24 | parti & dominan

760 62 34
                                    

AURA Helena mengenakan blouse panjang berwarna biru pastel yang dipadankan dengan selendang cotton berwarna putih. Dipadankan dengan itu sepasang kasut sarung dan beg tangan simple yang turut berwarna putih.

Dia turut membawa Ayra dan Iris sekali menemaninya. Takut bila ramai-ramai nanti dia tiada kawan untuk berbual. Lagipun gusar juga hatinya jika lelaki terlalu ramai.

"Helena!" Satu suara seperti dibisik kuat membuatkan Aura Helena mendongakkan kepalanya memandang ke hadapan. Terhenti perbualan rancaknya bersama Ayra dan Iris sebentar tadi.

Apabila matanya menangkap satu susuk yang dikenali, senyumannya melebar lalu tangannya naik melambai. Chris sedang tersenyum dengan dirinya yang segak berbaju t-shirt dan berseluar jeans putih.

"Chris!" panggil Aura Helena sebelum jarak mereka semakin rapat. Terlebih dahulu Ayra dan Iris sudah menghilangkan diri. Rambang mata dengan makanan.

"Ingatkan tak datang," kata Chris perlahan, di sebelahnya ada Irhan dan Kasyaf yang sedang memegang segelas air fresh orange sejuk yang berpeluh-peluh. Sedapnya!

"Wassup gurl," Irhan dan Kasyaf turut menyapa dan dibalas senyuman oleh Aura Helena.

"Mana boleh tak datang, ada orang tu merayu-rayu suruh saya datang." Aura Helena mengambil tempat di hadapan mereka. Ramai gila orang yang hadir untuk parti hari lahir Yeon. Bukan setakat Malaysians, ada juga yang dari luar negara. Mungkin belajar atau menetap di Malaysia.

Chris, Irhan dan Kasyaf menjongketkan kening mereka tinggi, "Siapa?" soal mereka serentak.

"Tu..." Muncung Aura Helena menunding ke arah Yeon, Luqfith dan Azz Rayden yang sedang berbual bersama tetamu. Atau lebih spesifik kepada Azz Rayden.

"Malam-malam spam whatsapp saya suruh datang." Aura Helena tertawa nipis. Menyesal dia beri nombor telefonnya pada mereka. Walaupun dia taknak bagi, boleh je mereka dapatkannya daripada resume miliknya. Memikirkannya dia sakit kepala. Ada-ada sajalah!

"Block je nombor dia orang tu. Aku pun tak unblock daripada dulu. Dia suka minta benda pelik-pelik malam-malam," balas Irhan.

"Huh?" Aura Helena blur.

"Selalunya dia akan spam minta makanan malam-malam. Memang taklah aku nak melayan. Perangai entah apa-apa," sambung Irhan lagi membuatkan Aura Helena ketawa. Apa punya perangailah mereka ni.

Nampak matang tetapi seperti anak kecil.

Baru sahaja Aura Helena ingin membuka mulut, seorang lelaki bertubuh sasa yang berpakaian santai muncul di sebelahnya. Semuanya nampak biasa kecuali satu walkie talkie di tangan dan airpod berwarna hitam di telinga.

"There is one guest without invitation wants to enter," lapornya.

"Thank you for informing us, Alex." Irhan bersuara sebelum menegakkan badan daripada terus menyandar di kerusi. Kepalanya dipusing memandang Irhan dan Chris sebelum gelas digenggamannya diletakkan di atas meja.

Chris memandang dingin lelaki tu, "I'll be there."

Alex menunduk sekali tanpa suara. Hormat yang tinggi dia berikan kepada mereka bertiga. Kemudian, dia melangkah pergi dan menjalankan semula tugasnya.

"Perlu ada jemputan ke nak masuk parti hari lahir Yeon?" soalnya polos. Sumpah, Aura Helena agak terkejut dengan kenyataan itu. Kiranya ada chance rasa macam VVIP la ni? Hahaha.

Irhan mengangguk, "Hanya orang-orang yang dipercayai. Supaya dapat elak daripada perkara yang tak dijangka."

Patutlah tiada seorang pun dia kenal. Ingatkan ada jugalah pekerja di bahagian Azz Rayden menjadi jemputan rupanya ini merupakan parti tertutup yang tak berapa nak tutup sangat.

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now