14 | selamat & crush

645 61 26
                                    

PARAH! Hari yang parah! Kereta rosak! Dan Aura Helena terpaksa berjalan kaki ke kafe Abang Am dari tempat kerja. Mujurlah tidak jauh mana.

Pagi tadi dah tumpang Rafeeq ke tempat kerja. Sudahlah jalan bertentangan. Balik memang taklah. Takkanlah nak susahkan Rafeeq untuk patah balik dua kali? Malam-malam macam ni? Jauh kut!

Dua budak tu pula balik kampung. Bawa Tya. Tenangkan diri. Abang Am pula? Awal-awal dia gelakkan adiknya yang comel itu. Nak suruh Kak Shila, nak mati? Kena beduk dengan Abang Am.

Kedai Kaklang dengan Kakngah jauh pula. Ha sebab itulah dia putuskan untuk bersenam di malam hari ini. Memang dah tak ada cara lain selain berjalan beberapa ratus meter untuk sampai ke RabCafe itu.

Langit sudah gelap. Jam bergerak ke angka 8:30 malam. Masih awal. Lepas Aura Helena solat maghrib di ofis, terus sahaja dia berkemas dan memutuskan untuk pulang. Nampaknya malam ini dia bakal tidur di rumah Abang Am.

Lepas melintas daripada jalan besar, dia mengambil lorong kecil. Yang masih ramai orang tetapi tidaklah seriuh jalan besar yang di kelilingi kedai tepi jalan. Tiba-tiba lapar bila bau burger. Tak sabar nak mukbang dekat kafe Abang Am. Hahaha.

Aura Helena berjalan di bahagian kanan. Beberapa kereta lalu lalang melepasinya. Belok kiri di hadapan simpang itu, dia hampir sampai ke destinasinya. Banyak kedai yang sudah tutup. Yang ada hanyalah restoran dan beberapa buah market kecil.

Beberapa minit berjalan, dia mendengar deruman motor yang dibawa laju. Dipulas-pulas sekuat hati membingitkan jalan raya. Terus sahaja kepalanya beralih ke belakang, mengikut rentak bunyi.

Bila berpaling, matanya terbuntang. Motor itu meluru ke arahnya dalam sekelip mata. Laju. Tak sempat dielak, dia terus menjerit dan terasa tubuhnya terangkat daripada jalan tar.

Lelaki yang berhelmet hitam itu melepaskan motornya sebelum dia melompat mendapatkan Aura Helena. Pinggang Aura Helena dirangkulnya erat sebelum mereka terjatuh di jalan tar.

Berdentum bunyi besi motor berlaga dengan jalan tar sebelum terseret jauh. Orang ramai mula berkeliaran dan ada sebuah kereta yang menanti agak jauh di belakang.

"Argh!" jerit Aura Helena. Seketika dia terdiam. Ada sesuatu yang pelik.

Tidak terasa sakit. Bila dia buka mata, pandangannya disajikan dengan sesuatu yang gelap. Baju.

Sedar kedudukan yang rapat ke dada lelaki itu membuatkan dia terdiam. Terkaku lagikan terkedu dan terpesona... aku... terpesona...

Eh, maaf. Ternyanyi.

Tangan lelaki itu melapik belakang kepala Aura Helena daripada berdentum dengan jalan tar. Sebelah tangannya lagi menahan badannya daripada mennindih badan kecil Aura Helena.

Dadanya berombak kasar. Satu dua titik peluh mula menitik.

Mata Aura Helena terbuntang memandang lelaki yang melihat keadaan sekeliling itu.

Ace Zayren!

"Bangun, Aura!" arahnya tegas sebelum tangannya yang memegang belakang kepala Aura Helena ditarik cepat. Terus sahaja tangannya merangkul erat lengan Aura Helena sambil memandang sekeliling. Lalu, dipaksa Aura Helena berdiri dengan segera.

Aura Helena yang masih tidak faham dengan apa yang sedang berlaku hanya mengikut dengan perasaan takut. Keadaan sekeliling diperhati.

"Apa benda ni?" soal Aura Helena.

"Shhh, kau diam je."

Lantas, tangan Aura Helena ditarik Ace Zayren sebelum dipaksa mencangkung. Mereka berlindung di tepi kereta apabila beberapa buah kereta mewah mula berhenti agak jauh dari tempat mereka.

ACE ZAYREN'S©Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ