4.1 | Apa maksud kau 10%?

352 62 18
                                    

Karipap dalam pinggan aku capai sebelum gigit. Kepala aku toleh apabila terasa seseorang mengambil tempat di sebelahku. Sebaik sahaja dia duduk, laju saja dia menjamah kuih yang dibeli di kantin. Zafri dan Wafa yang memandangnya menggeleng kecil melihat Kayla seperti sudah sebulan tidak mengisi perut. Senyuman tipis aku ukir di bibir. "Kebulur betul kau," tegurku.

"Ish, lantak akulah! Aku lapar, penat pulak tu kena stay untuk kelas tambahan. Trial dia orang kurang seminggu je lagi," luahnya.

Zafri bersuara, "Kayla, awak ni macam tak biasa dengan kelas tambahan budak SPM dan PT3. Dee yang baru pertama kali handle kelas tambahan sebagai cikgu tetap pun takde merungut banyak macam awak." Dia pandang aku dengan senyuman. Aku cuma balas senyumannya.

Siapa kata aku tak penat? Penat juga tapi hadam sajalah. Aku yakin murid-murid aku juga penat. Pagi belajar, tengah hari kelas tambahan, petang masa untuk homework atau ulang kaji. Sesetengah antara mereka petang atau malam perlu menghadiri kelas tuisyen di luar pula. Semua orang sedang bertungkus-lumus untuk peperiksaan percubaan SPM yang bermula pada minggu hadapan. Tidak kurang juga budak tingkatan lain yang bakal menghadapi peperiksaan akhir tahun lebih kurang sebulan lebih dari sekarang. Pelajar PT3 pula akan menjalani ujian bertulis mereka beberapa minggu selepas peperiksaan percubaan SPM tamat. Masing-masing punya kesukaran sendiri.

Tidak lupa para guru yang tidak putus asa membantu pelajar mereka untuk terus berusaha perbaiki kelemahan yang ada dan menguatkan lagi bahagian yang mereka telah kuasai.

"Alaaa... awak ni, Zafri! Sengaja patahkan lagi semangat saya yang dah merudum ni."

Zafri sengih.

Kertas soalan tahun-tahun lepas yang siap difotostat aku letak atas meja. Tangan aku hulur pada seorang demi seorang murid yang sudah menghantar latihan yang kuberi sebelum ini. Faiq yang mengambil kertas soalan itu bertanya padaku, "Cikgu, ni nak hantar bila?"

"Harini boleh ke?" Aku senyum bertanya pada anak-anak muridku.

"Alaaa... Cikgu, mana sempat!"

"Haah, cikgu. Kita orang bukan budak kelas depan boleh siapkan semua ni dalam kurang sejam."

Makin lebar senyumanku kerana aku sudah pun mengagak jawapan yang akan kuterima daripada anak-anak muridku ini. "Siapa suruh awak siapkan semua soalan? Saya nak suruh awak siapkan mana yang boleh aje. Siap ke tak siap, hantar saja. Esok kelas kita saya akan terangkan jawapan soalan-soalan yang awak tak dapat buat."

"Cikgu ni buat cuak aje. Ingatkan kena siapkan semua."

"Saya harap awak dapat siapkan sekurang-kurangnya satu soalan bagi setiap bahagian, okey? Hantar sebelum waktu balik." Aku memberi syarat.

"Baik, cikgu!" sahut mereka.





Aku bawa kaki melangkah keluar dari kereta Sarah. Dia mengajakku keluar memandangkan Mia yang seringkali menemaninya menghilang sebaik sahaja waktu kerja mereka tamat. Kata Sarah, Mia selalu keluar dengan Akram. Sepanjang perjalanan ke sini, Sarah merungut mengatakan Mia sudah lupa akan kawannya sejak bercinta dengan Akram. Aku hanya senyum kelat dalam diam. Aku yang masih single ni mereka tak fikir? Kedua-duanya pun lupakan aku bila dengan lelaki masing-masing.

Masuk ke dalam kedai tersebut, kening aku berkerut. "Ini bakeri kan? Tapi macam kafe."

Sarah anggukkan kepala. Dia bawa aku ke meja kosong. "Kedai ni macam bakeri cum kafe. Dia orang ada jual roti pelbagai jenis, ada kek, ada kopi. Makanan berat macam nasi, mi tu takdelah," terangnya.

Aku angguk faham. Menu yang tersedia di setiap meja makan aku buka. "Biasa kau order apa?"

"Biasa aku beli roti aje, take-away. Tak pernah makan dekat sini. Setakat ni, semua roti yang aku pernah beli semua sedap. Kek, aku pernah cuba carrot cake, sedap juga," beritahu Sarah tanpa mengangkat muka. Matanya tertumpu pada dada menu.

Kucing, Kau Kenapa?Where stories live. Discover now