia sayang supaya dia lebih terseksa."

Qais tertawa sinis. Tangannya naik memeluk tubuh. Sebenarnya dia sedang menahan rasa daripada terus berasa gelisah. Mengapa selepas dia mendengar arahan LH untuk hapuskan Azz Rayden, hatinya rasa ditarik-tarik? Kenapa dia rasa, dia tak boleh menyentuh lelaki itu?

"Habis tu, perempuan tu? Jadi, ini bermaksud kau perlu hapuskan perempuan tu dulu sebelum hapuskan Zayren. Sebab Zayren sayangkan perempuan tu, lebih daripada nyawa sendiri," sinis Qais menuturkan kata.

Wajah LH tegang. Perlahan-lahan dia mengatur langkah menghampiri Qais sebelum rahang bawah gadis itu dicengkamnya erat. Matanya dingin menikam ke dalam anak mata Qais. Dalam.

"Perempuan tu, aku punya. Kau fikir aku gila la untuk hancurkan perempuan tu kalau aku yang nakkan dia? Bodoh," deram LH.

Genggamannya dilepaskan secara rentapan. Qais mengaduh sedikit. Terasa sakit apabila dilepaskan dengan cara begitu. Tangannya naik memegang rahan sendiri. Matanya merenung LH. Marah.

ACE ZAYREN'S©حيث تعيش القصص. اكتشف الآن