4.7 | Gelak pulak budak ni, orang tengah serius!

339 65 91
                                    

Tuala di tangan aku bawa ke atas kepala mengelap rambut yang lembap. Langkah kaki kuatur turun ke bawah. Menjenguk Mama yang sedang memasak di dapur. Senyuman lebar terlakar di wajah apabila bau lauk rendang ayam kegemaranku menusuk ke dalam hidung.

Mama angkat muka apabila sedar kehadiran aku memerhati gerak-gerinya. "Dee, telefon kamu duk berbunyi dari tadi. Mama nak angkat tak sempat."

Kening aku berkerut. "Siapa?"

"Entah. Mister apa entah, Mama lupa. Jangan buat hal, Dee. Kamu ni dah ada tunang, nak kahwin lagi seminggu aje. Kalau kamu tak serius dalam bertunang, baik tak payah kahwin," tegur Mama dengan nada tegas.

Tawa aku terlepas mendengar teguran Mama yang menyangka aku menghubungi lelaki lain secara senyap. Aku berlalu ke ruang tamu untuk mendapatkan telefon di atas sofa. Terdapat dua missed call daripada lelaki yang aku simpan namanya sebagai Mister A dalam contact telefon.

"Gelak pulak budak ni, orang tengah serius!" omel Mama geram.

"Dee gelak sebab kelakarlah. Mister A ni nombor Aniqlah. Mama yang fikir bukan-bukan," terangku.f

"Laa... Kenapalah save nama pelik-pelik?"

Aku hanya senyum. Mister A lebih baik daripada Mister Double A kan? Saat aku ingin mendail nombor Aniq, Aniq telefon aku lagi buat kali ketiga. Aku menarik kerusi di meja makan sebelum menjawab panggilan.

"Dee, awak tengah on the way balik ke?" soal Aniq kedengaran cemas.

Berkerut kening aku pelik mendengar suaranya yang kedengaran cemas. Aku menarik kedua-dua kaki ke atas kerusi supaya aku dapat duduk bersila. "Takdelah. Saya dekat rumah Mama. Tadi saya mandi, telefon dekat ruang tamu. Kenapa awak call?"

Kedengaran Aniq menghela nafas lega. "Baguslah kalau awak dekat rumah parents awak. Kalau boleh seminggu ni, awak jangan balik sini."

Terkejut mendengar dia menyuruh aku tinggal di rumah Mama. "Hah? Kenapa pulak? Jauhlah nak ulang-alik dari rumah ni ke sekolah," aduku.

"Dee, rumah saya, rumah awak kena pecah masuk."

Mataku buntang luas. "Hah?!" Aku terjerit. Terkejut. Pecah masuk? Dah kenapa pulak orang nak pecah masuk rumah aku yang sekangkang kera tu? Aku bukannya orang kaya. Nak rompak, pergilah rompak rumah banglo ke vila ke... Buang tabiat apa pecah masuk rumah biasa macam tu? "Macam mana...? Kenapa?" Aku kehilangan kata ingin menyoal.

Terlepas sudu di tangan Mama terkejut mendengar jeritanku. Aku dan Mama berbalas pandangan. Jelas riak wajah Mama seakan bertanya apa yang menyebabkan aku jerit.

"Tenang Dee... Saya pun tak tahu macam mana. Tapi kalau awak nak tengok kalau ada barang yang takde, bolehlah datang check. Pastikan awak bukan pergi seorang diri," pesannya.

Aku letak telefon atas meja. Siku aku rehatkan atas meja. Mataku pejam menenangkan diri. Wajahku raup beberapa kali sebelum tangan dijatuhkan. Pandangan aku beralih pada Mama yang menunggu jawapan dari aku. "Rumah Dee dengan rumah Aniq kena pecah masuk."

Terduduk Mama atas kerusi depanku. "Hah? Macam mana boleh kena? Dee kunci pintu tak sebelum pergi kerja pagi tadi?"

Aku angguk perlahan. Kali ini aku benar-benar ingat pintu aku kunci rapi pagi tadi. Tidak mahu pisang berbuah dua kali. Meskipun aku tahu aku memang tutup pintu pada hari Aniq muncul sebagai seekor kucing. "Aniq suruh Dee tinggal sini sampai hari nikah. Dia dah buat laporan polis, kalau Dee nak pergi check barang-barang Dee, Dee kena pergi dengan someone. Tak boleh sorang-sorang." Aku memaklumkan pesanan Aniq tadi.

"Betullah kata Aniq tu, Mama pun tak nak bagi Dee duduk sana. Mama nak kamu bincang dengan Aniq, kamu berdua nak tinggal mana nanti. Takkan kamu nak tinggal rumah Aniq? Dah sampai kena pecah masuk, bahayalah, Dee."

Kucing, Kau Kenapa?Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin