56 | Kekal mencintai

318 25 1
                                    

AURA Helena jadi pelik. Sejak Tya datang hari itu, Ace Zayren seakan-akan melayannya acuh tak acuh. Apa salah dia?

Nak bergaduh, tak larat. Sejak tahu dia mengandung, alahannya semakin kuat. Kejap-kejap termuntah. Pening kepala pula sakit sangat sampai rasa nak menangis.

Lepas tu, Ace Zayren pula berperangai serupa itu. Lagilah dia rasa nak mengamuk walaupun tak ada sebab.

"Ace, kenapa awak layan saya macam ni?" Tanpa terus menangguh, Aura Helena terus menyoal Ace Zayren yang sedang mengurut kakinya tanpa suara.

"Apa?" soal Ace Zayren.

"Awak layan saya acuh tak acuh."

"Mana ada," nafi Ace Zayren.

"Awak bagilah tahu saya. Kalau awak diam, saya tak akan tahu masalah awak dan apa yang awak sorokkan daripada saya." Aura Helena cuba memujuk.

"Aku cemburu."

Hah?

Aura Helena kerutkan dahi.

"Cemburu? Cemburu fasal apa pula?"

"Fasal apa yang kau kata masa Tya datang hari tu!" Nak nangis!

"Hah?" Aura Helena tak dapat berfikir.

"Kau kata kau sayangkan Rafeeq!" Ace Zayren tolak kaki Aura Helena jauh daripadanya. Dia berdiri sebelum duduk di sofa yang agak jauh daripada katil.

Aura Helena tepuk dahi. Dah kenapa pula mamat seorang ni nak merajuk macam budak-budak...

Ada senyum lucu yang disorok. Macam mana perangai Aura Helena berubah setelah mengandung, macam itu jugalah perangai Ace Zayren yang turut berubah. Kadang kala, dua-dua tak nak kalah!

Dengan langkah yang perlahan, Aura Helena mendekati Ace Zayren yang macam dah nak menangis. Mukanya tampak tak bermaya. Adakah disebabkan perkara ini, Ace Zayren tidak dapat tidur dengan lena belakangan ini?

Kalau iya, Aura Helena nak ketawakan Ace Zayren. Mengada!

"Abang."

Ace Zayren tayang muncung. Tak nak pandang!

"Ace Zayren, suami Aura Helena."

Ace Zayren pandang isterinya dengan side eyes.

Aura Helena rapatkan badan mereka. Tangannya naik di kedua belah pipi Ace Zayren sebelum memaksa dia untuk memandangnya.

"Itu semua, hanya kisah lama Aura. Apa yang ada depan mata Aura sekarang ni, hanya abang. Abang lah orang yang paling Aura sayang sekarang dan insyaAllah sampai akhir nafas Aura."

Lembut sahaja usapan jari-jemari runcing di permukaan wajah Ace Zayren. Wajah Ace Zayren yang ketat tadi kembali tenang seperti sedia kala. Eleh, senang je rupanya nak tenangkan bayi besar ni!

"Abang tahu kan?" pujuk Aura Helena lagi.

"Mestilah tahu but still, abang cemburu juga bila sayang kata macam tu." Ace Zayren buat muka sedih.

"Kan Aura tengah nasihatkan Tya. Mestilah Aura kena jujur dalam percakapan."

Ace Zayren pejamkan matanya rapat. Tangan Aura yang berada di pipinya digenggam penuh rasa. Menikmati setiap usapan sayang daripada Aura Helena.

"Abang... terlalu takut kalau Aura tinggalkan abang. Abang tak pernah rasa ada keluarga sesempurna ni sebelum ini. Please, stay with me and always support my inner self. Heal me, sayang. What I need is only you."

"Ish, apa kata macam tu. Tak mungkin Aura akan tinggalkan abang. Abanglah satu-satunya tempat untuk Aura bergantung dan bersandar. Abanglah satu-satunya yang Aura sayang lebih daripada apa yang Aura ada."

"Semestinya, Aura akan selalu ada untuk abang dan untuk keluarga kita."

Aura Helena bawa tangan Ace Zayren ke perutnya sebelum tangan kekar itu mengusap perlahan perut yang mula menampakkan bentuk itu. Ada senyuman yang terukir di kedua-dua bibir.

"Abang rasa bahagia."

"Aura berjuta kali ganda rasa bahagia."

"Thank you for your existence, sayang. Abang minta maaf atas semua yang terjadi sepanjang kita berkenalan. Abang minta maaf atas setiap yang abang lakukan sebelum dan selepas kahwin. Abang tahu banyak kesalahan abang pada sayang sehinggakan sayang terpaksa korbankan hidup sendiri disebabkan masalah yang datangnya dari abang."

Belum sempat habis cakap, bibir Aura Helena melekap satu saat di bibir Ace Zayren membuatkan lelaki itu mati kata.

"Aura tak nak dengar abang ungkit benda lepas. Kita fokus je apa yang kita ada sekarang dan masa depan." Bibir suaminya direnung dan diusap perlahan sebelum matanya naik, menikam dalam ke dalam anak mata Ace Zayren.

Tangan Aura Helena naik ke pipi Ace Zayren.

"Abang, cinta hati Aura. Apa yang Aura ada sekarang, Aura sayangkan dengan sepenuh hati tanpa sebarang persoalan."

Mata Ace Zayren berkaca-kaca. Tak tahu apa yang dia patut balas. Aura Helena terlalu baik untuknya namun tak akan sesekali dia akan lepaskan wanita kesayangannya itu. Dia berjanji akan jaga dan sayangkan wanita itu sepenuh hati sehingga ke akhir nafasnya.

Ace Zayren merenung Aura Helena dengan penuh rasa cinta. Tidak terlepas walau sesaat pun pabila mata mereka terpaku antara satu sama lain.

Oh Tuhan, ku cinta dia.

Ku sayang dia.

Rindu dia.

Inginkan dia.

Utuhkanlah, rasa cinta di hatiku.

Hanya padanya.

Untuk dia.

Mereka berpelukan sebelum akhirnya masing-masing terlena di atas sofa.

ACE Zayren mengeliat kecil. Dia terjaga daripada lena apabila lengannya mula terasa kebas. Bila dia menoleh ke sisi, Aura Helena masih tidur dengan lena.

Tanpa membazir lebih banyak masa, perlahan-lahan tangannya ditarik daripada terus menjadi alas kepala Aura Helena. Isterinya hanya terganggu beberapa saat sebelum kembali terlena.

Ternaik senyuman di hujung bibirnya. Sejak mengandung ni, tidur mati! Puas merenung, diangkatnya tubuh genit itu dan diletakkan di atas katil. Dia mahu permaisurinya selesa.

Ace Zayren merenung wajah polos itu dengan penuh rasa cinta. Jarinya naik, menyelit rambut yang berjuntaian itu ke belakang telinga. Kemudian, pipi sejuk itu diusap perlahan.

"Abang sayang Aura," gumamnya. Perlahan sahaja.

Berat hatinya mengenangkan peristiwa yang banyak berlaku sepanjang mereka berkenalan. Daripada belum berkahwin sehingga diikat sebagai suami dan isteri, pelbagai liku yang mereka hadapi sehingga menjadi sekuat ini.

"Terima kasih untuk semuanya, sayang. Terima kasih sebab sudi pinjamkan rasa disayangi. Terima kasih sebab terbitkan rasa cinta dalam diri abang."

Usai, dahi Aura Helena dikucup penuh syahdu. Tidak mahu mengganggu lena isterinya, Ace Zayren betulkan selimut yang menutupi tubuh kecil itu sebelum keluar dari bilik dengan senyap.

Tidurlah bidadari Ace Zayren.

TBC
040323

Hai cemua, hihi. Untuk yang masih membaca AZ, terima kasih sebab sudi menunggu walaupun sudah beberapa tahun lamanya AZ masih on going. Doakan semoga AZ cepat siap!

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now