2.9 | Tak payahlah ketuk, takde orang pun kat rumah

619 79 56
                                    

Aku mengetap bibir berdiri di hadapan pintu rumahku. Entah mengapa terasa gemuruh jiwa ini hendak bertemu dengan dia setelah beberapa hari mengelak dari bertembung dengan dia. Sebaik sahaja aku pulang dari rumah Sarah tadi, aku terus masuk ke dalam rumahku. Malam itu, baru aku terfikir ingin menamatkan rasa serba salah dan ingin tahu yang membuak-buak dalam diri.

"Tak susah pun, Dee. Mula-mula tanya motif dia, kemudian fahami motif tersebut dan terima. Tiga kali aje, bukan banyak pun." Aku cuba menenangkan diri.

Sesaat kemudian aku menggeleng. "Tapi macam mana kalau ia berakhir dengan sesuatu yang buruk? Akhirnya aku dan dia tak lagi berkawan. Tapi sekarang, aku pun tak pasti status hubungan aku dengan dia ni. Orang asing atau kawan?" Berkerut-kerut keningku memikirkan hal yang sering menjadi persoalan dalam fikiran.

Aku mundar-mandir di koridor rumahku. Sekejap aku berhenti di hadapan pintu rumah dia untuk mengetuk pintu tetapi aku batalkan niat itu dan kembali mundar-mandir memikirkan rasional atau tidak perbuatanku ini. Berkali-kali aku mengulangi perbuatanku.

"Astaghfirullah, kenapa susah sangat ni?" Aku menyembam muka pada dinding. Kedua-dua belah tangan menutup wajah. Gayaku seperti seorang anak murid yang didenda berdiri di luar kelas gara-gara tidak menyiapkan kerja sekolah. Tidaklah sama, tapi adalah sedikit sama.

Dah, jangan persoalkan sama ke tak sama!

Aku menjauhkan diri dari dinding sebelum mendekati pintu jiranku itu kembali. "Dee, you can do it! You got this." Aku menyuntik kata-kata semangat ke dalam diri. Tangan sudah diangkat untuk mengetuk pintu tetapi perbuatanku terhenti saat ada suara menyapaku.

"Tak payahlah ketuk, takde orang pun kat rumah."

Suara itu... Siapa dia? Perlahan-lahan aku menoleh. Mataku terkebil-kebil memandang susuk tubuh manusia yang bersandar di koridor sambil memeluk tubuh. Tubuhnya tersarung baju T plain. Di lengannya tersangkut jaket yang mungkin dipakai tadi. Kepalanya memandang ke tempat lain seolah-olah bercakap dengan orang lain bukan aku.

Aku menjatuhkan tangan yang hendak mengetuk pintu rumah Aniq. "Manalah saya tahu."

"Awak buat apa depan rumah saya malam-malam ni? Tak boleh tunggu siang esok ke?" soalnya masih tidak memandang aku. Aku dapat lihat kerutan di dahinya dari arah sisi. Aku tidak mengerti kenapa dia seakan marah aku hendak bertemu dengannya. Bukan aku tak boleh nak tunggu esok, tapi kalau boleh aku mahu perkara ini selesai secepat mungkin. Tidak perlu lagi aku datang ke sekolah dalam keadaan serabut memikirkan motif lelaki ini mengajakku keluar.

"Tak, saya perlu kosongkan minda saya. Saya nak jawapan saya malam ni juga." Tegas aku menjawab soalannya. Walhal aku tidak menyuarakan lagi pertanyaan yang ingin dituju kepadanya. Rasa pelik timbul sejenak dalam hati kerana melihat dia yang seakan tidak selesa. Aku pakai baju terbalik ke?

Aniq berdehem. "Saya tahulah saya dah banyak kali nampak awak macam ni, tapi agak-agaklah nak keluar rumah macam ni." Akhirnya dia beritahu juga sebab dia tidak selesa ingin memandangku sebelum sempat aku menunduk melihat kalau-kalau aku benar pakai baju terbalik.

Aku mengerutkan kening sebelum perlahan-lahan memandang tubuhku yang hanya tersarung pijama Hello Kitty. Sopanlah juga, tapi biasanya aku akan pakai cardigan jika ingin keluar rumah berbaju pijama. Wajahku membahang. Teringat akan saat pertama kali bertemu dengan dia dalam keadaan aku masih berbaju tidur. Aduh, macam mana boleh lupa cardigan aku? "Tunggu kejap, saya masuk kejap sahaja. Awak jangan..." Sesuatu dicampak ke arahku sekaligus menutup pandanganku. Bau minyak wangi lelaki menusuk masuk ke dalam hidung. Wangi!

"Pakai jelah tu. Awak nak cakap apa yang sampai tak boleh tunggu esok?" Aniq bertanya lagi dalam nada perlian.

Aku menyarung jaket hitam itu ke tubuh sebelum memeluk tubuh. Mataku tajam memandang ke arah wajahnya. "Kenapa awak nak ajak saya keluar?" soalku. Straight to the point.

Kucing, Kau Kenapa?Where stories live. Discover now