3.5 | Entah-entah dia pasang tracker kat badan aku tak?

505 69 39
                                    

Jari bermain dengan gelas berisi air kopi ais itu. Mata tidak lepas memandang sekeliling. Sesekali jari aku memusingkan penyedut minuman mengusik ketulan ais yang terapung di permukaan air. Pergelangan tangan aku angkat separas wajah melihat jam di tangan. Aku yang awal atau dia orang yang lambat? Bisik hati kecilku. Satu tangan capai mini doughnut berperisa vanilla lalu dimasukkan ke dalam mulut.

Telefon atas meja bergetar menarik perhatianku. Kening aku jungkit melihat isi mesej yang diterima.

Sabtu dua minggu depan free? Saya nak bawa awak untuk second date. – Mister A

Aku senyum melihat nama dia yang aku simpan dalam telefon. Sengaja aku simpan namanya sebagai Mister A. Nasib baik aku tidak mengambil keputusan untuk menyimpan namanya dengan nama kertas A4, Mister Double A. Kalau dia tahu aku ada niat mahu simpan namanya sebegitu pasti aku akan dibebelnya. Bernanah telinga aku nanti dengar bebelannya. Sebut sahaja pun bukan main tajam matanya memanah aku.

Laju dua ibu jariku menyentuh papan kekunci on-screen di telefon membalas mesejnya.

Awal betul awak tanya. Saya tak pasti, tapi setakat ni saya free. – Dee

Dua minggu. Lambat lagi, tapi awal betul dia tanya aku. Aku baru ingin merancang untuk pulang ke rumah Mama dalam dua minggu ini, tapi sudah dia tanya awal-awal. Aku balik minggu depan sajalah. Lagi suka Mama kalau aku balik awal.

"Mesej siapa tu?" Satu suara membuat aku mengangkat muka dari terus memandang skrin telefon. Laju saja tangan aku tekan butang lock di bahagian sisi telefon. Bukan boleh percaya minah ni, mata dia bak mata helang. Tulisan kecil pun dia boleh nampak dari jauh.

"Takde siapa. Sibuk aje! Lambatnya kau orang." Aku pandangan wajah pasangan pengantin baru itu.

Kedua-duanya melabuhkan duduk atas kerusi di meja bulat itu. Sarah di sebelahku, Uthman pula mengambil tempat di hadapanku. Lelaki ini memberi isyarat mata pada Sarah, memberi jawapan padaku tanpa mengeluarkan suara. Aku faham akan maksud isyarat mata itu. Pastinya mereka lambat kerana Sarah yang bersiap lama. Namun, nasibnya tidak baik kerana isterinya itu nampak isyarat mata yang diberikan padaku. "Ha, apa main balas isyarat mata ni?"

Tangan wanita itu selamba capai mini doughnut yang aku pesan. Pantas saja aku tampar tangannya. "Nak pergi order sendirilah. Sibuk aje ambik aku punya. Alang-alang tu, order untuk aku doughnut caramel sekali. Laparlah, tunggu kau orang lama sangat!" pintaku.

Sarah jeling aku. Memandai saja aku mengarah dia. Aku tahu pasti dia mengutuk aku dalam hati. "Mentang-mentang aku kawan baik kau, mengarah aku aje kerja kau!"

Aku senyum tayang barisan gigi yang tersusun elok selepas beberapa tahun memakai pendakap gigi. Uthman yang melihat gelagat kami berdua hanya menggeleng kecil. Sudah masak dengan perangai kami. Sarah bangun sebelum pergi ke kaunter untuk memesan makanan dan minuman buat dia dan suaminya. Aku harap dia tidak lupa akan pesanan aku.

"Apa benda kau nak tanya aku?" soal Uthman.

Aku menghela nafas perlahan. Aku menjawab soalannya dengan soalan, "Berapa banyak yang Sarah bagitahu pada kau?" Kalau Kayla tahu ni, mahunya dia ketuk kepala aku.

Uthman memeluk tubuh. "Dia ada cerita pasal cikgu sekolah kau dekat aku."

"Dia cerita pasal tu aje?" Kening aku kerut. Setahu aku, Sarah lagi suka kenenkan aku dengan Aniq berbanding Adam. Pelik. Kenapa dia hanya beritahu Uthman pasal Adam sahaja?

Uthman angguk. "Dia ada cakap pasal seorang lagi tapi dia tak bagitahu banyak pasal dia. Dua-dua lelaki ni aku tak tahu nama dia orang."

Aku pandang Sarah yang sedang berbual dengan pekerja kafe itu. Barangkali peminat Sarah. "Pelik." Kenapa Sarah tak cerita detail? Mungkin sebab nak biar aku bagitahu sendiri kut? Detik hatiku.

Kucing, Kau Kenapa?Where stories live. Discover now