1.2 | Mister Double A and Mister Double F

749 85 11
                                    

Sesudu kentang lenyek aku suap ke dalam mulut. Sarah duduk di kerusi bertentangan denganku. Dia meratah ayam goreng seperti tidak makan selama sebulan itu. Aku yang memandangnya sesekali itu menggeleng kecil. Bukan minah ni kisah orang nampak dia ke tak. Kalau makanan di hadapan mata Sarah, jangan harap dia boleh ingat tentang reputasinya sebagai seorang pelakon. Biasanya dia cuma akan kawal diri apabila ada Mia, kerana gadis itu seringkali menegur Sarah untuk tidak terlalu menonjolkan perangai tidak senonohnya yang satu itu.

Aku? Sebagai kawan baik Sarah, aku tidak kisah apa yang dia lakukan. Aku lebih selesa Sarah menjadi diri sendiri yang aku kenal lama itu berbanding Sarah yang berlakon sopan acah gadis Melayu terakhir.

"Sarah," panggilku.

"Hmm... Apa?" jawab Sarah setelah menyuap sesudu sayur coleslaw ke dalam mulut. Keningnya dijungkit.

"Berhenti goyang kaki. Tak senang aku nak makan."

Goyangan kaki di bawah meja serta-merta berhenti. Meja yang tadi terasa getaran itu hilang. Sarah menayang muka tak puas hati. "Sarah, kau tau A Aryan kan?" Aku tanya soalan bodoh. Dah semestinya wanita ini tahu, kalau sudah dia pernah berlakon di dalam galeri milik Mister A itu.

"Tau. Kenapa dengan dia?"

"Aku dah tau siapa jiran aku, Mister A."

Sarah pandang aku. Dengar saja nama itu, barulah dia rasa cerita aku menarik. Tak gunanya perempuan! "Serius? Dah jumpa dia? Hensem? Dia lagi hensem ke Alif Danial lagi hensem?" Laju dia menyerang aku dengan soalan seperti menembak aku dengan machine gun bertubi-tubi.

Aku mengerutkan kening. Apahal nama Alif Danial pulak yang tiba-tiba timbul ni? "Manalah aku tahu, aku tak pernah nampak muka dia. Aku tahu pun sebab mak dia datang ke rumah dia, cari dia. Aku kan pernah cerita yang jiran aku tu anak mak?"

Sarah cebik. "Cakap macam dah jumpa. Haah, ada. Then?"

"Aku tengok penampilan mak dia, pergh! Semua branded do! Beg tangan dia dari luar negara kut. Dari mak dialah, aku tahu nama penuh jiran, Aniq Aryan."

"Aniq Aryan? So, bukan Mister A tapi Mister Double A?" celah Sarah.

Macam mana Sarah Adelia, pelakon wanita pujaan ramai jadi kawan baik aku? We have the same dumb brain!

"Tepat sekali! Bila nampak mak dia memang dah menunjukkan ciri-ciri orang kaya, aku ingatkan, dia tu kena halau hidup berdikari sebab mak dia nak ajar dia survive jadi average person. Konon tak nak bagi duit semua macam dalam cerita novel. Walaupun aku tak pasti novel mana, tinggal dekat rumah pangsapuri biasa apa semua. Tapi, ada plot twist!" Aku sengaja membuat Sarah berdebar-debar mendengar ceritaku.

Sarah gigit sudu plastik KFC menunggu aku menghabiskan cerita. Ayamnya yang tinggal seketul lagi tidak berusik itu ditinggalkan semata-mata ingin menumpukan perhatian pada ceritaku.

"To be continued," usikku.

"Dee! Kau saja kan?!"

Aku gelak. Sarah cuba menamparku tapi laju aku mengelak. "Okey, okey. Takde sambungan. Tapi kau percaya tak, jiran aku tu A Aryan, pelukis dan pemilik galeri lukisan terkenal di Alam Impian."

Sarah membuat muka menyampah. Dia sambung menjamu selera. "Dahlah, Dee. Aku malas nak dengar cerita kau," ujarnya. Dia menyangka aku menipu. "Aku boleh percaya pasal kucing tu, walaupun kucing tu lagi tak logik. Kejap, tak! A Aryan tinggal sebelah rumah kau, lagi tak logik! Keep on dreaming, Dee," tambah Sarah.

Aku menjegilkan mata. "Sampai hati kau tak percaya aku? Apa jadi dengan janji sumpah setia BFFAETJ, ha?"

Pandai-pandailah faham maksud akronim tu.

Kucing, Kau Kenapa?Where stories live. Discover now