5.8 | Blink twice if you need help

255 42 14
                                    

Hari yang dinantikan akhirnya tiba. Penuh debaran aku mengekori Aniq masuk ke dalam rumah tersebut. Di halaman rumah sudah terdapat dua buah kereta menandakan sudah ramai yang tiba di rumah tersebut. Saat kaki melangkah masuk ke dalam rumah yang pintunya sudah dibuka mengalu-alukan kehadiran kami, dua orang dewasa bermain bersama seorang kanak-kanak kecil.

"Aniq, baru sampai? Firash datang sekali dengan kamu ke?" satu suara menyapa. Seorang wanita bertudung bawal keluar dari dapur. Dia memandang wajahku dengan senyuman.

"Tak, dia datang malam sikit kut. Dee, ini Kak Maira, isteri Ilham. Kak Maira, ni isteri Aniq." Tanpa berlengah dia memperkenalkan diriku pada Kak Maira.

Aku menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi Kak Maira mendakap tubuhku erat. Seolah-olah ingin memujukku dan menenangkanku. Hatiku terharu menerima sambutan yang diberikan.

"Yang lain mana?"

"Dia orang semua pergi keluar. Tinggal kita orang je dekat rumah. Datuk ada dekat biliknya. Kamu berdua pergilah rehat dulu. Nanti dia orang balik baru kita..."

Sedang Kak Maira berkata-kata, seorang wanita berpakaian santai muncul di sebelah Kak Maira memandangku lama. Tidak ubah seperti seekor harimau memandang mangsanya. Menunggu masa untuk melakukan serangan. Risau diri bakal dibaham, perlahan-lahan aku bergerak ke belakang Aniq.

Tanpa kusedari bukan aku seorang saja sedar akan tindakan wanita itu. "Kau buat apa, Amy? Siapa beri kebenaran kau pandang isteri aku?" soal Aniq marah. Tangannya menutup wajahku menghalang gadis dipanggil Amy itu dari terus merenung wajahku seolah-olah dia seorang lelaki yang mempunyai niat tidak baik.

"Eh, mata aku, suka hati akulah! Lagipun, aku perempuan, apa masalahnya?" Dia menyengetkan tubuh ingin melihat wajahku. Semakin dia mencuba, semakin gigih Aniq melindungiku.

Aniq kelihatan terkejut atau lebih senang menggunakan perkataan berlakon. Seolah-olah dia terkejut apabila Amy mengatakan dirinya seorang perempuan. "Iya? Baru tahu," ujarnya menaikkan amarah Amy.

"Ehem... Isteri Aniq, saya tak tahu nama awak. Are you okay? Saya simpati dengan awak, terpaksa bersuamikan mamat ni. It's okay, you are not alone. Blink twice if you need help." Prihatin Amy berkata padaku.

Aniq menjegilkan mata pada Amy. Semakin keliru aku dengan mereka berdua. Terasa seperti bermain ibu ayam dan serigala pula. Aniq si ibu ayam menjaga aku anak ayam dari dimakan serigala. Adakah itu nama permainan tersebut? Sudah bertahun-tahun lamanya aku tidak bermain permainan kanak-kanak itu, makin sukar untuk mengingati nama-namanya. Kejap, serigala ke harimau eh?

"Sudahlah tu! Bukan tadi kamu main dengan Damian ke, Amy?" tegur Kak Maira. Seakan sudah biasa melihat kelakuan mereka berdua yang seperti budak sekolah rendah itu.

Amy pandang Aniq tidak puas hati. Barangkali tidak berpuas hati kerana Kak Maira memihak pada lelaki itu. "Orang nak kenal dengan isteri mamat annoying ni pun tak boleh ke? Kenapalah kita tak balik waktu dia orang ni nikah dulu? Boleh Amy selamatkan awak. Anyway, saya Amy. Kalau nak dengar Aniq punya childhood story, ask me anytime!" Amy meletakkan kedua-dua tangannya di sisi bibirnya seolah-olah aku berdiri jauh darinya.

Keningku terjungkit. Childhood story? Aku menjenguk dari belakang tubuh Aniq. "Ada gambar sekali tak?" soalku penuh minat.

"Mestilah! Saya bawak satu album penuh gambar memalukan Aniq Aryan." Dia tersenyum sinis pada Aniq.

Laju saja aku merapati Amy meninggalkan Aniq yang terpinga-pinga. Beg yang berada di tanganku aku beri pada Aniq. "Abang rehat eh? Dee nak lepak dengan Amy." Aku tepuk bahu suamiku sebelum mengikut Amy ke biliknya. Hampir tertawa aku melihat wajah lelaki itu penuh kebingungan.

Kucing, Kau Kenapa?Where stories live. Discover now