1.9 | Hensem tak A Aryan kau tengok depan-depan?

824 88 12
                                    

Tanganku mencapai cawan kaca berwarna merah jambu di atas meja. Botol besar yang berisi air yang diletak bersama-sama cawan tadi aku buka penutupnya sebelum menuangkan air ke dalam cawan kaca itu. Aku melabuhkan duduk atas kerusi tinggi. Sedikit sukar untuk aku naik ke atas kerusi itu disebabkan ketinggian kerusi itu separas bahagian atas pinggangku. Aku teguk air dalam cawan perlahan. Penuh tenang.

Seorang wanita sebayaku turun dari tingkat atas berbaju T biasa dipakai di dalam rumah berserta seluar pendek paras paha. Matanya kuyu baru bangun tidur. Dia menutup mulutnya yang sedang menguap. Tidak menghiraukan kehadiranku di dapur, dia terus mendekati peti sejuk. Dibuka pintu peti sejuk itu. dia membongkokkan tubuh mengambil botol air mineral yang diletak di bahagian bawah peti sejuk. Pintu peti sejuk ditutup semula.

Saat dia baru hendak meneguk air sejuk itu, matanya bertembung dengan mataku. Tersembur air yang belum sempat ditelan itu. Mujur dia berpaling ke sinki, tidaklah wajahku kebasahan dengan bekas air yang diminumnya.

"Astaghfirullah, Dee! Kau ni, kalau masuk rumah aku, buatlah bunyi bising sikit. Ini tidak, senyap-senyap aje. Kau ingat kau pengintip ke perompak ke ha? Masuk rumah aku senyap-senyap. Nasib tak luruh jantung aku ni nampak kau. Ish, minah nilah kan! Kau tak sayang aku ke, Dee? Nasib baiklah kau jarang datang rumah aku, kalau kau datang time tu aku betul-betul tak sedar, dan keluar senyap-senyap tu aku tak tahulah. Eee... dia ni!" bebel Sarah panjang.

Aku membuat reaksi muka biasa. Tidak terkejut mendengar bebelan panjang Sarah dicampur dengan ayat dramatisnya itu. Drama Queen! Layaklah kau jadi pelakon, Sarah!

"Dah habis?"

Sarah mengambil tempat di sebelahku. "Dah," jawabnya sepatah.

Aku pandang Sarah atas bawah. Dengan rambut macam sarang burungnya... Aku menggeleng kecil. Kalau nak dibanding aku dengan Sarah, wajah kami baru bangun tidur, sama aje buruk, tapi Sarah lagi nampak serabut kerana dia suka simpan rambut panjang. Berbeza dengan aku yang lebih selesa rambut pendek. Hmm... Selepas habis sekolah. Waktu kecik sampai umur aku jejak tujuh belas tahun, aku memang suka simpan rambut panjang. Lepas tu, kena bebel dengan Mama suruh potong. Rimas tengok rambut aku katanya. Papa tidaklah membebel tapi dia suka tengok aku berambut pendek. Nampak comel katanya, tapi waktu kecik dululah. Sekarang ni wajah aku makin matang, mungkin sudah hilang beberapa peratus kecomelan yang dimiliki sejak dulu.

"Sarah, anak dara jenis apa kau ni? Kau tahu tak sekarang ni pukul berapa? Pukul 12 tengah hari tahu tak? Ni dah solat Subuh ke belum?" Aku mengetuk jam tangan yang melingkar di pergelangan tangan kiriku.

Sarah berdecit. "Dahlah. Aku memanglah bukan morning person macam kau, tapi aku bangun solat Subuh, okey? Dan aku bukan tidur lepas subuh tadi. Pukul lapan tadi aku ada kerja, habis pukul sepuluh. Balik tu, aku penat. Jadi, aku tidurlah. Aku tak sukalah kerja pagi-pagi ni, rasa macam nak pergi kelas universiti dulu tau tak?" adunya.

"Lagipun harini aje. Hari lain aku tak buatlah. Ini pun sebab malam semalam aku habis shooting lambat," tambah Sarah.

"Itulah pengorbanan dalam pekerjaan," balasku pendek.

"Ha, ada apa kau datang sini?" tanya Sarah. Ingin tahu niat asal aku ke rumahnya.

Aku jungkit bahu. "Saja. Apasal? Tak boleh?"

Sarah mengerlingku. "Tak cakap tak boleh pun." Dia bangun. Tangannya dihulur meminta cawan yang aku guna. Air di dalamnya sudah pun habis aku minum. Sarah mengambil cawan itu lalu dibawa ke sinki. Dia membasuh cawan itu bersih.

Aku berjalan ke ruang tamu. Punggung aku hempas ke atas sofa empuk. Kedua-dua kaki aku angkat naik ke atas sofa. Tak lama kemudian, Sarah menyertai aku di ruang tamu. Dia boleh agak aku ingin berbual tentang perkara yang serius. Tambah lagi aku langsung tidak mengambil alat kawalan jauh televisyen.

Kucing, Kau Kenapa?Où les histoires vivent. Découvrez maintenant