4.8 | Kau sedar tak kau nak kahwin lagi seminggu?

323 59 16
                                    

Pandangan aku sekali lagi jatuh pada wajah Aniq yang dapat aku lihat dari sisi. Hati aku berbelah bahagi. Aku mahu dengar jawapannya. Namun, dalam masa yang sama aku juga takut ingin mendengar jawapannya. Aku takut hati aku yang tidak pernah disakiti, retak lalu bercerai seribu. Aku tidak tahu berapa lama masa yang akan aku ambil untuk memulihkan hati aku.

Aniq membuka mulutnya. Belum sempat dia mengeluarkan suara, suara Nadia kedengaran dari belakang aku, "Dee! Dah lama sampai? Dee nak pergi check rumah Dee?"

Aku menoleh ke belakang. Senyuman palsu aku ukir di bibir. Kepala aku angguk perlahan. Saat tubuh aku membelakangi mereka, saat itu aku rasa ingin menangis. Nadia mencapai tangan aku menarik aku dan Sarah ke rumah aku. Sarah menutup pintu rumahku sebaik sahaja kami bertiga masuk ke dalam rumah. Aku terduduk di atas lantai. Perlahan-lahan air mata aku jatuh. Adakah ini pengakhiran hubungan aku dan Aniq?

Nadia yang seakan tahu situasi yang aku hadapi tadi, duduk melutut di hadapanku. Dia menarik aku dalam dakapannya. Belakang tubuh aku diusapnya lembut. Satu tangan menyentuh bahuku. "Dee, jangan fikirkan sangat apa yang Ilham cakap. Kau tahukan Aniq percayakan kau?" pujuk Sarah.

Aku menolak lengan Nadia perlahan. "Tapi apa yang dia cakap tu betul. Aniq tak sepatutnya percaya aku." Perlahan suara aku membenarkan kata-kata Ilham.

"Dee, saya tahu apa yang Ilham cakap tu betul. Tapi saya harap Dee percayakan Aniq juga. Saya tak nak cakap, saya kenal dia macam mana Dee kenal dia, tapi Firash kerap cerita pasal dia pada saya. Aniq takkan ajak Dee kahwin semudah main pondok-pondok, Dee. Dia dah fikir panjang, dia dah tanya pendapat orang lain. That is why he confidently proposed to you although he seems unprepared. Kahwin bukan satu perkara yang boleh dibuat main. Benda ni melibatkan hidup dia juga bukan awak saja," pujuk Nadia.

Aku mengangkat kepala memandang wajah Nadia. Hingus yang ingin meleleh, aku lap dengan tapak tangan. Sarah merengus melihat perbuatanku. Dia menghulur tisu padaku. "Eee... Dee! Pengotorlah kau ni. Kau sedar tak kau nak kahwin lagi seminggu? Haisy, minah ni!" Dia berdiri menjauhiku.

Nadia hanya senyum seraya menggeleng kecil. Dia kembali berdiri. "Dah, Dee datang sini nak periksa barang yang hilang kan? Saya boleh tolong kemas sekali apa yang patut."

Sarah angguk. "Betul, aku tolong sekali."

Melihat dua orang wanita tersebut yang sudah berdiri bersedia membantuku, aku perlahan-lahan bangun. Bibir spontan mengukir senyuman. Terasa seperti mereka adik-beradik yang aku tak pernah ada.









Langkah kaki aku atur ke ruang dapur. Paling dekat dengan pintu masuk. Barang-barang yang dikeluarkan dari dalam kabinet, aku simpan semula. Sarah mengambil penyapu dan penyodok, menyapu serpihan-serpihan kaca mug yang pecah. Nadia membetulkan kain lapik meja makan dan kedudukan kerusi.

Selesai mengemas dapur dan memastikan tiada barang yang hilang, kami bergerak ke ruang tamu. "Nadia, banyak mana awak dengar apa yang Ilham cakap tadi?" Sarah bertanya tiba-tiba.

Nadia yang sedang membetulkan kedudukan kusyen sofa menjawab, "Tak banyak rasanya. Daripada dia cakap takkan pembunuh nak beritahu mak ayah dia yang dia nak membunuh? Tapi tak payah layan sangat dia tu, awal-awal dia memang macam tu. Dia cuma overprotective kadang-kadang."

"Awak pun pernah kena macam ni ke, Nadia? Ilham ada cakap macam datuk mereka tak setuju Firash nak kahwin dengan awak."

Aku menjeling Sarah memberi isyarat supaya wanita itu berhenti bertanya. Sarah tidak mengendahkan jelinganku. Minah ni, busybody dia macam paparazzi! Dia ni betul artis ke?

Nadia melabuhkan duduk atas sofa. Keluhan berat dilepaskan. "Saya agak awak berdua dah tahu pasal datuk dengan ayah Aniq dan Firash?"

Aku dan Sarah angguk perlahan. "Uthman ada cerita sedikit dekat kami tadi," beritahuku. Sedikit, mungkin dalam 5% daripada keseluruhan cerita?

Kucing, Kau Kenapa?Where stories live. Discover now