28 | hijrah & olive liam

678 47 5
                                    

SETELAH apa yang terjadi kepada hubungannya dan Aura Helena, Rafeeq sepertinya tiada harapan semula untuk mendapatkan cintanya. Pelbagai usaha dilakukan oleh Rafeeq untuk merangkul semula perkataan percaya yang telah hilang. Tetapi yang tinggal hanyalah sebuah harapan yang sia-sia.

Dia berniat untuk benar-benar membetulkan keadaan. Dia reda. Dia sudah tidak kesah apakah tanggapan Aura Helena padanya, apakah tanggapan semua orang padanya. Dia hanya perlu membersihkan nama sendiri daripada semua ini.

Sepanjang beberapa bulan ini, dia membawa diri. Di kota asing baginya untuk mencari kesenian dalam membiarakan Tuhan meredai perjalanan dan pembelajarannya.

"What in your mind, brother? Are you good?"

Suara Azam menyentakkan lamunan Rafeeq yang sedang termenung di bangku berhadapan dengan tasik yang terbentang luas.

Rafeeq tersenyum. Huluran Azam disambut. Memegang roti kebab yang panas dan baunyabyang mengiurkan membuatkan dia kecur air liur.

Rasa lapar mula menyerang. Terus sahaja dia membuka lapisan kertas itu. Doa makan dibaca sebelum satu gigitan selamat mendarat di dalam mulut.

"Sedapnya!" komen Rafeeq, gembira.

Azam hanya tersenyum kelucuan, "Enjoy our really late lunch."

"Almost tea time, hahaha." Rafeeq ketawa.

Mereka berdua hanya menikmati pemandangan yang cantik dan indah. Terlukis luas dengan magis yang tidak tergambar. Perasan yang gundah-gulana rasanya dapat ditepis dengan mudah selepas menyajikan mata dengan ciptaan Tuhan.

"Kau masih nak terus menetap di sini? Selama mana?" soal Azam.

Rafeeq menghelakan nafasnya kejap, "Selama mana yang aku perlukan untuk rehatkan diri daripada semua masalah yang dah berlaku."

"Aku tahu, kau layak untuk dapatkan ketenangan. Aku juga tak menghalang. Jauh-jauh kau merantau ke negara orang untuk mencari ilmu Tuhan, itu adalah satu pendekatan yang baik." Azam bersuara. Satu lagi gigitan kebab daging yang masih panas itu selamat mendarat ke dalam perutnya.

Rafeeq hanya setia mendengar. Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket baju tebalnya. Suhu mula berkurangan sehinggakan keluar wap dari mulut ketika sedang berbual.

Matanya? Sudah memerah menahan air mata yang berebut-rebut ingin keluar daripada tempat asal.

"Tapi ingat, kau sebagai seorang anak lelaki, kau masih ada tanggungjawab pada keluarga. Keluarga kau masih memerlukan kau untuk terus berada di sisi mereka" nasihat Azam.

Tangannya naik menepuk bahu Rafeeq yang sudah menunduk. Dia sudah mengerti. Apa yang dilalui Rafeeq di Malaysia benar-benar memberi impak yang besar kepadanya.

"Kau boleh bersedih tetapi jangan sehingga kesedihan kau, melepaskan tanggungjawab yang lain. Perjalanan hidup masih jauh. Masih banyak masa untuk membersihkan nama kau. Insha Allah, kalau niat kau betul, Tuhan akan selalu ada untuk membantu kau."

"Bezanya, cuma cepat atau lambat. Letaklah kepercayaan yang sepenuhnya pada Tuhan. Kita hanya merancang, we make a plan, tapi Tuhan adalah sebaik-baik perancang. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Dia tahu masa yang sesuai untuk turunkan hikmahnya."

"Jangan anggap semua ini sebagai satu balasan daripada Tuhan disebabkan dosa-dosa lalu. Bersangka baik dengan Tuhan. Redakan hati, ikhlaskan hati. Insha Allah kita dapat lihat pengakhiran yang indah. Insha Allah."

Rafeeq menarik nafasnya panjang.

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

ACE ZAYREN'S©Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum