0.8 | Tenung telefon tu lama-lama buat apa?

770 93 18
                                    

Mataku terbuka luas. Siling kosong berwarna putih yang hanya dihiasi kipas dan lampu pendaflour itu aku pandang. Nafas aku laju. Berombak dadaku hasil dari jantung yang mengepam darah. Tangan aku naik menyentuh leherku yang dibasahi peluh. Aku bangun dari duduk. Kepala aku toleh ke cermin meja solek. Basah kolar baju aku dengan peluh. Terasa seperti baru saja lepas berlari sepanjang tiga kilometer. Kedua-dua tangan naik sekali lagi meraup wajah. Aku mengorak senyuman tanda lega.

Lega kerana kejadian di Eco Ardence itu hanyalah sebuah mainan tidur.

Jam loceng di atas meja sebelah katil aku capai. Jarum panjang menunjuk ke arah nombor dua belas dan jarum pendek menunjuk ke arah nombor enam. Aku letak semula jam loceng itu pada tempat asal. Selipar rumah aku sarung ke kaki. Sejak ada kucing yang berlegar dalam rumah, aku lebih selesa pakai selipar di dalam rumah. Bimbang kucing itu bawa kotoran walaupun dia tak ke mana-mana melainkan aku yang keluar rumah.

Pintu bilik aku buka. Kelihatan kucing itu sudah pun terjaga. Dia bermain dengan alat kawalan jauh televisyen. Televisyen yang terpasang aku biarkan. Macamlah kucing itu faham nak cari siaran menarik. Aku malas mahu kisahkan makhluk berbulu itu. Air dalam botol yang aku letak atas meja makan aku tuang ke dalam cawan yang juga diletakkan atas meja itu. Aku teguk air itu habis. Lega kerana tekak yang terasa kering itu dibasahkan dengan air. Mulut yang kebasahan itu aku lap dengan belakang tangan.

Aku membawa keluar ikan dari peti ais untuk digoreng. Kucing yang seakan tahu aku menyediakan makanan untuknya melompat naik atas kerusi memerhati aku. Aku gaul ikan yang telah digoreng dengan nasi lebihan malam tadi. Pinggan aku letak atas lantai membenarkan kucing itu makan. Usai menguruskan hal kucing itu barulah aku mula bersiap untuk pergi kerja.

Keluar dari rumah bersama dengan kucing itu, aku lihat susuk tubuh seorang pelajar lelaki berpakaian uniform sekolah. Dia berdiri di hadapan rumah jiran yang dikatakan seorang lelaki bujang itu. Aku lupa langsung nama yang disebutkan oleh Kak Rin. Aku hanya ingat nama lelaki itu bermula dengan huruf A. Ramai betul orang nama bermula dengan huruf A yang aku kenal. Arif, Adam, Akram Khuzairi, Alif Danial.

Wah, memang dah takde idea ke apa nak bagi nama bermula huruf A? Malah, nama aku pun sama. Adriana.

Aku menegur Arif, "Arif tak pergi sekolah lagi? Kenapa berdiri sini? Dia dah balik ke?" Aku memandang pintu jeriji yang dikunci dengan mangga berwarna perak.

Arif menoleh tatkala mendengar suaraku. Dia menggelengkan kepala. Wajahnya tampak kecewa. "Belum," jawabnya pendek.

Aku boleh nampak remaja lelaki ini memang rapat dengan jiran lelaki bujang yang sering disebut-sebut itu. Tambah-tambah lagi, Arif cuma seorang saja lelaki di rumahnya. Dia jarang bertemu dengan bapanya yang seringkali ke luar negara sejak sebelum ibu bapanya bercerai lagi. Tetapi, biasanya bapa Arif memang akan jenguk anak-anaknya setiap kali dia pulang ke Malaysia dan tidak lupa membawa mereka keluar bersiar-siar ataupun bawa mereka bercuti apabila cuti sekolah menjelang tiba. Jiran aku ini Arif menganggapnya seperti abang sendiri.

Aku cuba pujuk, "Jangan risau sangatlah, Arif. Dia baliklah tu nanti. Dia bukannya budak kecil tak tahu balik rumah sendiri, kan? Dah, jangan sedih-sedih. Pergi sekolah, belajar rajin-rajin dapat result bagus. Nanti mesti erm... dia bangga." Aku tidak sebut namanya kerana jelas sekali aku lupa.

Haisy, Dee... Format penyata akaun yang berlambak tu mudah sekali kau ingat ya? Dah berjangkit dengan Si Adam ke duk lupa nama orang?

Kucing, Kau Kenapa?Where stories live. Discover now