6.2 | You look beautiful

71 7 2
                                    

Mulutku nganga membenarkan doktor yang merawatku memeriksa. Dia menutup lampu suluh kecilnya. "Kalau ikutkan, Puan Dhiya takde masalah apa-apa. Pemeriksaan kesihatan pun tidak menunjukkan apa-apa yang luar biasa."

Aniq yang berdiri di sisiku bertanya, "Kalau dia takde apa-apa, macam mana dia boleh hilang suara?" Tangannya tidak lepas menggenggam tanganku.

Tidak lama selepas Mama mendapati aku terjaga, Aniq pun terjaga dari tidur. Melihat aku sudah sedarkan diri, tidak peduli akan  keadaan sekeliling, laju sahaja dia mendakap tubuhku.Aku dapat rasakan pelukan itu penuh dengan rasa kerisauan dan rindu.  Sudah melepas rindu, dia dikejutkan pula dengan khabar suaraku hilang oleh Mama.

Sudah berkali-kali aku cuba untuk mengeluarkan suara, namun tiada bunyi yang keluar. Adakah aku akan bisu selamanya? Bagaimana dengan karier aku sebagai seorang guru? Mampukah aku menghadapi ujian inisetelah bertahun-tahun diberi nikmat bersuara? Tambah kerisauanku apabila mendengar Aniq asyik membisikkan kata maafnya padaku.

Aku tahu semua yang berlaku bukanlah salahnya. Cuma aku bimbang andai lelaki itu menyalahkan dirinya seperti sebelum ini.

"Sayang, fikir apa tu?" Suara Aniq menarik aku ke alam realiti. Aku mendongak memandang dia yang menolak kerusi rodaku meronda sekitar hospital. Gelengan kepala aku memberi jawapan kepadanya.

Buku nota kecil yang diberikan Aniq sebagai alat komunikasi, aku belek. Mata pen aku larikan atas kertas sebelum aku angkat membenarkan dia membaca tulisanku.

'Pasal abang'. Tulisan ringkas itu membuahkan senyuman di bibir suamiku. "Pandai gurau eh?" Kepalaku diusap sekali.

Aku senyum sambil mataku meliar ke sekeliling. Jarang sekali aku ditahan di wad hospital. Biasanya aku hanya datang untuk melawat saudara-mara yang sakit. Kalau sakit pun, hanya perlu ke klinik. Syukur aku tidak punya penyakit kronik setakat ini. Aku tidak dibenarkan untuk pulang ke rumah lagi meskipun secara fizikalnya aku sihat. Doktor menahan aku di wad untuk pemantauan mengenai kehilangan suaraku yang berlaku secara tiba-tiba.

Peliknya, tiada sesiapa menyebut tentang apa yang berlaku sepanjang kehilanganku. Bukankah sepatutnya polis sudah memunculkan diri mengambil keterangan daripadaku? Apa pula yang terjadi pada Helmi dan yang lain? Sudah selesai ke isu manusia bertukar menjadi kucing ini? Banyak kekeliruan yang aku ingin suarakan, tetapi apabila nikmat bersuara ditarik, agak sukar untuk aku menjelaskan apa yang berlaku apatah lagi bertanya mengenai isu tersebut.

Tambahan pula, aku tidak mahu menambahkan lagi rasa risau dan bersalah yang Aniq rasakan. Biarlah keadaan reda seketika. Apabila aku mendapat penyelesaian mengenai suaraku yang hilang, aku akan kembali menumpukan perhatian pada masalah itu.

Dua orang kanak-kanak meluru ke arah kami. "Abang nak pergi mana tu?" soal salah seorang kanak-kanak itu.

"Abang bawak isteri abang jalan-jalan. Dia bosan duduk dalam wad." Aniq menunjuk ke arahku. Aku melambai ke arah kanak-kanak itu bersama senyuman.

"Muka akak samalah macam lukisan tu, kan, Syafiq? Tapi depan-depan lagi cantik. Semoga cepat sihat. Haritu kita orang tengok abang asyik sedih je sebab akak tak bangun dari tidur." Kakak-kanak perempuan itu memberitahu.

Aku perhati dua orang kanak-kanak di hadapanku. Ketinggian mereka sama. Wajah juga ada iras-iras. Aku melihat uniform pesakit yang tersarung di tubuh mereka berdua. Aku menulis atas kertas. 'Mak ayah awak berdua mana?'

"Mak ayah dekat wad kita orang sana. Kita orang pun bosan jugak duduk dalam wad. Mak cakap, boleh pergi jalan tapi aras ni je. Dia tak bagi pergi tempat lain," terang si budak lelaki.

"Akak tak boleh cakap ke?"

Pertanyaan budak perempuan itu membuat terpegun. Bukan kerana soalannya, tetapi kerana gerakan tangannya yang berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat Malaysia. Salah satu bahasa yang sudah lama aku ingin kuasai. Aku hanya tahu beberapa gerakan untuk ayat tertentu sahaja. Di buku nota kecil itu aku tulis lagi, 'Macam mana adik tahu bahasa isyarat?'

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 01, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kucing, Kau Kenapa?Where stories live. Discover now